Thursday, 25 November 2021

My IVF Journey Episode 23 : Appointment Week 17 (18 Disember 2020)

Oppp cop cop cop. Tertinggal satu appointment la pulak. Excited nau nak citer minum air gula hahaha. Tapi takpe lah. Aku pun tak ingat apa yang berlaku semasa check up minggu ke 17 ni. Boleh?

Ini lah benda alah crinone hormon progesteron yang kena jolok setiap hari dulu tu. Ada etra aku simpan buat kenangan hihi. Mahal ni... sebatang ni dalam rm10 kot.

Balik tu singgah aeon tebrau, makan laksa  kat food court dia. Curious kenapa ramai orang makan laksa ni.. Kalau takde gambar ni, sure tak ingat.

Encik suami makan mee rebus hj wahid.

My IVF Journey Episode 22 : Detail Scan dan Checkup Gula 1.0 (Week 22 - 22 Januari 2021)

Dan hari ini adalah hari yang dinantikan. No, bukan check gula tu. Detail scan. Kalau check gula tu saper pun tak tunggu. Wek! Tapi aku rilek je. Memang aku suka makan/minum benda manis pun. Jadi mungkin minum air gula tu takde pape.. Kot.

So, apointment kali ni kena datang pagi. Sebelum tu kena puasa dari pukul 12 malam. Tapi aku dah takde makan pape dah lepas dinner kul 8. Akibatnya... tengok lah nanti.

Sekarang ni kami parking kereta kat luar hospital. Sementara tengah free. Tapi manjang penuh la. Ni pun park kat tepi2 jalan je. Sampai2, suh encik suami ambikkan gambar.

Tak nampak perut pun lagi,

Ok, perut masih kecit.

Frame gambar dekat klinik.

Mula2 sekali gi klinik ambik darah. Lupa lak apa nama klinik tu. Tapi setiap kali ambik darah memang kat situ. Nanti dia hantar result terus ke klinik dr. Pas ambik darah, minum air gula. Camne? Ok. Mula2 macam menyucuk kat tekak. Tapi lama2 dah takde pape. Dia ada kasi air suam segelas. Boleh je selang seli ngan air suam tu. Tapi aku bertekad untuk habiskan terus air gula. Dah habis baru aku teguk sikit air suam. Tak nak habiskan? Errr kena ke? Takpe lah. Karang nak terkucil lak banyak2 minum air.

Dah sudah tu, aku terus ke klinik sebab nak terus buat detail scan. Lagi pun kena tunggu 2 jam kan sementara nak tunggu gula tu masuk dalam darah. Ada beberapa orang menunggu nak scan jugak. Untuk detail scan ni, akan dibuat oleh sonographer luar. Datang dari key el katanya. Memang dia buat hari jumaat je sebab jumaat kan hari surgery doktor. Makanya, sedang doktor membelah perut2 mereka, encik sonographer boleh lah menyeken perut2 kami ni. 

Tiba turn aku, betul2 setengah jam sebelum tempoh 2 jam minum air gula tu. Senang lah nanti habis scan boleh terus ambik darah lagi sekali. Sebelum mula scan dia suruh gi toilet dulu. Sebab scan ni ambil masa 30 minit la jugak. Nanti takde la mengganggu tugas dia tengah2 scan nak terkucil pula.

Scan bermula dari kepala membawa ke kaki. Alhamdulillah, everything seems good. Akhir sekali dia tunjukkan gender hehe. Yang encik suami beriya lah record video sepanjang scan tu kononnya. Sekali rupanya tak tertekan play. Ceh! Dapat lah rekod hujung2 tu je.

Dah sudah scan, aku terus ke klinik ambik darah sekali lagi. Oh, sebelum tu, nurse tanya, nak terus jumpa doktor hari ni ke nak datang minggu depan? Aku mintak terus jumpa je lah. Dah alang2 datang jauh2 ni kan. Malas dah nak datang lagi. Jadi, sementara tunggu doktor tu, kami gi makan lah dulu. Almaklum, hari jumaat kan. In between surgery tu kalau sempat diktor turun lah sekejap.

Oleh kerana masa tu johor tengah pkpb, makanya tak boleh lah dine-in. Susah juga lah nak cari makan. Last2 kami tapau dominos pizza je. Kebetulan ada dominos kat tempat parking kereta. Pas tapau, makan lah dalam kereta. Sedih jek.

Order sekeping pizza ngan air tropicana twister sebotol.

Dan tah apa benda durian tah ni.

Pas makan, kami gi mydin, nak solat kat situ. Sekali tak sempat sampai mydin (5 minit je dari hospital tu), perut aku dah memulas2, kepala dah senoneng rasa nak pitam. Maka berlari lah aku ke toilet mydin. Sekali hambek kau, atas bawah isi perut keluar. Abis lantai toilet tu penuh dengan muntah pizza dominos ekekek. Ye lah, dah beri dan muntah serentak, nak dulukan yang mana pulak, kan? Dah tak pepasal kena cuci toilet kat situ. Tapi serius ar. Memang tahap nak pitam dah aku kat situ. Bila ek last aku mengalami situasi camni. Pernah la dulu2. Ni semua kombinasi puasa perut kosong, minum air gula. Dan makan durian kot huhuhu. Sibbaik dah lepas ambik darah. Kalau tak, dah tak valid la bacaan gula tu kan. 

Tak berakhir di situ. Baru aku nak keluar toilet, datang 2nd wave pulak. Sibbaik sempat masuk toilet semula. Tapi yang magiknya, lepas membuang kali kedua tu, terus semua rasa tu gone with the shit haha. Macam takde pape berlaku lah pulak kan. Sempat lah jalan2 dalam mydin tu sekejap. Pastu, masuk mydin, masih takde call dari klinik. Kat luar hujan pulak. Maka kami lepak je lah kat luar mydin tu sambil minum coolblog. Haih... boleh pulak minum manis2 sejuk2 hujan2 cenggitu kan. 

Tak lama pastu, klinik pun call suruh datang sekarang. Pung pang pung pang, check up macam biasa lah. Doktor tengok result scan, semua normal. Berulang kali dia tanya, takde down syndromme kan? Takde doktor, insya Allah. Dan untuk bacaan gula, pun ok je. Tapi kat border lah. Ni kalau klinik kerajaan dah kira gula tinggi ni, katanya. Boleh gitu? Tapi dengan dia masih kira ok lagi. Dia suruh kurangkan makan karbo, banyakkan protein sayur dan buah2an je. Baik lah.

Dah sudah tu, kami pun pulang. Tak ingat dah pukul berapa. Tapi rasanya siang lagi.

Gitu lah.

Nampak ni kat igs ctdk. Terus teringin nak makan mille crepe. Tapi sampai ke sudah tak dapat huhu.

Wednesday, 24 November 2021

My IVF Journey Episode 21 : Appointment Week 13 - The Last Weekly Checkup (20 November 2020)


Yey, akhirnya!

Akhirnya aku telah sampai ke minggu terakhir pemeriksaan mingguan. Ini juga bermakna, aku dah tamat trimester pertama. Alhamdulillah.

Hampir setiap minggu beli apam balik sebelum pergi klinik. Tak cukup kat parit raja, pergi muar pun cari apam balik. Ini apam kacang merah.

Tapi sebelum pergi ke klinik, kami pegi makan di menate dulu. Dah plan awal2 dah, abis je check up mingguan nanti nak celebrate haha. Masalahnya tak boleh makan wagyu la kan. Encik suami lah untung. Aku makan pasta je. 

Carbonara kot. Tak habis makan. Tapau buat makan malam.

Arghhh lama nya kena pantang makan ni.

Tapi aku makan la juga segigit. Karang kempunan pula ibu mengandung.

Hujan lebat masa kami sampai.



Minggu lepas teringin nak makan sup ni, tapi dah tutup pulak malam.


Lepas makan, kami pergi kedai lampu kat tampoi. Sempat la beli chandelier gedabak untuk kat living area. Tengah tunggu derang pasangkan besi2 lampu tu, klinik dah call. Cepat lah pulak siang2 dah panggil.

Semasa check up kali ini, doktor beri bermacam2 pesanan. Aku pun dah lupa apa. Dengar sayup2 je dalam video yang encik suami record. Lega yang teramat bila dah tak perlu ke klinik setiap jumaat lagi. Boleh la balik pagoh ke hape. Tapi, pkpb lah pulak kan.

Ok, dah boleh jalan2 hujung minggu. Ke mana kite ni???

Tuesday, 23 November 2021

My IVF Journey Episode 20 : Appointment Week 12 (13 November 2020)

Takde gambar hari ni. Jadi tak tau apa berlaku semasa check up minggu ini. Tapi dari video scanning, doktor ada cuba scan 3d. Tapi baby tutup muka dengan tangan. Pemalu macam mommy jugak dia ni.

Tak sabar nya nak abiskan weekly check up niii! Penat tu satu. Tak boleh ke mana2 pun satu hal pulak. Sabar, sabar, sabar.

Tu je.

My IVF Journey Episode 19 : Appointment Week 11 (7 November 2020)

Minggu ni kami ke batu pahat sebelum ke klinik. Nak pergi kedai hoeheng tengok2 ekon. Sudahnya terbeli water heater, kipas dan ekon jugak. 

Minggu ni pun tak ingat apa yang berlaku. Tapi kalau merujuk pada video scanning tu, anak mommy sedang berada pada kedudukan sujud. Tetiap minggu sujud. Besar besok rajin solat nih. Sekarang kaki tangan dia makin jelas kelihatan. Balik tu singgah makan mee rebus zz. Aku makan mee rebus biasa je. Tak berani nak makan pelik2.



Esok tu kami ke pagoh pulak. Tengah2 solat zuhur kat masjid baru, dapat berita minggu depan johor akan pkpb balik. Balik dari pagoh tu, pergi ayer hitam untuk ambik kain langsir kat mk curtain. Last week ke last 2 weeks tah kami order kain langsir siap potong. Pastu gi makan kat simpang taman ups ayer hitam. Kedai kakak ipar si edot katanya.

Sedap rojak mee dia.

Mee bandung batu pahat style = ada kacang.

Beli takoyaki kat depan kedai tu. Cheese tu kacau rasa dia.

Langsir velvet. Siap beli besi roman blind lagi. Sampai sekarang tak jahit2 lagi hihi.


Monday, 22 November 2021

My IVF Journey Episode 18 : Appointment Week 10 (30 Oktober 2020)


Dah lupa apa yang berlaku pada check up minggu ini. Rasanya sama je macam minggu2 yang lain. Lama pulak rasanya nak sampai ke minggu ke 13. Mati2 aku ingat kena datang sampai minggu ke-12 je. Rupa2nya 13. Setiap minggu kena cucuk kat montot ok. Sejak selepas transfer. Cucuk nak bagi kuatkan rahim ke gitu lah. Kerana ubat injection itu lah yang menyebabkan aku confident berulang alik setiap minggu. Sebab rasa macam selamat kot. Ada juga kawan yang cadangkan untuk aku kurang kan berulang alik tu sebab terhentak2 kan naik kereta kan. Tapi aku yakin takde pape. Insya Allah. Selain itu, ubat jolok still kena ambik. Crinone ni pengganti hormon progesteron yang berfungsi menebalkan dinding rahim. Kalau ikut apa yang aku baca, bila kita buat ivf ni, hormon progesteron ni tak keluar secara semula jadi. Ye lah, macam2 ubat dah masuk kan. Telur pun dah keluar beramai2 masa opu aritu. So, kena lah gantikan hormon2 tu. Semua aktiviti mencucuk dan menjolok tu sampai week 13. Ubat makan pulak kena makan sampai ke sudah. New Obimin, Maltofer, Neurogain, Proscal, Vitamin C dan Baraka (Habbatussauda). 

Minggu ni juga kami agak sibuk ke hulu hilir. Sebelum ke klinik, kami pergi ke kedai kitchen cabinet. Baru nak survey2. Nak tau lah apa trend terkini. Lepas tu pergi kedai perabot kat parit bilal. Settle dah order dining set ngan arm chair. Dari situ, kami tak terus ke klinik. Sebaliknya singgah di permas jaya untuk ambikkan kereta abang tp. Haaa pelik kan?

Actually abang tp dah plan nak pergi ambik kereta tu naik bas. Sekali pkpb la pulak (kot, tak ingat). So, kami lah yang kena ambikkan. Syok nya perasaan ambik kereta baru ni kan? Best lah.

On the way tu tengok google map kata ada jammed lepas kulai. Maka kami masuk kat exit kulai dan ikut jalan dalam. Agak lambat lah juga sampai ke situ. Janjinya pukul 5 kot, entah, tak ingat dah. Selesai tu, encik suami bawak kereta baru. Dan kami pun pergi ke hospital. Lambat jugak lah siapnya. Tapi dah biasa. Kalau cepat tu yang luar biasa hehe.

Craving satisfied katanya. Mee kari mee tarik warisan asli.



My IVF Journey Episode 17 : Appointment Week 9 (23 Oktober 2020)


Check up kali ni aku boleh nampak bentuk kaki dan tangan. Terujanya! Minggu sebelum ni doktor tunjuk ni kepala, ni bontot je. Actually setiap kali scan encik suami akan record guna henfon dari tv kat luar tempat scan tu. Cuma suara doktor tak berapa dengar la. Setiap minggu juga doktor akan tanya, ada muntah2 ke tak. Dan setiap kali juga aku jawab takde. Ok lah kan. Berat pun naik sikit2.

Klinik ni tersangat lah sejuknya. Or hospital ni secara keseluruhan kot. Kat tempat menunggu luar lagi lah sejuk. Sampai setiap kali diorang buat survey aku akan cakap hospital ni terlalu sejuk. Lama2 aku rasa macam dah kurang sejuk sikit. Kot derang ambik kira kot komen aku hihi.,

Takde apa nak disampaikan di sini.

Untuk appointment hari ni, kami bergerak dari Pagoh. Sebabnya, hari ni aku pergi ambil kunci rumah baru, yey! Minggu sebelum tu, aku ada dapat email dari TNB. Dia mention pasal pendaftaran akaun baru. Tapi tak sangka lah pulak dah nak dapat kunci. Excitednya! Lepas ambil kunci, terus pergi rumah. Tengok2 je dulu. Tak sempat nak check defect ke apa sebab nak ke hospital pulak. So, ini lah rumah baru kami! Dah berangan nanti dan berpantang kat sini.

Sempat makan baung kat bukit gambir.

Yummy!

Sedap sangat nih.



Sign2 dulu dokumen serah kunci.

Yey! Dah dapat kunci. 

Post gambar ni kat IG. Takde siapa perasan aku cover perut hehe.


Berbeza sangat proses mendapatkan rumah ni dengan rumah parit raja.
Ruma parit raja dulu kami boleh tengok rumah dalam pembinaan tu sebab depan rumah je dengan rumah sewa landlord disaster tu dulu.

Pastu point api air kami boleh tambah sebelum pembinaan lagi. Pecah dinding pun boleh.

Tapi rumah ni, rumah contoh pun takde. Memang mentah2 la kami dapat rumah ni.

Pemandangan depan rumah.