BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, 1 December 2018

Sinar Mentari Oh Korea - Part 4 : Hanyang University


So, pada hari Isnin, aku terpaksa mengikut delegasi UTHM ke Hanyang University. Sebab lepas tu diorang akan terus jenjalan. Sibbaik ada wife sorang lagi staf tu, ada la geng yang tak berkaitan dalam ini filem. Cuma dia staf UTHM jugak, so masih ada kaitan la sikit2.

Kami pergi ke sana dengan menaiki bas uni. Memula ingat nak naik subway je. Sekali pihak uni nak datang jemput pulak. Rezeki jangan ditolak kan. Yelah, macam yang aku ceritakan,  salah sorang daripada delegasi kami ni kan alumni uni ni. Supervisor dia pulak dah jadi presiden uni ni. Ya patut lah dialu2kan dan diraikan.

So, lepas siap bersarapan di lobi guesthouse semalam, kami pun bergerak ke tempat yang dijanjikan. Bas tu tunggu kat tepi jalan besar. Kena menapak sikit la. Tapi taklah jauh mana.

Sesampainya kami di Hanyang University, kami terus dibawa ke bilik mesyuarat. Orang sebenar duduk baris depan2 tu. Kami termasuk students duduk baris belakang ni.




So, kat dalam tu mereka berbincang2 dan diikuti dengan presentation oleh student2 kedua2 belah pihak. Ada sorang prof tu Malaysian chinese. Kebetulan dia bidang elektrik elektronik. Dan sempat juga la mereka bercerita tentang suhu musim sejuk kali ini memang lain machiam sikit. Orang korea sendiri pun rasa sejuk melampau dan rare, apatah lagi kami ni. Sejuknya hoi!

Menonton video korporat.


Presentation dari salah satu lab.

Dari lab chemist kot. Prof dari Pakistan.

Tak ingat la siapa ni.




Selesai presentation, kami dibawa melawat lab2 mereka.

Lab juta2.




Pusat creative design. Menarik.




Selepas melawat2 lab, kami dibawa ke acara luncheon. Agak jauh juga tempat makan tu. Sempat la kami berdua kena tinggal dengan group sebab pergi toilet. Sibbaik jumpa satu lagi group. Kalau takde diorang tu, maunya tak jumpa dah sebab memang bangunan lain dan jauh dari tempat asal tu tadi.

Kena merentasi banyak bamgunan dalam kedinginan itu. Bangunan ni ialah automotive research centre sempena someone in hyundai yang merupakan alumni this universiti.

Sampai ke situ, kami diminta duduk makan bersama dengan wakil pihak uni. Kami duduk dengan geng yang wife pun ikut tu. Dia pun alumni sini, so senang lah bagi kami yang tak geti sepatah haram bahasa korea ni. Kasi can kat depa sembang la. Aku nak makan. Yang duduk dengan kami ni seorang lecturer muda perempuan. Dari perbualan tu dapat lah aku faham bahawa kat korea ni, kalau fresh graduate biasanya tak mampu lagi beli kereta. Tapi diorang ok je naik public transport kan.

So, inilah menu yang kami dijamu. Lebih kurang je macam makan kat kedai malam tadi tu. Cuma masaelah dunianya ialah, macamana nak makan ikan tu guna hashi??? Minah korea tu pun terkial2 jugak rupanya. Pastu aku perasan, berbeza dengan jepun, kat korea dia ada sudu tangkai panjang. Rasanya sudu untuk ambik kuah, tapi aku guna sudu tu untuk makan. Senang sikit nak ambik nasi. Pastu satu lagi, nasi diorang mesti diisi dalam mangkuk aluminium tu. Pendek kata, kenyang.

2 ekor ikan dia kasik. Pastu ada macam sambal belacan. Kimchi tu kira wajib ar.



Meja ni presiden dan ex-student nya.

Next, acara bergambar2. Boleh, dak alumni tu tak perasan banner kat belakang tu? Dah balik rumah tengok gambo baru dia perasan. 


Kami bergambar2 di situ.
Seterusnya kami dibawa ke muzium universiti. Banyak la yang kami tengok. Aku pun dah lupa huhu.



Stamping apa entah, tak ingat dah.


Mekanikal dalam sebuah jam.



Pakaian untuk membantu orang kurang upaya untuk berjalan.

Dah nak balik. Tengah tunggu bas. Dia nak hantar pergi masjid itaewon. Plannya kami nak naik subway je. Ada stesen kat dalam uni ni. Tapi diorang insist nak hantar jugak. 

Bas yang kami naiki.





Dah sampai di masjid. Hongeh juga la mendaki bukit nak sampai ke sini. Menurut ceritanya, itaewon ni ramai oramputih sebab dekat2 sini ada kem tentera. 


Satu2nya masjid di seoul.
Lepas solat di masjid ni, kami singgah ngopi. Kat sekitar masjid ni ada banyak kedai halal dan kebab.


Kemudian kami berpecah mengikut haluan masing2. Eh jap. Aku lupa la kami pergi mana. Yang aku ingat, kami turun bukit tu cari stesen subway. Lepas tu kami balik dan jalan2 department store kat depan guest house kami kot. Sempat la aku beli 6 ketul susu pisang kat supermarket. Sedap jugak susu pisang tu, tak rasa susu sangat. Pastu aku beli inner kat uniqlo jugak. Sejuk lain macam la korea ni. Selama kat jepun tak pernah pun aku pakai long john beriya2. Takat pakat legging je. Tapi kat sini dengan baju2 sekali kena pakai. Aku siap beli heattech yang paling panas lagi. Pastu malamnya kami makan megi je kot. Tak lapar sangat lepas makan ikan 2 ekor tadi. 

Next, esok pergi satu lagi uni. Oh, rupa2nya, kat seoul ni ada sebuah je universiti awam, iaitu seoul university. Yang lain semua swasta. Patut lah diorang tunjuk perasaan mintak turunkan yuran ek. Ok, to be continued...

2 komen:

Nurul said...

terima kasih akak tolong sharekan pengalaman ke seoul, korea...tak tau la pullak kat seoul ada satu univeristi ajer...terima kasih untuk info tu yer

AyunasiA said...

Nurul: bukan satu universiti je. satu universiti awam je.