BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, 4 August 2016

Rutin Kehidupan di Nag0ya Part II

Tiba2 terjumpa draft ni. Meh sambung balik story pasal life in japan ni.


TV



Apa nak cite pasal tv ek? Kat sini ada satelite tv, tapi kami tak ambik tau pun. Guna je apa yang ada. Macam rumah kami ni, landlord memang dah sediakan siaran tv siap2 dengan bayaran 500+ yen sebulan. Kalau ada tv, cucuk je lah kabel dia tu. Kalau takde tv pun takpe sebab tengok pun bukan paham pun, kan huhuhu. Tapi, time musim world cup tahun lepas, memang aku menggunakan sepenuhnya tv tu. Nak tengok yang streaming kat internet memang jangan harap la kan.

Tapi, keberadaan tv di rumah juga menimbulkan masalah bagi kami. Bukan masalah apa lah. Kat sini, ada satu stesen tv utama iaitu NHK'. Dia ala2 rtm gitu lah. Rasa macam dulu2 tengok cite jepun pun diambil dari stesen nhk kot, kan? Dan siaran dia kena bayar. Bayarannya berasingan dengan bayaran yang dengan landlord tu tadi. Aku tak ingat berapa kena bayar tu, tapi kami tak pernah bayar. Eh, rasanya macam aku pernah cerita kot pasal ni. Ok, skip.

Pada waktu lain, aku tersangat lah jarang menonton tv. Sesekali je bila encik suami balik, dia bukak tv dan aku pun tertengok sekali lalu. Kadang2 ada lah jugak program yang menarik. Macam ada satu program ni, setiap hari sabtu tengahari, ada program renovation rumah. Kat sini derang tak panggil renovate, tapi reform. Itu lah satu2nya program yang aku sentiasa tertunggu2. Kadang tu dia bukan ubah suai rumah tu sikit2. Tapi, dia roboh terus rumah tu, bina yang baru. Terutamanya rumah yang dah usang, macam rumah kami ni ha. Seronok bila tengok reaksi tuan rumah tu bila balik tengok rumah dia dah cantik. Pulak tu selalunya tuan rumah tu orang yang dah tua. Terharu pulak menengoknya.


Kad Kredit

Kat mesia nak buat kad kredit kena tunjuk slip gaji. Tak cukup gaji, tak dapat kad kredit. Kat sini terbalik kot. Bukan terbalik la, tapi yang takde gaji lagi lah dapat kad kredit.  Rasionalnya, orang yang tak berduit lah yang patut diberi kemudahan kredit, kan?

Nak buat kad kredit bagi foreigner, kena stay at least 6 bulan. Kenapa sampai perlu ada kad kredit? Sebab kad kredit juga berfungsi sebagai kad etc. ETC ni ala2 smart tag la. Cumanya kalau smart tag kiter kena prepaid, kan? ETC ni dia postpaid. Bil dia sekali dengan bil kad kredit. Sudah lah begitu, bilnya pulak sampai 3 bulan sekali kot. Kira kalau ko pergi tokyo ikut highway bulan 4 aritu, bulan 7 baru dapat bil suh bayar tol. Convenient, kan? Kiranya waktu terdesak takde duit pun boleh guna highway (macam kisah benar jek, kan? hihi). Pulak tu lagi, kadang2 harga tol yang guna etc ni lagi murah pulak dari bayar tunai. Pelik2 je jepun ni.

Pernah dulu time belum ada kad kredit, time kami pergi snow wall kat tateyama nun, kami nak keluar ke highway. Tapi dia bukan plaza tol biasa. Cuma ada mesin etc ni jek. Dahhh tersangkut kat situ. Call intercom pastu tak berapa nak paham dia cakap apa. Main agak2 jer. Agaknya dia suruh patah balik cari exit yang lain kot. Sibbaik takde orang kat belakang.

Yang best nya, masa apply kad kredit ni, dia ada promosi ke apa tah, dapat voucher membeli belah. Tak lah banyak, 2000 yen jek. Tapi tetap lah menggembirakan. Oh, masa masukkan internet scarcat aritu pun dapat voucher, 5000 yen. Best3.


Basikal

Betapa banyak nya basikal kat jepun ni. Selain public transport, basikal adalah pengangkutan utama jugak kat jepun ni. Eh, kereta semua tu banyak lah jugak kan. Sungguh pun begitu, aku takde basikal. Awal2 dulu  ada lah encik suami beli basikal. Tapi tak sampai setahun rasanya, dah hilang. Biasanya bila beli basikal kita akan dapat surat beranak dia. Kiranya boleh la dikesan kalau dijumpai. Tapi kalau dah beribu2 buah basikal wujud di dunia ini, cemana pulak lah nak jumpa tu kan. Encik suami ada la jugak buat police report, tapi agak putus harapan la kalau nak jumpa balik.

Pelik jugak. Kat jepun ni tak banyak pencopet. Peragut pun memang takde kot. Ye lah, kalau orang lelaki tu biasa taruk wallet panjang kat poket belakang seluar, selamba je takde sape nak cilok. Tapi dalam bab basikal, ramai pulak maling nya. Kenapa aku cakap ramai? Sebab sejak kehilangan basikal pertama tu, encik suami ada lah jugak mendapat beberapa buah basikal dari kawan2. Basikal giant pun ado. Tapi, semua, ya semuanya hilang. Terakhir yang hilang sebelum raya tu ari. Memang panas ngan basikal kot. Ni pun beliau ada hati nak beli lagi basikal untuk bawak balik mesia huhuhu. Entah sempat ke tak basikal tu nak balik karang.


Bank / ATM



Kebanyakan mesin atm kat sini juga berfungsi sebagai cash deposit machine. Yang best nya, kalau nak bank in kan duit tu, bukan setakat duit kertas je, tetapi duit syiling pun boleh dimasukkan. Ye lah, duit syiling kat jepun ni kira duit utama jugak lah. Paling besar dia 500 yen, paling kecik 1 yen. Pernah sekali aku masukkan duit 500 yen guna mesin tu. Tapi, bertahun nak siap hahaha. Ye lah, lubang dia kecik je, kena lah masukkan satu2. Last2 tak sampai 70k yen aku dah give up. Terus pergi ke kaunter. Kat kaunter, sekejapan je dia kira dah siap. Tu kalau aku teruskan kat mesin tu tadi, harus berbakul2 kena sumpah (dalam hati) oleh orang2 jepun yang nak keluarkan duit kat mesin tu. Itu satu keburukan atm bergabung dengan cash deposit la kan.

Pastu mesin tu juga menerima transaksi menggunakan buku. Kalau nak update buku je pun boleh kat situ. Pendek kata satu mesin boleh melakukan pelbagai urusan la.


Minyak Masak







Minyak masak utama kat sini ialah canola oil iaitu minyak bunga kuning2 tujhe dekha to ye jana sanem tu. Setakat ni aku tak pernah nampak lagi minyak kelapa sawit. Ke tak pernah cari kot. Sejak hari pertama datang dulu aku dah beli minyak masak canola ni. Pastu masakan pertama pagi besoknya aku goreng jemput2. Nak dijadikan cerita, masa mula2 panaskan minyak tu, apa yang aku ingat ialah bau dia pelik sikit. Tak macam bau minyak sawit biasa. Pastu dia agak sensitif terhadap air. Kalau terkena air sikit je pun, dia punya meletup2 macam mercun. Dan kejadian jemput2 aku time tu agak keras sedikit. Tak tau lah sebab minyak ke haper, tapi aku rasa2 ada kaitan kot.

Tapi sekarang ni dah takde lah aku terhidu bau pelik macam mula2 dulu tu. Dah imun kot. Tapi bab meletup tu tetap sama. Lagi lah kalau guna periuk kaca. Mula2 dulu jugak aku beli minyak masak kat kedai halal. Sekali beli 3kg. Tapi sejak terjumpa minyak yang murah kat donkihote, terus aku beli kat situ je. Tapi yang sekilo2 punya la. Sekali beli biasanya 6 botol terus. Itu pun sekejap je habis. Kuat betul makan minyak.

Dah, itu je buat masa ni. Jumpa lagi!

0 komen: