Bila dah lama tak update, tak tau nak mulakan dengan cerita apa. Terlalu banyak peristiwa besar telah berlaku. Dan peristiwa yang paling besar ialah KEMATIAN.
Yang pertama, pada tanggal 31 Januari 2015, hari sabtu yang lalu aku telah pun menjadi seorang anak yatim piatu. Abah telah kembali ke rahmatullah pada pagi hari sabtu tersebut di tempat aku dilahirkan iaitu Hospital Kota Tinggi. Semoga roh allahyarham abahku Md Aspan bin Abu Hassan, dicucuri rahmatMu dan di tempatkan di kalangan hamba-hambaMu yang beriman, seterusnya dimasukkan ke dalam syurgaMu, Amin. Mohon kalian sedekahkan al-Fatihah untuk allahyarham abah aku, ek? Terima kasih.
Yang kedua, selang 2 minggu kemudian iaitu pada hari Khamis, 12 Februari 2015 pula, seluruh negara dikejutkan dengan berita kematian allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat (TGNA). Malam tu aku dok berwasep ngan yayu. Sebelum tido tu dapat berita tersebut. Besok paginya, aku menonton upacara pengkebumian melalui astroawani501. Kalau di sana diberitakan awan memayungi kawasan tanah perkuburan, di sini pula, langit mendung mengiringi salji yang turun renyai pada mulanya, tetapi menjadi lebat beserta angin ketika saat pengkebumian. Subhanallah... alam turut menangisi pemergian ulamak terulung negara itu. Semoga roh allahyarham juga dicucuri rahmat yang Maha Esa serta ditempatkan di syurga, Amin.
Pada hari yang sama juga, tetapi pada sebelah pagi, negara turut menerima berita kembalinya ke rahmatullah, tokoh pengulas sukan negara, Dato' Hasbullah Awang. Selain bola sepak, aku amat meminati ulasan beliau ketika perlawanan badminton. Menggulung di jaring, ungkapan yang sering disebut beliau. Kalau dalam bola sepak, beliau akan menyebut setiap nama pemain yang sedang menerima bola dengan tepat dan cepat! Semoga roh allahyarham Hasbullah Awang juga ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman, Amin.
Itu je dulu kot. Cerita lain tulis dalam entry lain la ek. Macam tak sesuai lak nak campur aduk dalam entry ni. See you!
4 komen:
Takziah untuk asiah.
Lamanya sepi dari blogging.
Takziah untuk Asiah dan keluarga...Al-Fatihah
takziah utk kepulangan ayahanda
takziah kak.lame x jenguk blog
Post a Comment