Dan hari ini adalah hari yang dinantikan. No, bukan check gula tu. Detail scan. Kalau check gula tu saper pun tak tunggu. Wek! Tapi aku rilek je. Memang aku suka makan/minum benda manis pun. Jadi mungkin minum air gula tu takde pape.. Kot.
So, apointment kali ni kena datang pagi. Sebelum tu kena puasa dari pukul 12 malam. Tapi aku dah takde makan pape dah lepas dinner kul 8. Akibatnya... tengok lah nanti.
|
Sekarang ni kami parking kereta kat luar hospital. Sementara tengah free. Tapi manjang penuh la. Ni pun park kat tepi2 jalan je. Sampai2, suh encik suami ambikkan gambar. |
|
Tak nampak perut pun lagi, |
|
Ok, perut masih kecit. |
|
Frame gambar dekat klinik. |
Mula2 sekali gi klinik ambik darah. Lupa lak apa nama klinik tu. Tapi setiap kali ambik darah memang kat situ. Nanti dia hantar result terus ke klinik dr. Pas ambik darah, minum air gula. Camne? Ok. Mula2 macam menyucuk kat tekak. Tapi lama2 dah takde pape. Dia ada kasi air suam segelas. Boleh je selang seli ngan air suam tu. Tapi aku bertekad untuk habiskan terus air gula. Dah habis baru aku teguk sikit air suam. Tak nak habiskan? Errr kena ke? Takpe lah. Karang nak terkucil lak banyak2 minum air.
Dah sudah tu, aku terus ke klinik sebab nak terus buat detail scan. Lagi pun kena tunggu 2 jam kan sementara nak tunggu gula tu masuk dalam darah. Ada beberapa orang menunggu nak scan jugak. Untuk detail scan ni, akan dibuat oleh sonographer luar. Datang dari key el katanya. Memang dia buat hari jumaat je sebab jumaat kan hari surgery doktor. Makanya, sedang doktor membelah perut2 mereka, encik sonographer boleh lah menyeken perut2 kami ni.
Tiba turn aku, betul2 setengah jam sebelum tempoh 2 jam minum air gula tu. Senang lah nanti habis scan boleh terus ambik darah lagi sekali. Sebelum mula scan dia suruh gi toilet dulu. Sebab scan ni ambil masa 30 minit la jugak. Nanti takde la mengganggu tugas dia tengah2 scan nak terkucil pula.
Scan bermula dari kepala membawa ke kaki. Alhamdulillah, everything seems good. Akhir sekali dia tunjukkan gender hehe. Yang encik suami beriya lah record video sepanjang scan tu kononnya. Sekali rupanya tak tertekan play. Ceh! Dapat lah rekod hujung2 tu je.
Dah sudah scan, aku terus ke klinik ambik darah sekali lagi. Oh, sebelum tu, nurse tanya, nak terus jumpa doktor hari ni ke nak datang minggu depan? Aku mintak terus jumpa je lah. Dah alang2 datang jauh2 ni kan. Malas dah nak datang lagi. Jadi, sementara tunggu doktor tu, kami gi makan lah dulu. Almaklum, hari jumaat kan. In between surgery tu kalau sempat diktor turun lah sekejap.
Oleh kerana masa tu johor tengah pkpb, makanya tak boleh lah dine-in. Susah juga lah nak cari makan. Last2 kami tapau dominos pizza je. Kebetulan ada dominos kat tempat parking kereta. Pas tapau, makan lah dalam kereta. Sedih jek.
|
Order sekeping pizza ngan air tropicana twister sebotol. |
|
Dan tah apa benda durian tah ni. |
Pas makan, kami gi mydin, nak solat kat situ. Sekali tak sempat sampai mydin (5 minit je dari hospital tu), perut aku dah memulas2, kepala dah senoneng rasa nak pitam. Maka berlari lah aku ke toilet mydin. Sekali hambek kau, atas bawah isi perut keluar. Abis lantai toilet tu penuh dengan muntah pizza dominos ekekek. Ye lah, dah beri dan muntah serentak, nak dulukan yang mana pulak, kan? Dah tak pepasal kena cuci toilet kat situ. Tapi serius ar. Memang tahap nak pitam dah aku kat situ. Bila ek last aku mengalami situasi camni. Pernah la dulu2. Ni semua kombinasi puasa perut kosong, minum air gula. Dan makan durian kot huhuhu. Sibbaik dah lepas ambik darah. Kalau tak, dah tak valid la bacaan gula tu kan.
Tak berakhir di situ. Baru aku nak keluar toilet, datang 2nd wave pulak. Sibbaik sempat masuk toilet semula. Tapi yang magiknya, lepas membuang kali kedua tu, terus semua rasa tu gone with the shit haha. Macam takde pape berlaku lah pulak kan. Sempat lah jalan2 dalam mydin tu sekejap. Pastu, masuk mydin, masih takde call dari klinik. Kat luar hujan pulak. Maka kami lepak je lah kat luar mydin tu sambil minum coolblog. Haih... boleh pulak minum manis2 sejuk2 hujan2 cenggitu kan.
Tak lama pastu, klinik pun call suruh datang sekarang. Pung pang pung pang, check up macam biasa lah. Doktor tengok result scan, semua normal. Berulang kali dia tanya, takde down syndromme kan? Takde doktor, insya Allah. Dan untuk bacaan gula, pun ok je. Tapi kat border lah. Ni kalau klinik kerajaan dah kira gula tinggi ni, katanya. Boleh gitu? Tapi dengan dia masih kira ok lagi. Dia suruh kurangkan makan karbo, banyakkan protein sayur dan buah2an je. Baik lah.
Dah sudah tu, kami pun pulang. Tak ingat dah pukul berapa. Tapi rasanya siang lagi.
Gitu lah.
|
Nampak ni kat igs ctdk. Terus teringin nak makan mille crepe. Tapi sampai ke sudah tak dapat huhu. |