Wednesday 18 April 2018

Kisah Yang Tak Pernah Diceritakan Di Media Sosial : Siri Pendedahan 5 - Kerjaya Bermula


Recap : Dalam post terakhir aku ada menceritakan bagaimana aku pergi interview dan akhirnya berjaya mendapat pekerjaan di sebuah hotel.

Dan, pada hari ahad, 22 November 2015, maka bermula la kerjaya ku sebagai seorang housekeeper. Kerja yang sangat mencabar fizikal ku yang lemah lembut dan ayu hehe. Bila sekarang ni kenang2 kan balik, teruk nya laaa keje kat jepun dulu. Kerahan tenaga betul. Oh, berapa gaji?

Ok, kadar minimum gaji  baito yang ditetapkan oleh gomen ialah 800 yen sejam, bersamaan lebih kurang rm31 pada masa tu. Tapi kompeni kami bagi 850 yen sejam, lebih kurang rm33 gitu. Rate tu lebih kurang je dalam sektor perhotelan ni. Kalau keje lain boleh dapat sampai 1000 yen sejam. Ini dengan tak geti cakap jepun nya lagi, sesuai lah tu kan. Kalau keje repair iphone yang tak jadi tu dia offer 1200 yen kot!

Oh, seperti yang aku bagitau awal2 tadi, hotel2 kat jepun ni kebanyakannya outsource kan keje housekeeping kat kompeni lain. Sama lah dengan kompeni aku ni. Kompeni aku namanya JES, tapi hotel yang aku kerja ni hotel tru5ty. Hotel ni under satu kompeni, resort tru5t. Banyak lah hotel2 dan resort under dia. Macam JES ni, dia cover 3 buah hotel trusty. Satu kat fushimi (yang kami keje ni), satu kat nishiki dan satu lagi akan aku ceritakan nanti. Kadang2 ada masanya ada la sorang dua yang kena pergi ke hotel2 lain ni bila derang tak cukup orang.

Mengenai pakaian, untung nya aku ada eleen yang mula2 keje kat situ. So, dia dah jelaskan semuanya kat boss. Jadi kami boleh lah memakai tudung dan inner atau stokin tangan. Sebab dia kasi uniform berupa t-shirt berkolar dan seluar panjang. Itu pun patutnya pompuan pakai skirt, tapi dia kasi kitorang pakai seluar yang sebenarnya untuk staf lelaki. Jadinya terpaksa lah terima pakai seluar yang besar dan free size. Memang gedoboh lah. Aku terpaksa lipat kaki 3-4 kali ngan pakai tali pinggang. Sementara kasut pulak kena pakai kaler putih atau hitam. Mula2 tu aku pakai sport shoes main badminton. Pastu rasa macam susah la pulak nak duduk cangkung sebab macam terkelepet cushion kasut tu kat ankle. Plus sayang pulak kasut elok2 aku guna buat keje. Pastu aku beli kasut sekolah yang rege 500 yen tu je. Pakai masa kat tempat keje je. Balik tukar kasut lain.

Oh, masa hari pertama juga, dia kasi kunci locker. Wah, teringat zaman keje kilang dulu2. Selain tu dia kasi jugak pouch bag buat simpan alat2 semasa bekerja. Kebetulan time tu musim sejuk. Jadi, aku pergi keje pakai je terus baju uniform ngan seluar jeans. Pastu sarung jacket. Dah tak nampak dah baju keje kat dalam. Dah sampai tu baru aku sarung seluar gedoboh tu. Tak salin seluar pun sebab sejuk kot kalau pakai seluar dia semata.

Pakaian seragam kerja ku. Orang lain pakai seluar pendek yang ada cover kat depan macam skirt. Sebijik macam nyonya2 hihi.

Hari2 pertama bekerja. Cantik sebab masih dalam musim autumn.

Setiap hari kena tempuh trafik manusia yang ramai giler di traffic light meidai nih. Tapi diorang bukan student meidai. Ni semua student nanzan university. Sekali turun train, menderu semua jalan laju, ada juga yang berlari. Aku bajet kelas diorang pukul 9.30 kot.

Cantik pulak van ni. Beberapa kali jugak aku pernah jumpa van ni. Oh, perasan tak nombor plet dia kaler kuning? Biasa warna putih. Kuning tu maksudnya kereta kecik. Bawah 1000cc rasanya.

Selalunya aku keluar rumah pukul 9.10 pagi untuk naik train pukul 9.23. Kalau awal sikit sempat naik yang 9.16. Tapi kalau yang 9.23 tu pun dah kira sedang elok la. Jalan kaki dari rumah ke stesen meidai lebih kurang 10 minit je. Tiket guna manaca (ala2 touch n go) je. Pastu naik train, tukar ke higashiyama line kat motoyama terus ke fushimi. Cuma kat motoyama ni la tricky sikit sebab beza waktu dia 2 minit je. Ada masa kena berlari jugak lah nak kejar train tu. Tapi kebanyakan masa boleh je jalan laju. Aku tak berapa gemar naik yang pukul 9.16 sebab, walau pun dia awal, tapi aku akan terpaksa berjumpa dengan sorang pompuan jepun ni. Hahaha nak gelak dulu.

Pompuan ni aku rasa sebaya aku je. Orang nya kurus, berkaca mata, rambut lurus lepas bahu. Dia memang akan naik train 9.16 tu dan akan transfer jugak kat motoyama. Cumanya dia punya train higashiyama tu menghala ke higashiyama koen. Kira bertentangan arah dengan train aku. Dan untuk naik train tu, dia kena menyeberangi track untuk ke platform. Kiranya kena naik tangga la. Macam aku straight je terus jumpa platform. Dan beza waktu train yang dia nak naik dengan train yang mula2 kami naik ni cuma 1 minit. Jadi bila pintu train bukak je, dia akan berlari, naik eskalator (pun berlari) dan berlari naik tangga turun tangga, pendek kata berlari lah supaya dia sempat naik train tu.

Ok, itu tidak lah menjadi masalah bagi aku. Yang masalahnya ialah dia ni jenis tak boleh orang sentuh dia agaknya. Ye lah, naik train kan, mesti lah kena berhimpit dengan orang kan. Tapi dia, tak boleh. Oleh kerana dia nak terus berlari bila pintu bukak, dia kena lah berdiri depan pintu atau jadi orang yang last masuk lah kan. Jadi, bila kita lambat masuk, dia akan tolak kita. Takut kena tinggal lah tu! Pastu bila dah masuk dia akan gerak2 kan badan dia kalau ada orang macam terhimpit dia ke hape. Kiranya dia tak nak ada contact la dengan orang lain. Mula2 masa 1st time tu aku ingat hari itu je dia camtu. Tah, hari tu bangun lambat ke hape kan. Rupanya setiap hari pun macam tu. Aku pun pernah kena tolak ngan dia masa nak naik train.

Ye lah, kita nak tunggu orang turun, pastu orang depan yang nak masuk. Dia pulak nak cepat2 masuk. Dah masuk tu, dia akan terus pusing badan ngadap luar dan mengeraskan badan, pasang kuda2 (tak bagi jatuh) dan kalau ada orang tersentuh dia sikit je pun, dia akan gerak2 gaya tak selesa gitu. Oleh sebab itu lah, aku lebih rela pergi lambat sikit daripada bertembung dengan dia kehkehkeh. Lagi pun aku dah kira masa dah. Kalau aku berjalan dengan pace lenggang kangkung pun masih boleh sampai sebelum pukul 9.50 kalau naik yang 9.23 tu.

Okeh, pada hari pertama, baru lah kami dapat berjumpa dengan kato-san. Seorang wanita yang tegas orangnya. Mula2 dia bawa kami ke sebuah bilik untuk belajar cara menukar cadar. Sebelum tu kami diperkenalkan kepada Liza-san, seorang pinoy yang agak senior di hotel tersebut. Liza ni kawin ngan japanese dan ada anak lelaki seorang. Nihongo ngan eigo dia agak baik lah. Ada beberapa orang lagi pinoy yang buat baito jugak tapi diorang tak berapa pandai english.

Hari tu juga baru lah aku tau yang rupanya kat hotel ni, kebanyakan orang lelaki ditugaskan untuk menukar cadar, sementara perempuan pula mencuci ofuro (toilet). Tapi eleen ngan siham keje tukar cadar pulak? Tah agaknya dia tengok diorang ni muda lagi, tu yang dia kasi keje tukar cadar tu. So, hari pertama ni aku diajar cuci ofuro lah. Buat permulaan dia kasi aku cuci seberapa banyak yang aku mampu je. Kalau tak salah hari tu aku sempat buat 5 bilik je kot hahaha. Gila siput. Ko tak tau akhirnya kena buat 12 bilik siap dengan tukar cadar sekali. Rasa namateyyy!!!

Kami diberi waktu rehat 30 minit setiap hari. Rehat tanpa gaji ok. Memang dia tolak setengah jam setiap hari. Kiranya kalau aku kerja pukul 10 pagi - 3 petang tu sepatutnya 5 jam, tapi untuk kira gaji dia kira 4.5 jam sahaja. Waktu rehat pulak dia tak tetapkan. Mula2 tu aku ikut lah juga bila liza tu suruh rehat pukul 12. Tapi lama2 aku ikut masa sendiri jer. Tapi sekitar pukul 12-1 jugak la. Sebab dalam pada waktu solat yang berubah2 sepanjang tahun, waktu zuhur je yang tak berubah banyak. Sekitar pukul 12-1 tu lah. So, waktu rehat tu aku akan makan dan solat zuhur terus. Tapi itu pun mula2 je. Masuk bulan ke 3 ke 4 tah, aku mula dapat banyak bilik. Yang perlu cuci ofuro dan kemas katil sekali. Jadi kalau nak makan nasi memang tak sempat lah. Dah la aku ni sejenis manusia makan slow. Sejak itu aku dah tak bawak bekal lagi dah. Waktu rehat sempat solat je. Dan rehat2 sekejap. Bistu, bila masa aku makan? Bila balik lah! Setiap hari aku makan tengahari pukul 4 petang. Pastu masak, pastu malam makan lagi. Sela masa 4 jam je antara lunch dan dinner tu. Dan aku boleh makan dengan banyaknya huhuhu. Dah, kerja penat macam namatey kot.

Oh, sejak bekerja juga, aku dah menukar rutin memasak. Kalau sebelum tu aku biasa masak tengahari, membawa ke malam. Kali ni aku masak petang untuk makan malam dan tengahari esoknya pulak. Pendek kata makan minum encik suami memang terjamin lah sepanjang hari aku bekerja tu. In fact, aku lebih disiplin memasak sepanjang tempoh bekerja ni berbanding tak bekerja langsung hehe. Kalau masa tak bekerja dulu, ada masanya aku lambat masak tengahari. Kadang tu dah tengahari baru masak. Akibatnya waktu lunch jadi pukul  2-3 petang. Tetapi ini tidak berlaku apabila aku memasak setiap petang. Waktu tengahari memang komfem ada lauk punya lah. Tinggal encik suami je lah yang kena rajin panaskan sendiri. Sampai kan aku begitu berat hati untuk makan malam di luar jika esok harinya tu aku kerja sebab takut besok tengahari encik suami takde makanan. So, itu salah satu kebaikan bila aku bekerja la. Keburukannya tak ada, kecuali kami jarang berjumpa je lah. Ada takde jumpa time makan malam je lah. Pastu beliau pergi lab semula, balik tak balik pukul 12 - 1 pagi. Time tu aku dah tido. Dan time aku pergi kerja pulak, beliau masih berselubung. Jumpa dalam mimpi je la hihihi.

Awal2 tu sempat lah makan time rehat. Excited beli bento box comel2. 

Mee goreng seminggu sekali.

Makan banyak ni je pun tak sempat. [Sambal ayam, buncis goreng telur]

Tiba2 rindu masakan2 di jepun. [Sup kambing]

Hasil kerja seorang housekeeper.

Bersih kering dan berkilat. Tengok botol2 sabun dan syampu tu. Hotel kat jepun memang tak sediakan botol2 kecik tu. Sharing is caring kekdahnya. Takde der dia kasik botol2 kecik cam kat mesia tu.

Shower curtain pun kena kemas ok.

Bila tisu tinggal sikit camni, ganti yang baru.

Pastu kumpulkan kat locker room. Boleh la guna kat toilet kat situ. Yang lebih2 cukup bulan hantar recycle.

Minggu pertama tu terjumpa pregnancy test kit nih dalam guest (okyakusama) toilet. It's positive! Dah beranak dah agaknya dia hihi.

Kebetulan hari pertama pergi kerja tu, lab encik suami ada anjurkan seminar. Penunjuk arah ni beliau la yang taruk malam tu.

Papan tanda arah ke tempat kerja dari stesen Fushimi.

Jalan ke tempat kerja. Masa ni belum tau laluan bawah tanah. Lepas sebulan baru tau.


Nishitetsu Inn. Pernah duduk kat hotel yang sama kat Tokyo.

Tu dia hotel kita. Yang signboard putih tu.

Ada sekali time hujung tahun, company belanja lunch ticket ni. Best! Dia bahagi2kan ikut hari. Aku dapat giliran sekali ngan Jaha dan Hafiz. Dia kasi lunch set. Boleh pilih. Aku ambik udang tempura makan ngan nasi dan sayur. Sedap!

Selain buku bank, kami juga kena sediakan inkan sendiri. Kat jepun ni kita tak guna tandatangan. Semua dokumen rasmi kita cop guna inkan. Untuk kerja ni, kami kena cop inkan dalam borang rekod kedatangan setiap hari. Oleh kerana semua orang kerja berlainan waktu, kita kena rekod kedatangan kita masing2 untuk pengiraan gaji. Biasanya aku isi borang tu setiap minggu. Nak membuat inkan ni pun makan masa. Tempahan siap dalam 2 minggu. Tak lama tu aku jumpa mesin ni kat donki hote. Laaa ada rupanya vending machine inkan ni. Boleh siap dan2 tu jugak.

Dalam masa seminggu tu rasanya aku masih rilek2 lagi. Liza pun tak paksa aku suruh buat cepat2. Take your time katanya. Aku pun bila dia dah cakap camtu, buat je lah slowly dan buat macam rumah sendiri. Maksudnya aku cuci sesuci lebaran lah kiranya. Bersih giler punya. Senang je sebenarnya, cuma memenatkan. Minggu tu sakit kaki tangan aku macam baru lepas jogging kot. Lama nau urat nya tak diregangkan. Tertonggeng2 la jugak time nak mengelap ofuro (bathtub tu). Rupanya gitu cara orang cuci toilet hotel ek. Kena cuci semua pastu lap kasi kering. Kita dah biasa toilet sentiasa basah kan. Dan kalau ikut kan prosedurnya diorang lap tu guna towel lain daripada yang digunakan oleh guest. Kan kita selalu dengar diorang lap jamban guna tuala mandi kan. Kat sini tidak. Memang ada disediakan towel kaler coklat untuk lap. Cuma diorang tunjuk kat aku boleh juga lap guna bath mat jer. Kira ok lagi lah kan. Orang tak guna bath mat untuk lap badan kan.

tbc...

2 komen:

Irfa said...

Lama tak singgah sini
Bosan sekarang
Ada jgk bahan bacaan

AyunasiA said...

tq for coming...