Akhirnya, pada tahun ketiga berhari raya kembali di Malaysia, pada tahun ini aku berjaya mengadakan rumah terbuka. Dua tahun sebelum ni rasa macam tak larat je sebab kami cuma balik ke rumah tu time weekend je. Padahal kalau ikut trend rumah terbuka aku dulu, sejak hari Isnin minggu tu lagi aku dah buat persediaan. Buat kerisik, goreng kacang, kupas bawang contohnya. Tapi untuk kali ini, hari Sabtu nak buat, hari Jumaat baru cari barang. Dah la rumah aku tu satu apa pun tarak. Ditambah pula dengan freezer aku yang rosak. Memang tak boleh nak menyimpan stok.
Oleh kerana ianya merupakan satu event yang agak penting, maka wajar lah aku menulis satu entry. Bukan apa, blog ni lah yang menjadi rujukan aku time2 macam ni. Lebih2 lagi aku pernah melalui beberapa versi open house. Yang tragedi pun ada hikhikhik.
Baik lah, aku mulakan dengan peristiwa pada hari Jumaat. Pagi tu encik suami kata ada open house kat rumah student master yang dia supervise. Merangkap orang kampung lah juga. Aku pulak rasa macam nak buat open house, tapi tak confident. Pastu aku rasa, baik aku pergi open house ni, boleh dapat idea nak masak apa, kan. So, sebelum solat Jumaat, kami pun terjah lah ke rumah terbuka tersebut. Ok, patut lah dia confident wat open house belah pagi. Menu dia simple je. Mee goreng dan lontong. Siap aku cakap, takde melibatkan haiwan langsung dalam menu dia. Ye lah kan. Kalau melibatkan daging, ayam, udang pebagai, mesti lah ambik masa nak menyiapkannya. Lontong dia pun sangat basic. Kuah lodeh, sambal tumis dan telur rebus. Memang sejenis breakfast open house.
Balik tu, aku pun mula merangka strategi. Aku nak menu makanan yang aku suka dan senang dimasak. Encik suami suruh senaraikan barang nak beli. Lepas Jumaat nanti kita keluar gi cari. So, aku pun menyenaraikan lah segala bahan. Boleh dikatakan, 10% je yang ada kat rumah.
Lepas Jumaat, kami teruskan misi mencari bahan masakan. Alahai, teringat raya terakhir kat jepun, aku pergi shopping bahan ni sensorang je. Memula sekali pergi kedai lailek. Kedai ni banyak jual ikan. Misinya nak membeli ikan uji rasyid untuk buat laksa joho. Kendian kami ke wellward untuk beli kelapa parut nak buat kerisik. Beli 3 biji sebab rendang ngan laksa memerlukan kerisik. Aku masih tak percaya pada kerisik ready made tu. Daripada nak beli kelapa parut, kalau dah masuk pasaraya tu, macam2 lah dibelinya. Dari situ, kami ke kedai daging. Tapi tutup. Panik! Mana nak cari daging segar??? Setahu aku memang kedai tu je satu2nya yang jual daging segar. Pergi kedai frozen pun takde jual daging batang pinang. Ada daging allana je. Sejak tahu allana tu daging kerbau, tak nak aku beli dah. Nak daging lembu jugak!
Kendian kami ke kedai ayam pulak. Aiyok! Pun tutup jugak. Panik lagi. Ada banyak je kedai jual ayam, tapi yang sembelih dan proses dan2 tu jugak, satu tu je yang aku tau. Ada satu lagi arah ke ayer hitam sana, tapi malas la pulak nak pergi. Sudahnya kami beli je kat ain evergreen. Pastu kami gi selesa sebab aritu macam perasan ada mee lidi kat situ. Sekali pergi, takde pulak. Entah kedai mana yang aku nampak tu tah. Tapi memang ada. Masa tu aku cakap, next time nak buat laksa boleh beli kat sini. Bukan tak boleh guna spageti, tapi lebih authentic kalau guna mee lidi. Tuari masa berbuka kat eto5 hari terkahir puasa pun kami buat laksa joho guna mee lidi. Itu pun yayu beli kat kuantan. Dia kata kat pahang banyak jual mee lidi tu. Walhal manufacturer nya kat muo. Tak tau lah kenapa kat joho susah nak jumpa mee lidi tu. Satu yang aku perasan, mee lidi ni tak melekat bila dah direbus. Kalau spageti, tak letak minyak, dia akan melekat.
Dari selesa, kami ke pasaraya target. Dulu nirwana maju. Sejak dia tukar jadi target ni, ini first time aku masuk target ni. Wahhh best rupanya target ni. Sayur segar2 dan banyak pilihan. Ikan pun banyak. Next time beli kat sini je lah. Daging segar takde, tapi ada daging beku. Yang penting lembu. Settle kat situ, kami pun balik.
Eh lupa. Masa on the way tadi kami singgah kedai santan. Ingat nak order santan untuk esok. Sekali kedai tutup pulak. So, kami order by phone je lah. Ambik pukul 7 pagi besok. Hah, letak gambo signboard kedai dia kat sini. Senang nak call lain kali.
|
Selama ni hari2 lalu, tak terpikir nak ambik nombor phone dia. Tapi nombor landline tu macam tak betul je? Ada orang angkat, pastu terus putus. |
Balik rumah, terus bentang tikar kat dapur. Strateginya, buat kuah laksa malam ni supaya rasanya lebih mesra keesokan harinya. So, aku mulakan dengan siang ikan. Tahun2 lepas aku buat laksa guna ikan sebarangan je. Pernah guna ikan mabong dan kembung. Lebih kurang je rasanya. Eh, tapi masa aku beli ikan tu aku macam nampak ikan saba. Banyak tapi kecik2. Kalau besar2 memang aku dah beli dah. Senang, sekali siang je dah siap. Lepas siang ikan, terus rebus. Encik suami pulak kupas bawang dengan happy nya. Happy sebab tak pedih mata hahaha. Pastu, aku cuci ayam pula. Mula2 cuci 2 ekor dulu sebab nak perap buat ayam goreng berempah. By the time siap siang ayam tu, bawang2 untuk memerap pun siap dikupas. Siap perap ayam, teruskan dengan cuci 2 ekor lagi ayam untuk asam pedas.
Lepas maghrib, time nak rebus ketupat mini, time tu lah baru nak cari periuk dan dapo beso. Sekali tak boleh hidup pulak dapo nya. Tak boleh pusing tombol ignitionnya. Panik lagi! Camne ni? Kedai dah tutup. Ting! Dapat idea. Cuba tanya kat nana, kot2 mak mertua dia ada dapo. Mesti ada punya lah. Orang tua2 biasanya ada dapo tu. Kalau tak rajin wat kenduri pun, hari raya mesti guna wat rebus ketupat. Ternyata betul! Kebetulan nana nak keluar gi open house. Boleh la dia gi hantar dapo tu. Sambil2 rebus ketupat, encik suami asingkan isi ikan. Aku tukang blend. Sambil tu2, daging beku tadi pun dah cair. Lalu aku pun memotong daging. Sambil menumis laksa, encik suami menyangai kelapa. Kenapa lah susah nak jumpa kelapa kering. Cepat sikit jadi kerisik. Sepatutnya kan time raya2 ni ada jual kelapa kering orang buat kuih biskut kelapa, kan? Takde punnn.
Siap sangai kelapa, aku tukang blend lagi. Senang takyah tumbuk2, terus jadi kerisik. Puas ati dapat banyak kerisik. Simpan je dalam freezer. Bila2 masa boleh masak rendang.
Kemudian, aku pun menumis laksa. Memula guna periuk kecik je. Kecik tak kecik la. Saiz paling besar periuk vision. Tapi bila ketupat siap, aku pindah ke periuk beso dan pindah ke dapo beso jugak. Cepat sikit masak. Siap masuk ikan dan asam, aku matikan api. Sambung besok untuk masukkan santan. Sebab santannya takde lagi. Dah siap tu, kira selesai lah tugasan pada hari ini. Besok pagi tinggal blend bawang dan masak je.
Besoknya pulak, lepas subuh, aku terus iron baju. Karang dah sibuk memasak kompem tak sempat nak iron baju ke hape. Siap iron baju, encik suami pun balik dari mengambil santan yang ditempah semalam. Terus aku selesaikan laksa yang separuh siap malam tadi. Siap laksa barulah aku siapkan bahan untuk rendang daging dan leburkan semua dalam kuali. Kali ni aku masak secara tradisional je lah. Takde guna pressure cooker. Lagipun banyak masa lagi.
Sambil tu juga, aku masak asam pedas. Sekali, api padam pulak. Patut lah aku tengok macam kecik je api dapo ni. Rupanya gas nak abis. Sibbaik lah rendang pun dah masak. Pindah kan sekejap gas tu ke dapo atas dan sambung lah masak asam pedas. Bila gas baru sampai, aku rebus spageti pulak kat dapo beso. Sambil2 tu aku goreng ayam. Time ni dah pukul 11 pagi. Kami jemput pukul 12 tengahari. Tapi memang tak pernah2 lah kami jemput awal camni. Biasanya lepas zohor. Ni saje lah cuba. Kot2 orang nak makan tengahari awal ke kan. Lebih kurang pukul 12 tengahari, aku pun dah siap mandi. Tinggal nak potong salad2 laksa je. Togeh pun tak siang lagi. Tapi kan, aku perasan, mana2 aku pergi, tak pernah aku tengok orang siang togeh. Selalu orang masak gitu je siap ekor. Tak kira lah mee goreng ke, sayur goreng ke. Memang takpe eh? Aku rasa bersalah pulak kalau bagi orang makan togeh berakar. Ye lah. Aku ni sanggup lah tak masak togeh sebab malas nak siang huhuhu.
Pukul 12 jugak, time aku lepas mandi, ada satu kereta berenti depan rumah. Abanggg ada orang dah datang! Tapi aku tak panik sebab benda dah siap, tinggal siapkan sayur2 tu je. Air buah semua dah siap susun. Sekali tengok, laaa SIL rupanya. Lega. Saje tak suruh dia datang awal tolong2 sebab dia tengah pregnant. Karang bengkak kaki ke hape, akakk jugak yang salah. Tapi ni dah dia datang awal, boleh la tolong siangkan togeh dan potong timun hehe. Elok pulak, takde yang datang sampai lepas Zohor. Ok, lenkali tau lah. Jemput je lepas zohor.
Okeh, mari kita lihat menu yang terhasil.
|
Asam pedas ayam (2.0) |
|
Ayam goreng berempah (2.0) |
|
Ketupat mini (2.0) |
|
Rendang daging (3.0) (4.0) |
|
Sambal kacang |
|
Spageti untuk laksa (7.0) (4.0) |
|
Kuah laksa joho (3.5) (2.0) |
|
Aksesori laksa |
|
Oren kurang manis |
|
Air oren mandarin dan teh o mango |
Lebih kurang pukul 2, baru lah tetamu pertama, kawan encik suami sampai. Sempat lah kami makan bersama2. Tak lama tu, kawan aku pulak datang. Si Dr. Lobo yang merawat kulit muka ku itu. Lama juga mereka datang. Tak lama kemudian, datang jiran kami. Bila mereka ni semua balik, baru lah satu persatu teman ada di sekelilingmu, satu persatulah jua tinggalkan dirimu. Satu persatu kawan kami mula datang. Aku pun dah lupa sequence nya. Tapi antara yang awal ialah Alin dan Taufik, kawan Nagoya kami yang baru balik bulan 3 aritu. Kebetulan malam tadi Taufik mesej encik suami, cakap nak datang beraya. Eh, langkah kanan la tu namanya. Selain itu, kawan aku yang datang ialah Rafi dan Kak Suhailae. Petang sikit baru An dan Rody sampai.
|
Kita makan dulu. |
|
Adik encik suami. |
|
Geng Nagoya |
|
Alin & Taufik |
|
Dr Lobo of L'M3dina Clinic. Dia baru bukak klinik kat Muo. Pagi kat muo, petang kat BP. Terpaksa tutup hari Jumaat. Kalau tak, mati tengah jalan aku, katanya. Patut lah aritu aku pergi sebelum raya tutup. |
Sebelum Maghrib, semua beransur pulang. Lepas Maghrib baru kami start operasi mengemas. Tak banyak sangat yang nak dikemas. Pukul 10.30 malam dah siap. Boleh lah aku tido dan pergi kerja seperti biasa besok pagi. Yang bestnya boleh bawak balik makanan. Takyah pening2 nak cari makan.
Sekian sahaja kisah open house tiba2 ku pada tahun ini.