Betul lah, bila tengok yang rakaman punya lagi sedap bunyi nya. Rakaman by dfm2u la tapi. Kalau movieinfobsyok tak berapa terang gambar dan suaranya. Kalau dfm2u dia rakam buat rakaman HD. Rasa macam tengok betul2 kat tv. Cuma minggu ni dia tersilap upload video yang tak penuh kot. Dah hujung minggu baru dapat yang penuh. Baru best mengulang tayang. Juri jemputan minggu ni ialah datuk dj dave. Sedap suara dia nyanyi lagu hey ingin bersua dengan dinda yang ku puja lalala...
Konsert minggu ni aku dapat tengok live yang betul2 live. Ada orang bagi link kat fb. Tapi ada delay la sikit berbanding yang kat youtube tu. Minggu ni pulak takde si syuk tu, diganti dengan mamat penang tu. Lagi lah aku meluat nak tengok.
Ameng - Lelaki Seperti Aku
Eh, best lah dia nyanyi lagu ni. Aku mula2 tu ter'amaze lah jugak sebab dia tak tergeliat lirik sebab lagu ni kan lirik dia macam rhyme gitu kan. Boleh tertukar2 kalau tak fokus. Sekali betul2 jadi hahaha. Itu pun dah hujung2. Kalau tak memang dah ok sangat. Takde lah nampak kaku ke apa. Vokal ok, attitude pun walau pun tak poyo sangat, tapi sesuai ar.
Tapi aku rasa derang ada monitor yang tayangkan lirik lagu derang kot kat bawah tu. Sebab masa first week aku nampak monitor tu tengah tayang lirik lagu jihan ngan nabil. Monitor tu kelihatan kat sebelah juri time ds vida dok berebut mic ngan fm tu. Maybe masa tu kejadian tu tak dijangka, maka cameraman ter'rakam benda tu. Sejak tu aku asik perati je mata peserta2 ni dan memang seringkali mata derang terarah ke sebelah kiri kamera. Nampak sangat. Pastu masa tokram tegur pasal ni kat ameng kan dia cakap mata dah kelabu kan. Hmmm... paham kan?
Oh, lagu ni lagu baru. Tak lah baru, tapi lagu zaman sekarang la. Takde lah nostalgia sangat. Cuma bila dengar lagu ni, aku akan terbayangkan suasana aku sedang memandu kereta ke adtec dan lokasi ketika itu ialah di hadapan taman universiti parit raja. Hah. Kenapa? Mungkin aku pernah atau pertama kali dengar lagu ni kat situ masa tu kot. Agaknya lah.
Intan Sarafina - Penantian
Selepas tengok kali ketiga dari video hd, baru lah aku rasa sedap lah jugak nyanyian intan dengan lagu penantian ni. Ala nana pun nyanyi tak sedap masa lagu farhana, tapi pastu dia catch up. Cuma aku masih dihantui dengan suara kepit dia ar.
Lagu ni zaman aku darjah 6. Lokasi nostalgia ialah di dalam kelas 6 merah. Eh jap, tapi album ni tahun 1990 aku darjah 5? Eh tak kisah la. Mungkin album tu release hujung2 tahun 1990 ker dan lagu ni femes tahun 1991.
Eh jap. Tahun lepas haiza nyanyi lagu blackrose jugak kan? Bukan lagu ni eh? Oh ok dah check. Haiza nyanyi patahnya sayap malam. Apasal la aku salu kompius ngan 2 lagu ni tah.
G-mie Screen - Seni Berzaman
Sedap! Main hari makin best la pulak dengar suara g-mie ni. Sejujurnya aku ada satu perasaan lain bila dengar nama to'ki. Kalau tak silap dia pernah ada kes kan? Tak ingat kes apa. Lagu ni pulak takde apa2 nostalgia dalam hidup aku. Dia macam sezaman dengan lagu jayjay joget angan tak sudah. Ke zaman tu memang zaman lagu2 tradisional kot. Tapi memang biasa la dengar lagu yang tiba2 high pitch ni. Memang sesuai ar dengan suara g-mie ni.
Zur Eda - Karma
Sesungguhnya aku tak faham apa kaitan karma, dejavu dan sketsa sheols bersama anak di dalam kereta di depan sekolah tu. Tetapi sesungguhnya persembahan minggu ini juga tidak menghiburkan hati ini. Ada macam lari tempo sikit, pastu macam over bla bla bla. Argh! Next please!
Shidi Data - Mengapa Dikenang Mengapa Difikir
Why oh why? Kenapa beliau duduk bottom 3 eh? Aku rasa persembahan ni jauh lagi best dari intan dan zur eda. Ker dia accumulate markah minggu lepas sekali ek? Sebab tu rem boleh tersingkir dan elly boleh terselamat. Suara beliau pun makin lama dengar makin sedap pulak.
Nora - Sudah Kutahu
First time aku dengar lagu ni betul2 ialah masa final gempak superstar. Masa tu aku baru tau yang lagu ni sebenarnya lagu baru. Sebelum tu macam pernah terdengar kat radio, tapi ingat lagu lama yang aku tak pernah dengar. Sekali lagu baru rupanya. Sebab melodi, penyampaian dan arrangement lagu ni macam lagu dulu2.
Rem - Penawar Rindu
Aku rasa macam kesian la pulak kat rem ni. Dia macam bersemangat dalam gv ni, tapi sayangnya gagal menyampaikan lagu ini dengan baik. Kekok sangat. Suara dia macam straight gitu kan. Cuba melenggok pun masih bunyi straight. Kesian tengok muka dia berusaha menyanyikan lagu ni. Pendek kata kesian je lah.
Azharina - No Woman No Cry
Sejujurnya aku tak pernah dengar lagu ni. Pernah la dengar orang sebut no woman no cry, tapi itu je lah. Tak pernah dengar lagu penuh. Jadi bila dengar azharina nyanyi lagu ni, aku macam, apakah? gitu. Lebih kurang macam masa farahdhiya nyanyi lagu enter sandman ke haper tah aritu.
Siti Sarah - Joget Sayang Disayang
Cantik nya body dia! Jihan kat sebelah pun tak selangsing dia kan? Aku siap bergenang air mata tengok persembahan ni. Punya terharu sebab best sangat! Tak perasan sangat kalau dia ada kesalahan dari segi vokal sebab persembahan dia dah mengaburi semua tu.
Zarul Umbrella - Generasiku
Tak sangka nya! Tiba2 aku dapat rasakan yang zarul bakal juara gv tahun ni. Dengar lagu ni takde lain mesti aku ingat gol dan gincu, filem kegemaran ku! Percaya tak? Yaaa aku suka sangat filem gol dan gincu. Kenapa tah.
Dan persembahan zarul sangat2 menjadi. Memang layak dapat hadiah terbalik apa tah tu. Terbaik!
Elly Mazlein - Perawan atau Janda
Over confident sangat la kak lina pom pom meletop... kan dah salah masuk. Dah salah masuk satu hal, salah lirik pulak lagi. Hadoi... memang tak boleh dimaafkan betul. Sibbaik lah ada rem yang lagi hauk. Kalau tidak memang dah out dah. First2 masuk pun macam salah key je aku dengar. Cumanya persembahan beliau agak menarik. Mau tak menarik, dangdut katakan. Lirik pulak memang kena mengena, makin menjadi2 lah kan. Dibantu pulak dengan nabil ahmad last2 tu. Cuma kalau nabil masuk awal sikit mungkin lagi menarik.
Yang tersingkir - REM
Sekian.
Friday, 4 November 2016
Review Geli2 Gegar Vaganza 2016 - Minggu Ketiga : Ada Beran?
Hasil karya AyunasiA pada 11:58 pm
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 komen:
Post a Comment