Aku mungkin agak ketinggalan dalam arena group chat. Rasanya aku mula join pun sejak duk kat jepun ni. Ye lah, dulu aku mana lah ada data package yang boleh bertenet 24 jam kan. Ada takde, tenet kat rumah je. Balik keje je lah boleh guna. Kat opis ada wifi, tapi serupa macam takde. Kira anggap takde je lah.
Sampai sini pun, mula2 aku join group chat kat fb jek. Masa duduk hostel dulu takde wifi kat bilik. Lepas pindah rumah baru lah aku boleh guna whatsapp, line, instagram, telegram, wechat dan segala mak nenek chat apps yang wujud dalam dunia ni. Awal2 dulu line je yang boleh install kat pc, tapi sekarang whatsapp pun dah boleh katanya, kan? Tapi aku malas nak layan guna pc. Menyemak je. Dan sehingga kini, yang kekal aktif cuma LINE dan Whatsapp.
Kedua-dua aplikasi ini mewakili group malaysian dan jepun, masing2. Senang nak bezakan. Satu2nya yang orang mesia yang berline dengan aku cuma yayu. Lelain semua orang mesia jugak, tapi duduk jepun.
Yang aku nak citer ni pasal group wa.
Takde lah banyak beno group yang aku join pun. Tapi yang aktif doplopatjam ada 3. Alumni sekolah sains, sekolah menengah semencu dan sekolah rendah eto5. Group sekolah bando mas je aku tak join. Entah ada ke tidak tah. Ikut logik, mestilah ada kot, kan? Cuma derang tak invite je lah kot. Aku pun tak kisah. Kalau join pun bukannya aku menyumbangkan suara pun. Balik2, nanti derang tanya aku pasal jepun.
Hah! Ni yang aku tak puas ati pasal group2 chat semua ni. Terutamanya group sekolah sains la... sebab group tu yang paling kecoh sampai 2 3 pagi. Masalahnya, asal aku masuk jek, mesti akan tanya pasal jepun. Paham tak? Aku rasa macam derang kenal aku sebagai orang jepun pulak. Padahal kalau nak diikutkan, ramai jer yang dalam group tu yang pernah study kat jepun... tapi zaman dulu la kan. Tapi lagi lama kot derang duduk jepun. Dan info pasal jepun ni derang lagi banyak tahu daripada aku. Eh, bukan itu masalahnya. Maybe lah aku ada info terkini. Tapi masalahnya, bila aku bersuara je, terus topik yang sedang dibincangkan tadi terus terberenti. Berenti ok. Maksudnya kalau sebelum tu kemain rancak, tiba2 malam nanti baru ada new reply. Sebab tu aku pernah cakap, orang pendiam ni bila sesekali bersuara, orang lain boleh sampai terdiam. Aku ingat dalam perbualan biasa je benda ni berlaku. Rupanya dalam grou pun sama. Dan atas sebab itu, aku lebih selesa menjadi silent reader, pendengar pasif. Kang sekali aku menyampuk, sunyi pulak group tu seharian hihihi.
Tapi kan, bila dah terlalu aktif group tu, aku jadi malas nak baca dah. Tengok jugak la. Kalau setakat 100 mesej, gagah la jugak aku baca. Tapi kalau sampai 500+, biasa aku bukak dan tutup je. Janji notification padam je. Paling kuat aku scroll up beberapa mesej terakhir jer. Lagi pun ramai yang dalam group tu aku tak berapa nak cam. Mana taknya, derang tulis nama lain, pastu kawan2 panggil nama gelaran zaman sekolah dulu. Mana lah aku nak kenal. Dah la aku ni tak berapa nak campur orang sangat. Takat yang sama2 form 4 baru tu aku kenal lah. Ni yang form 4 lama, ditambah pulak yang sampai form 3 jek kat sekolah tu, pun join group tu, tambah la aku blur. Kadang tu pulak, lama kelamaan tu, dapat lah jugak aku tangkap orang nya yang mana satu, pastu tiba2 besok dia tukar nama yang appear kat screen tu, dah aku confuse balik. Tu tak masuk lagi yang lefted nama lain, masuk balik nama lain pulak. Last2 aku main agak2 je. Ikut konteks ayat hahaha.
Tapi kan, dalam pada aku selalu skip daripada membaca mesej yang beribu2 tu, tapi bila sesekali nama aku disebut, boleh pulak aku tergerak hati nak baca... ? Macam ada instinct gitu. Tapi biasanya aku tak respon la sebab mesej tu dah outdated dah huhuhu. Semalam2 punyer. Contohnya macam semalam, aku dapat tangkap nama aku disebut. Topiknya pasal sistem pendidikan sekarang. Tiba dia petik nama aku yang kuat tido dalam kelas. Adoiyai... Sampai sekarang derang mengingati aku sebagai ratu tido. Sabo je lah. Dan yang surprisenya, derang ingat aku selalu score prinsip akaun!? Apakah?
Ok, itu group sekolah sains. Group sekolah semencu pulak, lagi lah aku tak boleh nak layan. Ramai sangat kot yang aku tak kenal. Pastu isunya selalu overlap ngan group sekolah rendah hahaha. Group sekolah rendah pulak, sama la pe'elnya ngan sekolah sains. Asal aku bersuara jek, senyap. Pastu asik laaa bertukar nama group. Nama asal dah betul dah. Tiba2 sekarang dah jadi group kelas roti pulak. Apakah?
Eh, lantak korang lah. Aku observe dari jauh je la nampaknya. Kang dah balik mesia baru lah aku join sekaki. Itu pun kalau aku melanggan data package hahaha.
Kesimpulannya, macamana pendiam nya aku kat luar, cenggitu lah pendiamnya aku dalam group chat.
0 komen:
Post a Comment