BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, 9 July 2017

Kawazu-zakura : Early Bloom Sakura at Tahara City

Assalamualaikum...

Entah ada ke tidak yang menyambut salam ku hulur tanda ingatan ni. Tapi tak kisah lah. Yang penting aku nak menghabiskan serpihan2 draf cerita pasal jepun. Selagi tak habis rasa tak best pulak nak cerita perihal tanahair tercinta ini. Bila masa aku balik pun korang tak tau kan?

So, cerita pasal bunga tak berapa banyak tahun ini sebab aku balik sebelum musim bunga. Kiranya sebelum musim hanami sakura la. Oleh sebab itu juga, kami terpaksa berjalan jauh sikit untuk menjejak sakura spesis kembang awal ni sebab kat Nagoya macam takde lah pulak. Yang ada pun dia keluar time kami dah hantar kereta. So memang tak sempat lah kiranya.

Tahun lepas ada juga kami tengok bunga sakura ni time sesi petik stroberi, tapi masa tu daun dia dah keluar dah. So ada nampak hijau2 la kat pokok tu. Macam dah terlambat la gitu. Orang nak tengok sakura time dia keluar sorang2 je atas pokok tu, belum keluar daun lagi.

Okeh, tempat yang kami pergi ni namanya Tahara. Sebuah pekan tepi laut yang terletak di selatan Nagoya. Hampir 2 jam perjalanan menaiki kereta melalui national road, route 23 kalau tak salah. Route yang sama pergi obu, kariya, anjo, toyohashi tapi terus lagi. Kira sampai penghujung route ni lah tapi jauh lagi hahaha aku pun pening apa yang aku tulis ni.

Bila eh aku pergi? Jap nak tengok album gambar. Haaa 7/3/2017 hari Selasa. Pergi tiba2, tak plan pun. Asal encik suami ada masa je, kami terus pergi. Pergi tu pun dah tengahari, sampai sana dalam pukul 3 gitu. Tengah2 panas rembang petang. Tapi ok lah, tak ramai orang. Kurang la photobomb. Parking free je kat parking lot pachinko kehkehkeh.

Sebelum tengok gambar, meh aku copy paste trivia sikit pasal early bloom sakura ni.

In winter, there’s famous pink sakura named Kawazu Sakura. It’s known as early spring sakura or early blooming sakura instead of winter sakura. This stunning flower is originated from Kawazu, Izu Peninsula. Kawazu Sakura tree (or Kawazu-zakura as pronounced by the local) was found at Kawazu river in 1955. The nearby resident spotted out the young plant and realised it was a sakura tree then took the tree and planted it in his garden. Thanks to the local people and government’s effort there are thousands of Kawazu Sakura trees now in this city. The original tree can still be seen today where it was first planted in Kawazu.
Kawazu Sakura usually blooms from mid of February to early March. That’s the time when Kawazuzakura Festival is usually held. The best time to visit is at the peak or when most of the flowers have popped up although the festival itself last up to a month. The only way to find out the best time is by watching the news. This year, the Kawazu Sakura popped out a little bit early, mid February the Kawazu Sakura has reached its peak.
The kawazu sakura  「河津桜 Kawazu Cherry Blossom」 gets its name from the small town of Kawazu in Shizuoka Prefecture, to the east of Aichi Prefecture. The town even has a live camera feed, showing the kawazu sakura trees.
It’s interesting that the kawazu sakura has bloomed earlier in Okazaki, Aichi Prefecture than in Kawazu, Shizuoka Prefecture.

Laaa dah baca ni baru aku tau pokok ni ada banyak kat Kawazu. Dekat sikit tempatnya dengan Nagoya. Kita yaaa lah pergi jejauh. Rupanya asal usul dia dekat je. Pokok pertama pun ada kat situ jugak. Tak pe lah, bila2 kalau ter pergi jepun time2 tu boleh la pergi ke situ pulak.

Ok, jom kita layan gambar. Banyak ni tau, jangan muntah pulak.

Sampai2 je terus nampak ini. Subhanallah... cantik sangat! Kenapa 3 tahun sebelum ni tak pernah nampak pun?

Suka nya kiterrr! 

Pink, biru, kuning, hijau.


Ingat dah tak sejuk, aku pun tak bawak jaket. Sekali nahhh gigil kau! Sibbaik bawak sweater. Errr nak bagitau sebenarnya bukan gemuk di situ, tetapi pakai sweater kat dalam hehe.

Terima kasih encik suami yang rajin melayan hobi ku menengok bunga.






Dah keluar daun jugak sikit2. Tapi kalau sakura putih sebelum daun keluar kelopak dah gugur dulu.



Dah tak tau nak buat gaya cemana lagi dah.



Kami datang dari arah jambatan belakang tu. Ni kira dah kat tengah jalan la.

Pasangan sakura biasanya ialah nanohana aka bunga canola.





Pokoknya kecik2 lagi. Kalau kat kawazu tu 2 pemeluk pun ada besarnya. Tapi kecik2 pun penuh bunganya. Santek sangat!








Selfie selfie foto foto sendiri...




























Sejuk2 pun tetap nak tayang t-shirt gamba osaka vs jdt dia.



































Area ni macam baru tanam. Kecik je pokoknya.






























Rotary club - sponsor yang tanam pokok2 ni kot.

Maksudnya baru 8 tahun la kot usia pokok2 ni. 10 tahun lagi mesti dah merimbun.

Lalang pun cantik.
































































Ooo laaa kat sini dia ada tulis nama sakura ni rupanya. Kawazu sakura. Kawa tu kan sungai. Ingat dia tulis sakura tepi sungai hihi.





Dari atas jambatan.







Ok dah. Jom balik. Ehhh belum boleh balik lagi. Encik suami dah google satu lagi tempat menarik nak di pergi kat tahara ni. Ke mana kah? Nantikan dalam episod seterusnya minggu hadapan. Eh tak tau lagi bila nak tulis episod seterusnya. Gambar dah upload, tinggal nak cerita je. Tunggu je lah. Kot kejap lagi, esok, lusa, minggu depan, bulan depan, hopefully bukan tahun depan hehehe.

On the way nak ke destinasi seterusnya, jumpa banyak kincir angin. Tempat ni tepi laut, so angin nya agak kuat.



Jumpa lagi!



0 komen: