BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 23 February 2017

Trip Tengok Bola : JDT vs Gamba Osaka - Playoff / Preliminary Round ACL 2017

(Taip tajuk entry pun ambik masa 2 minggu hihi)

Bonus bonanza! Itu lah yang boleh diumpamakan. Tak pernah terlintas dalam fikiran yang aku akan menonton bola sepak di jepun ni. Apatah lagi JDT! In fact aku tak rasa apa2 pun time tengok perlawanan jdt vs bangkok united tu. Tengok gitu2 je. Sampai kan habis 90 minit tu pun kami terus tutup channel tu. Ingat, ok lah, seri 0 - 0. Tiba2 fb timeline ada post pasal gol jdt. Eh, tak habis lagi ke? Pastu gol bangkok pulak. Eh, apani apani apani??? Kelam kabut aku carik balik link bola tadi. Tiba2 tengah nak penalti. Masa tu baru lah aku baca komen2 yang menyebut pasal kalau menang ni akan lawan gamba osaka. Osaka jepun ke tuh? Maksudnya lawan kat jepun? Apakah??? Dan bila jdt menang, bertubi2 lah soalan aku lontarkan kepada encik suami. ACL tu apa? Semua soalan tiada jawapan. "Takde dalam research abang la...," katanya. Lalu sebelum tido malam tu aku berazam, "besok pagi abang tanya la apa je pasal acl, ayang akan ada jawapannya." Gitu. Kebetulan malam tu aku tak boleh tido. Maka aku pun buat lah research pasal acl ni. Feh! Tak pernah aku rasa begitu berinformasi sebegitu sekali. Nak dipendekkan cerita...

Piala juara2 asia ni dibahagikan kepada 2 zon; timur dan barat. Malaysia masuk zon timur. So, kite citer zon timur je la ek. Kalau dapat masuk acl ni layak lah aku cerita keseluruhannya, ye tak?Kelayakan nak masuk acl mengikut ranking. Ranking negara dan ranking kelab. Ranking negara tu maksudnya ikut ranking fifa la. So, ranking zon timur ni korea selatan di ranking pertama, jepun kedua, diikuti china, australia, thailand, hong kong etc. Bagi ranking pertama dan kedua, dia dapat 3-1. Maksudnya 3 team direct, 1 team qualification. Direct tu maksudnya 3 team teratas dalam korea dan jepun tu terus masuk acl. Dan 1 qualification ni kalau jepun tu gamba osaka tu lah. Dia sama la macam jdt, kena lawan pusingan kelayakan baru tau layak tak layak masuk acl. Kiranya gamba osaka tu ranking nombor 4 la kalau kat jepun ni. Gitu. Pastu yang china ngan australia pulak 2 direct, 2 qualification. Thailand 1 direct 2 qualification. Hong kong 1 direct 1 qualification. Yang ranking bawah2, vietnam, malaysia, indonesia, myanmar, filipina, singapore, semua dapat 1 tempat qualification.

Ok, kita masuk qualification round pulak. Qualification ni pulak ada 3 round. Round pertama JDT dapat bypass sebab ikut ranking tu dia no. 2 di bawah vietnam. Kiranya team vietnam, malaysia dan myanmar ni dapat pengecualian la atas sebab ranking tersebut. Team indonesia tak masuk acl kali ni tak tau kenapa. Jadinya jdt terus masuk round kedua yang lawan bangkok united menang penalti tu. Tapi bangkok ni pun tak masuk first round jugak sebab thailand punya ranking kan lagi atas kan. Kiranya myanmar, filipina ngan singapore je yang main first round tu. Lelain terus second round. Dah menang second round ni baru lah dia masuk pusingan ketiga atau playoff. Maksudnya kalau menang masuk acl, kalah tak masuk acl tapi masuk afc cup sahaja. Gitulah kekdahnya. Ingat nak cerita jugak peringkat2 seterusnya, tapi sebab tak dapat masuk pun kan, tahun depan je lah kite citer ek?

Okeh, bila dah menang tu, aku pun teruja lah kan nak pergi tengok bola kat osaka tu. Eh, tapi betul ke main kat osaka? Kenapa bukan main kat larkin? Haaa itu pun sebab ranking. Syarat dia, saper yang ranking lebih tinggi, dia yang jadi tuan rumah. Gitu pulak. Patut bagi lah yang ranking lagi rendah supaya dia dapat ramai penyokong di rumah sendiri dan menaikkan motivasi pemain2. Baru lah semangat. Kalau main kat tempat orang yang lagi terer, ermmm kite dah lah tak berapa nak terer, pergi saje2 tanpa harapan yang tinggi je lah kan. Kesian tau. Tapi dah gitu peraturannya, ikut kan je lah. Mesti ada sebab dia buat cenggitu kan. Ingat sajer2?

Jadi, confirm lah bahawa perlawanan itu akan berlangsung di osaka. Sibbaik nama team tu gamba osaka, dapat lah aku hint bahawa itu team dari osaka hihi. Kalau macam kashima antlers, urawa red diamond... kat mana tu? Dan osaka tu pun tidak lah jauh mana. Kira macam pergi melaka je. Pergi balik hari pun boleh. Awal2 tu azhar kata nak ikut. Besok tu baru teringat kena babysit nuha pulak hari tu. So tak jadi lah.

Besok tu juga, kami terus mencari tiket. Tiket boleh dibeli secara online, terus di kombini, atau di stadium. Harga tiket biasa 2500 yen. Bila beli online, tiket diprint di kombini dengan charge 108 yen. Kalau tak nak printed ticket pun boleh. Tunjukkan qr code je. Kalau beli terus di kombini dia charge 216 yen. Kalau nak beli tiket terus kat stadium pada hari perlawanan pun boleh, tapi harga tiket jadi 3000 yen pada match day.

Pada suatu hari, encik suami ternampak ada orang jual t-shirt limited edition sempena game nih. Teringin nak beli, tapi cemana nak dapatkan? Cer tanya kat dia kot2 ada sesiapa yang nak datang osaka ke, boleh kirim kat dia. Ada! Dan di situ bermulanya perkenalan kami dengan beberapa orang ini. Seller t-shirt tu tak kenal pun derang ni, cuma sebagai pelanggan dia je. Dari satu group 6 orang, muncul 3 orang lagi menjadikan mereka 9 orang. Sebagai timbal balik, kami akan belikan tiket untuk derang. Jadi, pada hari jumaat, encik suami pun membeli tiket secara online. Excited nih nak pergi collect tiket kat 7E. Sekali tak boleh ambik hari tu jugak. Dia ambil masa 1 hari. Hari sabtu selepas pukul 5.30 petang baru boleh ambik. Holoh. Baru nak menunjuk2 tiket bola kat orang mesia hehe.

Jadi hari sabtu tu, balik dari pasar, kami ronda2 dulu sementara nak tunggu pukul 5.30 tu. Sempat la pergi bookoff dan terbeli henbeg kat situ. Huuu nangis... mahal hoi! Encik suami la ni, pengaruh suh beli. Dari situ kami terus ke 7E dekat2 bkids lama takabari. Beria siap rekod video bagai. Pastu terus balik dan tunjukkan tiket2 kat geng2 yang nak datang tu. Derang pun excited menunjuk2 juga. Siap ada orang edit nama kat tiket tu yang asalnya nama encik suami (sebab dia yang beli) tukar jadi nama dia hihi.





Tiba hari ahad, member dah mula bergerak ke klia. Flight derang pukul 1 pagi isnin. Derang antara yang awal la. Kebanyakannya gerak hari isnin supaya tak perlu bermalam sebelum hari game. Derang pulak bercadang nak jenjalan dulu. Memula derang nak jenjalan kat osaka. Nak pergi tempat bersejarah katanya. Apa je yang bersejarah kat osaka tu? Osaka castle je lah yang aku tau. Jadi kami cadangkan derang pergi kyoto. Bermalam di sana dan hari selasa tu kami boleh ambik derang kat kyoto on the way nak ke stadium tu. Cantik dah planning tu. Kami suh derang gi fushimi inari, arashiyama dan kiyomizudera. Sebab derang sampai pagi isnin tu, kira sempat lah pergi 2 tempat hari isnin, pastu selasa pagi tu pergi 1 tempat je. Aku pulak ingat nak singgah kiyomizudera sebab nak beli kipas souvenir. Derang pun lagi lah suka kalau kami datang ambik. Leceh kot nak turun naik keretapi. Stadium tu pulak letaknya kat pinggir bandar osaka. Tak semudah naik kereta la kan.

So, mereka pun sampai di kansai pada pagi isnin dan terus ke kyoto. Derang duduk homestay kat kiyomizudera. Time tu aku cuma tau derang cakap, macam2 dugaan. Tak tau lagi apa sebenarnya yang terjadi.

Maka tiba lah 7 Februari, pagi2 lagi aku dah bangun masak mee goreng. Encik suami pergi lab dulu sebab ada meeting katanya. Sekali meeting postpone pukul 2 petang. Tak sempat lah nampaknya. Jadi kami bergerak pukul 1.30 petang. Sepanjang jalan, salji turun renyai2. Rupanya kat kyoto pun salji turun dari pagi. Untung la derang, dapat merasa salji turun. Kami sampai di kyoto lebih kurang pukul 3.30 petang. Terus pick up derang dan pergi ke kiyomizudera. Bagi derang masa 30 minit untuk beli souvenir

Sebelum bergerak dari yamate biru.


Jom kiter!

Gunung ganang nampak putih.


Salji sepanjang jalan.

Di persimpangan.




Singgah R&R tu solat asar.

Kedai donguri totoro di kyoto.



Pilih kipas wan ajijah. Cantik2 semuanya. Paling murah 1000 yen, paling mahal berbelas2 ribu.

Kat situ rupanya tempat aku bersesak2 autumn yang lepas. Oh, belum tulis entry pasal tu ek?



Selesai membeli cenderamata, kami meneruskan perjalanan ke suita city stadium. Lebih kurang 40 minit perjalanan dari kyoto. Time ni dah nak maghrib. Tak sempat nak jumpa siang kat stadium.

Sampai di stadium, kena parking di stadium lama. Oh, tiket parking pun kena beli online. Tak ingat berapa yen. 1000+ yen rasanya. Dari situ menapak lah sikit ke stadium baru. Baru tak baru lah. Sejak world cup 2002 yang kat korea/jepun dulu. Kalau naik train pun kena menapak jauh juga nak ke stadium tu. Sampai di stadium, tengok ramai juga penyokong jdt. Ingat tak ramai penyokong gamba osaka ni. Ye lah, rasanya orang jepun ni tak berapa sangat bola sepak ni. Kalau baseball memang derang lah hantunya. Rupanya penyokong derang semua dah masuk stadium. Walau pun tak penuh, tapi agak ramai lah juga. Tak seperti yang aku jangka. Lagi pun game kelayakan je kan.

Bergambar bersama gamba boy. Geng kami kat sini 4 orang yang kanan tu je. Asalnya 5 orang, tapi yang sorang tu masuk sebagai photographer. Tiket dia dijual kepada sorang lagi mamat ni, kawan kepada kawan uthm. Tu lagi dasat, lone ranger je datang jepun. 

Asalnya juga, derang berlima ni asalnya berenam. Sekali yang sorang ni dapat tiket vip melalui pbnj. Tiket dia kira burn ar. Ada lagi ni tiketnya pada kitorang.

Gamba boipren kite.

Kemetot je gamba boy ni. Budak agaknya. Eh ye lah, boy kan.
Dan kami pun masuk ke dalam stadium. Waaa bestnya stadium ni. Bersih dan cantik.


Belakang gol sana tu kelab penyokong derang. Saper cakap orang jepun tengok bola duduk diam je tah.

Sementara tu kami pergi kedai souvenir dia.


Ada orang kirim mafla.

Jersi baru dia belum mula dijual lagi. Tapi cantik, ala2 jersi jdt tahun lepas sikit. Lupa pulak nak ambik gamba. Tapi kalau dah jual pun aku tak beli kot. Mahal oi! 12k dah dekat rm500!

Sebelum sepak mula, encik suami pergi solat dulu. Punya lah lama pergi solat. Aku dah risau. Kang hilang, kat mana pulak aku nak cari. Rupanya beliau lambat sebab pergi membuat kerja power rangers, menyelamatkan rakyat malaysia yang kesusahan haha.

Kisahnya, ada satu family ni datang dari malaysia. Tiket pulak dibelikan oleh adik ke sape tah yang study kat sini. Sekali nak masuk, rupanya adik tu beli tiket home. Maksudnya dia tak boleh duduk kat bangku visitor. Dah, satu hal. Cuba mintak derang benarkan masuk kat tempat visitor, derang tak bagi. Skema betul! Padahal tempat duduk kosong je. Tapi aku salute lah sikap integriti derang tu. Dah tu, terpaksa lah derang masuk kat tempat gamba osaka. Bukan setakat tu, semua benda yang ada logo jdt dia suruh tanggalkan atau simpan. Keras lah kau duduk kat situ hahaha. Time rehat first half tu, kami nampak derang kat belakang tempat duduk kami, duk mundar mandir menunggu peluang nak masuk. Mujur masa tu ramai orang keluar masuk, maka akhirnya dapat lah derang masuk. Oh, penjaga tiket ada di 2 tempat. Yang satu kat pintu masuk utama tu memang keje koyakkan tiket. Dah masuk tu ada satu lagi penjaga nak masuk ke tempat duduk. Budak2 je penjaganya. Tak yah guna polis pun huhuhu.

Game dah nak start.

Sejuk nyer hohoi! Sakit bahu aku menahan sejuk. Cemana lah derang kat padang tu. Time lari mesti lah sejuk kena angin, kan?


BOS duduk kat bawah tu.

20 minit pertama, aku cakap, tak terer pun? Kenapa tak gol? Encik suami cakap, derang baca permainan dulu. Ooo... baru cakap, terus dia gol minit ke 23. Tak sampai 10 minit, gol lagi minit ke 29 huhuhu. Sebijik sebijon pulak golnya. Dari kanan ke tengah dan terus gol. Ok, betul lah 20 minit pertama dia baca permainan jdt.

Tamat 1st half, 2-0.

Konon tak sejuk ar bukak jaket camtu. Gigil hoi!

















Fokusnya!

Gambar dari photographer geng kami. Cantiknya dia ambik gamba! Print pun tak nampak berbintik. Elok pulak dia bokeh orang yang tak berkenaan depan dan belakang. Nama pun photographer kan.  Masa ni dia buat isyarat 'rapat2'. Orang kat depan kami pun dok berpeluk rapat2. Padahal dia nak tangkap gambar kami hihi.








Akhirnya permainan tamat dengan gamba osaka 3, jdt 0. Kesimpulannya ialah, bukan level kita la. Yang paling aku nampak, jdt tak dapat masuk pun kawasan penalti. Malah bila dapat free kick dekat2 situ pun, derang tak berani nak tendang terus ke gol. Dasat ar tembok derang.

Player jdt ketika nyanyian lagu bangsa Johor.



Habis game, kami pun menapak ke kereta. Dah janji ngan member photographer, tunggu kat tempat masuk. Lama gak kami menunggu. Last2 kami terus ke kereta dengan harapan member tu dapat instinct yang sama la. Sampai2 kat kereta, tengok member tu dah duduk kat situ. Laaa kesiannya, lama menunggu.

Oh, masa menunggu tadi, jumpa la ramai penyokong gamba. Member sorang ni dapat la bertukar2 mafla dan jersi dengan derang. Mafla seploh hengget je kot haha. Untung la... kat sini mana ada orang jual2 baju ke hape kat luar stadium. Ada booth pun jual yang kedai rasmi punya.

Kebetulan pulak, kereta yang parking sebelah kami tu kereta student malaysia jugak. Budak undergrad. Kinkidai ke haper tah. Semua bukan budak johor pun hehe.

Dari situ, kami terus cari family mart nak makan mee goreng aku tu tadi. Sengaja pilih family mart sebab derang nak free wifi. Derang memang tak ambik portable wifi kat airport. Ada sebabnya. Kang aku cerita. Magiknya, mee goreng aku masih panas! Lepas makan, kami bawa mereka ke treasure bomb. Kemain seronok member. Tapi tak sempat berlama2 kat situ sebab dah nak tutup pukul 12 malam. Dulu treasure bomb tutup pukul 2 3 pagi kot. Sekarang kebanyakannya tutup pukul 12. Pastu kami terus hantar derang ke stesen shin-osaka sebab besok pagi derang nak terus ke airport. Nak tido kat mana tu? Pandai2 korang lah. Aku dah tunjukkan cyber cafe kat depan stesen tu. Harap2 derang tau lah cemana nak masuk situ. Derang ingat boleh senang2 je tido kat masjid ke hape. Haih... bukan boleh suka2 nak bergelandangan kat jepun ni. 


Stesen pun dah tutup.

Terpaksa meletakkan mereka di sini. Nak pergi airport, dah agak lewat. Jauh juga airport kansai tu.


Okeh, apa ceritanya? Apakah dugaan yang mereka lalui dalam perjalanan ini? Aku pun baru tau ceritanya masa mula2 berjumpa derang kat kyoto tu. Masuk2 je kereta terus sorang tu tanya kalau2 ada isterinya wasap ke encik suami. Kenapa pulak?

Kisahnya, derang beli tiket flight melalui ejen. Bila sampai di klia nak check in, tiket tak dapat lagi! Sebabnya, ejen tak bayar lagi. Tet, game over! So, apa derang buat masa tu? Derang beli tiket baru dan2 tu jugak. Alang2 dah sampai airport kan. Kos lebih kurang rm6k untuk 5 orang. Dah sampai jepun nak ambik wifi, tiket balik belum beli lagi. So, susah la kan kalau terlambat pulangkan ke haper nanti kan. Nak ambik kat klia pulak, kena booking awal 2 3 hari pulak katanya. Sudahnya, derang takde internet pun kat jepun. Harapkan free wifi kat hotspot je la kalau ada. Ada sorang tu, gi mana2, sikit2, ada wifi tak? Ada wifi tak? hahaha. Dah balik tu baru sorang ni bisik, sebenarnya kat stadium tadi ada free wifi hahaha. Sibbaik kat homestay ada wifi. Boleh lah berpoyo2an di situ.

Bila tiket balik tak beli lagi, dah hilang semangat nak berjalan2. Fushimi inari ke mana, arashiyama ke mana. Yelah, bawak duit pun dalam 30k yen je gitu. Kang kalau kena beli tiket guna duit cash, dah satu hal pulak. Itu pun sebelum kami bertolak tu encik suami lambat sebab cuba belikan tiket derang lah. Masalahnya tak boleh nak buat bayaran. Agaknya nama derang dah ada dalam dalam booking ejen, cuma belum buat bayaran je. So, bila encik suami nak cuba pembelian baru, nama bertindih ke hape lah kot. Mungkin la. Pastu derang suh wife sorang ni pergi beli tiket terus kat kaunter airasia kat jb nun. Tu yang dia tanya kot2 wife dia ada wasap encik suami tu. Dan akhirnya berjaya. Tiket besok pagi pukul 11. Baru lah lega rasa di hati. Kos balik rm7k+ pulak. Sudahnya derang duduk kat area kiyomizudera tu je. Itu pun tak pergi pun kiyomizudera tu itself.

Jadi, sepanjang perjalanan ke stadium tu lah baru kami tahu ceritanya. Dah siap macam2 plan ni nak menangkap ejen tu balik nanti. Ejen tu india. Yang tambah panas hati tu, hari ahad tu juga ejen tu kawin. Apakah? Wah wah wah meriah lah kenduri kawin kau makan duit orang kan... Bukan derang berlima je yang kena. Yang lagi 3 orang yang kami belikan tiket tu pun sama jugak. Cuma derang punya flight hari isnin siang. Tapi sampai lah juga mereka ke osaka. Sempat jumpa derang sekejap masa nak bagi tiket. Aduhai... kesiannya la hai. Kami tak boleh buat pape la kan.

Bila difikir2 kan, kenapa derang beli tiket dari ejen eh? Kan boleh je beli tiket sendiri online? Sebab murah lor... Kan selalu kita jumpa orang jual tiket airasia murah dari biasa walau pun di luar waktu promosi. Sebab derang ni ejen, memang ada ticket allocation sendiri biasanya. Macam trivago yang menawarkan bilik hotel yang sama tetapi harga yang lebih murah tu hihi. Ada je ejen yang jujur. Malah ejen india ni pun direkomen oleh kakak kepada salah seorang dari mereka ke sape tah yang pernah menggunakan khidmat ejen tu dengan jayanya. Cuma nasib tak baik, kali ni boleh kena game la pulak. Kebetulan pulak mamat tu nak kawin, duit katering tak cukup agaknya huhuhu.

Jadi, apa kesudahannya? Setelah 2 minggu ni, derang masih dalam proses menjejaki ejen keparat tersebut. Dia tak missing in action pun. Masih respon bila dihubungi, cuma derang tengah deal untuk menyelesaikan kerugian yang dialami yang berjumlah kira2 rm18k kesemuanya. Siap lah kau!

Sekian.

*rujukan 1
*rujukan 2

0 komen: