Tiba-tiba.
Aku telah dan sedang menjadi tukang jahit rasmi rakyat Malaysia di Nagoya ni ha. Sejak bila ek??? Rasanya sejak aku beli mesin jahit tepi bulan September yang lepas kot. Kira sejak turun dari gunung Fuji la ni hehehe. Kena sampuk penunggu gunung agaknya. Dan penunggu tu sejenis tukang jahit hahaha. Tapi memang semenjak dah ada mesin jahit tepi ni, aku confident sikit nak menjahit baju sebab macam kemas sikit kan... Sebelum ni aku jahit zigzag jer. Jahitan zigzag tu tak bersalah. Ok je cantik. Tapi mesin aku ni low speed. Bercinta nak tunggu sampai ke penghujung kain. Tegedekgedek dia berjalan. Hilang sabar aku kang ada yang cium dinding mesin tu kang. Kiranya aku tak menyesal lah beli mesin jahit tepi tu. Masa nak beli tu ada jugak rasa takut tak berbaloi jek nanti. Tapi rupa-rupanya bukan je dah balik modal beli mesin jahit tepi, modal beli mesin jahit brother ni pun dah balik jugak ngehngehngeh.
Dan atas sebab itu lah aku dah kurang memblogkan diri. Bukan jer blog sendiri tak terupdate, blog orang pun aku tak sempat lompat. Alah, blog lain pun sikit lebih kurang jugak tak berupdate hihihi. Seminggu sekali bukak pun tak tertinggal keretapi nyer lah.
Baju apa jer yang aku jahit pun? Haaa sekarang ni kan musim orang berjubah-abaya segala bagai kan. Maka kami kat Nagoya ni pun tidak lah mahu ketinggalan dengan arus fesyen semasa. Jadi, doplohpat jam lah aku menjahit jubah sekarang ni. Bermula dengan jubah raya haji, membawa ke jubah tadarus, dan sekarang ni kawan2 dah menempah jubah untuk hari raya pulak. Nanti kan lah kami menggayakan jubah masing2 raya besok. Warna-warni dah mata aku ni.
Dalam pada sibuk dengan baju raya, datang juga tempahan demi tempahan untuk pelbagai acara ecewah! Dah macam artikel dalam majalah wanita keluaran khas Ramadhan gitu. Ada yang nak pakai buat farewell party, konvokesyen, presentation, kenduri kawen dan akhir2 ini pula, ada yang nak buat kenang-kenangan sebab dah nak balik Malaysia for good. Awww so sweet! Nanti bila pakai kat mesia mesti teringat kat aku lah tuh!
Fuh! Ni kira pencapaian hebat lah ni boleh tulis 5 perenggan ni. Apa lagi ek? Ok, aku nak sambung menjahit. Sekarang aku belanja gambar baju2 yang telah aku jahit. Tapi aku taruk yang orang dah pakai la. Yang belum kena simpan sebagai memelihara elemen surprise kepada pemiliknya. Segan pulak bila tengok orang pakai baju jahitan kiter hihihi.
Jubah ni kira signature design aku la hehehe. Badan plain, tangan dan kaki bercorak. Pleat kat tengah sesuai untuk ibu mengandung. |
Potongan yang sama seperti di atas. Banyak dah paten ni aku buat. Sampaikan sekarang aku dah tak payah pakai pola dah untuk potong kain. Terus sketch je atas kain. |
Kan aku dah cakap. Semua sama. |
Ni lagi satu. Tapi yang ni aku pasang zip sorok kat lengan pulak. |
Lagi satu. |
Ini jubah simple anak dara. So, takde zip kat dada. Zip belakang jek, |
Ada lagi? Yang ni aku cuba jahit piping kat leher, tapi macam tak geti pulak aku nak buat dengan kemas. |
Jubah 3 beranak di atas dan di bawah ni. |
Cute!!! |
Dan ini pula bekas simpan diapers. Ini pun aku buat? Terer tak terer tak? |
Pastu aku sempat buat satu pola baju dengan kertas minyak. Siap kena ketuk lah tangan aku sebab tak betul curve kat ketiak hihi.
Besok tu aku pergi kelas tu lagi, tapi cikgu nya tak datang sebab rumah dia banjir. Kat paritsallehros rumah dia. Ingat lagi. Masa tu musim banjir besar kat johor 2006-2007. Sejak itu aku dah tak pergi dah kelas tu sebab tak tau bila cikgu tu akan kembali. Oh, dan masa tu aku sensorang jek jadi murid.
Okeh, nak sambung jahit. Kang layan kan blog ni tak siap baju aku.
See you when i see you!
0 komen:
Post a Comment