Hari ke-10 (d10pt), 14 September, bangun subuh tu aku dah kena ambik urine. Malam tu aku tak boleh tido. Sekejap2 terjaga. Kalau ikut kan, aku dah cuba control otak aku supaya tak terlalu memikirkan tentang hari esok, tapi tak tau lah kenapa dia tetap nak pikir jugak. Sampai termimpi2. Hakikatnya aku rilek je. Tapi kepala otak ni takleh control kot.
Hari ni juga encik suami ambik cuti. Dah, susah sangat nak ambik cuti. Tak paham aku. Sesekali cuti pun payah. Lebih kurang pukul 11 pagi, kami pun bergerak ke klinik. Sampai situ terus bagi urine dan nurse suruh pergi ambik darah. Lega sikit ambik darah ikut pelipat lengan ni sebab tak berapa sakit dan cepat je penuh tabung tu. Lagi pun urat aku sangat obvious kelihatan. Takyah tepuk2 pun dah nampak. Masa nak OPU aritu nurse tu nak cucuk branula kat tepi tangan sampai kena tepuk2. Kuat dan sakit pulak tu dia tepuk.
Dah sudah ambik darah aku balik ke klinik. Doktor belum masuk lagi. Dia round ward. Nurse suruh datang dalam pukul 1.15 gitu. So kami pergi makan dulu. Makan kat kedai tepi hospital tu lagi, tapi kedai lain. Makan nasi campur je. Tengah makan, hujan gerimis pulak. Tunggu la sampai reda sikit. Lebih kurang pukul 1.30pm, takde tanda2 gerimis nak berenti. Redah je lah. Tak basah kot. Gerimis2 manja je.
Sampai situ, e'eh, dah ada beberapa orang patient pulak. Tadi takde langsung. Maka kena lah tunggu sekejap. Lebih kurang pukul 2 kot, baru lah nama ku dipanggil. Perasaan? Biasa2 jer. Aku macam takde berdebar, takut atau apa2 lah pulak. Kalau ada rezeki adalah. Duduk2 je doktor terus tanya sihat ke tidak sambil2 membaca rekod2 laporan aku. Dia tanya nurse, mana report darah? Nurse cakap, ada kat situ. Bila dia jumpa kertas tu je, terus dia keluarkan dan telungkupkan kertas tu. Tak sempat aku nak baca. Tapi kami sama2 perasan, ada satu barisan perkataan dan ada tulisan merah. Dalam hati aku tertanya2, kenapa sebaris je? Sebab aku tengok kat blog2 orang lain biasanya report darah tu ada sebaris dan bawahnya ada keterangan range bacaan dan minggu kehamilan. Pastu kenapa tulisan merah? Pastu doktor tanya kenapa aritu kita takde simpan embrio? Aku cakap lah, embriologist tu cakap, kualiti embrio tak berapa baik. Masa ni aku dah pikir, mesti tak lekat ni, sebab tu doktor tanya pasal frozen embrio tu.
Pastu doktor check tvs. Ok, rahim masih tebal. Dan doktor cucuk bontot lagi. Kenapa nak cucuk kalau tak lekat? Sebelum doktor buat tvs tu pun nurse tanya, aku bawak tak beg merah (beg isi ubat)? Aku cakap bawak, tapi dalam kereta. Takpe, nanti saya bungkus siap2, nanti akak terus masukkan dalam beg. Ok. Tapi kenapa nak bagi ubat kalau dah tak lekat? Haih.. macam2 la pulak spekulasinya kan.
Dan tiba lah moment itu. Aku perasan sorang nurse tu pegang henfon. Dia nak rakam kot. Alah, takyah lah susah2 nak rakam. Result negatif kot. Lepas aku dah duduk sebelah doktor, dr. pun ambik alat UPT tu. Dah tau dah, upt dia jenis kena slide baru nampak. Mula2 doktor tanya dulu, aku pernah buat urine test ke tak. Tak pernah. Seumur hidup? A'ah, seumur hidup tak pernah buat sebab period tak pernah lewat. Ya, betul. Memang aku tak pernah test pun. Period adalah teman paling setia seumur hidup ku. Pernah lah lewat sehari dua, tapi tak pernah sampai aku kena buat test sebab sebelum lewat tu dah cramp2 perut macam nak period. Sebelum nak panik darah dah turun. Tapi aku pernah beli clearblue! Kenapa? Saja. Kononnya macam law of attraction la gitu. Mana tau dengan membeli benda alah tu akan menarik aura2 pregnant ke kan haha. Tapi, sampai expired benda alah tu pun tak terguna2 jugak. Dah expired lama pun, 31 Mac 2019. Tah accurate lagi ke tidak tah. Aku beli kat jepun, sekitar hujung tahun 2016 atau awal tahun 2017, tak ingat dah. Tapi macam dah nak balik mesia dah time tu. Ingat lagi aku beli kat sugi farmasi kat bangunan mitsukoshi hoshigaoka. Encik suami tak tau aku beli benda tu sehingga lah baru2 ni beliau terjumpa benda alah tu kat dalam laci. Padahal sejak balik lagi aku dah letak kat dalam drawer meja mekap tu.
Ok, berbalik kepada moment of truth tadi. Bila aku cakap aku tak pernah test, doktor tanya, tau tak macamana nak baca? Itu aku tau lah. Kalau positif dia akan keluar 2 line. Keluar gua sangat kalau itu pun pun tak tau kan. Naif sangat! Ok, sebelum aku slide stick tu, seperti yang biasa aku tengok kat ig dia, dia cakap, kita check ni sebelum period, jadi kalau takde double line tu mungkin bukan sebab negatif, tapi belum lagi. Nanti kita test lagi minggu depan. Ok faham. Period aku sepatutnya hari Khamis ni, hari ni baru hari Isnin. So lama lagi la kan. Lalu aku pun bukak slide tu. Tak cakap apa2. Pastu doktor tanya, nampak apa? Aku cakap, macam ada 2 line. Terus doktor cakap, YES YOU ARE PREGNANT!
|
Very faint line, sebab tu aku cakap, 'macam' ada 2 line. |
Selepas dari itu aku dah tak dengar apa doktor cakap. Macam di awang-awangan gitu. Aku rasa ayat2 biasa yang dia cakap dalam ig yang aku tengok. Macamana reaksi aku? Terkejut, tapi takde lah terkejut sangat. Nangis tak? Adalah rasa sebak sikit, tapi cuma bergenang air mata je. Tak tau lah kenapa. Encik suami yang emo lebih hihi. Tapi kalau tengok post2 dalam ig doktor tu aku boleh pulak menangis. Tiba tang aku, tak nak keluar pulak air mata ni. Ke sebenarnya aku dah redha takde anak selama ni. Jadi pengharapan aku tak begitu tinggi. Alhamdulillah... Allah swt dah memakbulkan doa2 kami dan doa2 kita.
Dah lepas tu barulah doktor tunjukkan result BhCG test tu. Rupanya yang warna merah tu ialah bacaan nya. 307.55HH. Boleh dikatakan tinggi tu. Kebarangkalian tinggi ada multiple kantung. Kalau bawah dari 5 dikira negatif.
Dah sudah tu, kami pun keluar, tunggu ubat, bayar bil dan balik. Sebelum keluar tu doktor cakap, tadi tu saya saje je trick. Padahal derang semua dah tau dah result tu awal2 lagi. Isy... Tapi, betul ke aku pregnant? Sebab aku takde rasa apa2 pun? Semua simptom2 yang aku baca kat internet/blog tu semua aku takde. Kalau sampai ke beranak takde simptom ni best jugak kan?
|
Merah cenggitu tulisannya. Kita ni dah biasa kat sekolah, kalau fail je mesti cikgu tulis pakai pen merah kan haha. Rupanya BFP (big fat positive)!
|
Eh, tapi kami tak terus balik laaa. Encik suami nak pasang stiker pulak kat hood kereta beliau. Maka kami pergi ke mount austin. Tapi sebelum tu singgah solat dulu kat petronas. Pastu baru lah pergi ke rumah brotherjoe tu. Lama lah juga kerja memasang stiker tu. Sembang2, rupanya dia pernah belajar kat ilp kuala terengganu dan kenal la encikyusof sebagai warden dia dulu.
Siap semua tu dah dekat pukul 5 petang. Nak makan, macam kenyang lagi. Tapi kami decided nak tapau nasi lemak wakkentut kat kulai je. Sampai sana dah dekat pukul 6 petang. Eh, kenapa macam lama sangat eh? Ke lagi awal, tapi sebab kami lalu jalan senai lama kot, tu yang jadi lama. Oleh kerana dah nak pukul 6, kami makan kat situ je lah terus. Kenapa lah makanan yang aku suka makan semuanya bersambal dan pedas2? Dapat makan sipi2 je sambal dia. First time makan kat situ sejak pkp.
|
| Sejak mula treatment ni aku terpaksa makan ikut masa sebab kena makan ubat. So, berat naik lah sikit sekarang ni. Belum2 dah gemuk hihi. |
|
|
Sambal asing ok.
|
Sampai rumah betul2 time maghrib. time to jolok ubat!