Cuma hari ni aku ada rajin sikit nak share resepi lakse joho versi aku yang dah dipermudahkan. Banyak je resepi orang yang mudah, tapi aku punya khusus untuk orang2 yang alah kepada seafood khususnya udang. Ikan pun seafood? Maksudnya selain ikan la. Kalau ikan pun ko alah, toksah lah mengidam nak makan lakse ek. Entah sejak bila tah, asal makan udang jek, mula lah gatal satu badan aku ni. Dulu boleh jek makan udang sekilo sekali hadap je 2 orang. Dah cukup kuota la kot. Setakat itu je lah rezeki udang aku uhuk uhuk uhuk. Sedih. Tapi masih boleh makan lagi la. Takde lah sampai bengkak2 ke hape. Gatal sejam dua jek. Dan resepi ni takde taruk ikan kurau ke watsoeve lah. Memang basic ar ni.
Sejak kat jepun ni, aku dah masak lakse ni 3 ke 4 kali tah. Kali terakhir ialah hari khamis lepas, sempena meraikan kemenangan jdt dalam liga super hehe. Setiap kali, rasa dia lain2 walau pun resepi sama. Tapi yang kali kedua aku rasa yang paling terbaik. Sebab yang kali kedua tu sempat aku panaskan keesokan harinya. Tu yang dia jadi lagi sedap. Yang masa2 lain tu terus habis jek. Betul lah seperti yang aku pernah dengar... lakse ni lagi sedap selepas semalaman atau seharian. Lagi mesra ar gitu.
Okeh, kiter terus ke resepi lakse. Cadangan untuk 5-6 orang makan.
Bahan-bahannya:
Sepeket spageti
1 ekor ikan saba (makarel). Kalo kat mesia tu pakai lah ikan uji rashid tu dalam sekilo ker.
Untuk diblend halus:
6 biji bawang merah atau 1/2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Seruas jari kunyit
Seruas jari halia
Seruas jari lengkuas
1-2 batang serai
5 sb cili kisar (sambal belacan akan membantu)
1 bungkus serbuk kari ikan
8 sb santan serbuk atau sekotak santan 200ml
2 keping asam keping
2 sb garam
Secubit aji
1-2 sb gula (optional dan agak2 la sendiri ikut selera masing2)
Daun kesum
*2sb kerisik
Sampah-sarapnya:
Taugeh
Timun
Daun kesum
Bawang besar
Lain-lain:
Sambal belacan
Limau kasturi
Kekdahnya:
1. Ikan tu buat lah macam biasa. Rebus, asingkan isi dan blend. Tulang pun blend dan tapis airnya. Memang guna sepenuhnya air rebusan ikan ni, takde tambah air lain sebab kuah dia jenis pekat.
2. Tumiskan bahan yang dikisar.
3. Masukkan kari. Ikut lah skill memasing, nak masuk terus baru masuk air ke, atau bancuh jadi pes siap2. Kalau mak aku masak kari, dia tak kasi tumis rempah kari dalam bentuk apa pun.
4. Masukkan cili kisar.
5. Dah settle bahan2 tumis segala ni, masukan ikan dan air rebusannya. Masak lah sampai mendidih.
6. Pastu masukkan santan. Dah mendidih buh asam keping, garam gula, aji. Last sekali masukkan kerisik. Masak lah sampai pekat ala2 wat spageti bolognese. Tak perlu berkuah sangat pun. Sebab tu kite boleh makan ia dengan tangan jek.
7. Sambil2 tu rebus lah spageti dan hiris sampah-sarap dia. Daun kesum tu racik halus. Timun tu potong panjang2. Kalau timun mesia tu ambik isi luar je, tak ambik biji. Kekdahnya potong timun tu sepanjang 2 ruas jari, pastu kupas keliling dari luar ke dalam. Nanti dia akan jadi curl. Pastu potong macam mancis atau hiris dalam bentuk curl tu. Errr ni untuk tujuan presentation la kan. Takat nak masuk perut sendiri, potong lah cemana kekdah pun.
Okeh, itu jek. Senang, kan? Kekdah nak makan lakse ni kena gaul semua sekali.
Selamat berbuka!
*p/s Baru perasan tertinggal kerisik dalam resipi ni. Aku pun terlupa masukkan kali terakhir buat tu ari. Patut lah rasa macam kurang.