Recap kisah sebelum ini.
Malam tu semasa kami tengah makan sushi, dapat call dari orang 2nd street dan derang suh datang esok.
So besok tu kami bergerak dekat nak tengahari jugak la. Malam tadi cakap nak datang kul 11 kan. Tapi penat lor balik dah lewat malam tadi. Time pergi tu dah takyah tengok navi lagi dah. Dah hapal jalan dah.
Sampai2, kengkonon jengah la lagi dalam toilet tu, kot lah tetiba muncul balik ke kan. Kot lah semalam pandangan terhijab ke hihihi. Kendian kami terus naik ke kedai di tingkat atas. Nampak je muka kami, sorang mamat ni terus cakap, saifu? Saifu tu wallet la. Pastu dia terus masuk ke dalam. Office kot. Sambil2 tunggu tu sempat lah kami usha wallet yang dijual kat situ haha. Tak lama kemudian, mamat tu keluar dan menghulurkan sebuah wallet. Eh, ada?
Pastu? Pastu dia terus blah seperti tiada apa2 berlaku. Kami dah terpinga2 kat situ. Arigatou2 je lah. Check isi luar dalam segala, takde 1 yen pun yang hilang. Pastu kami pun pergi. Sebelum tu sempat lah kami buat video ulang tayang kejadian hihi.
|
Gitu kekdahnya cemana wallet tu boleh tertinggal kat situ. |
Isy, macam mimpi je kan? Macam anti climax je cerita ni kan? Pastu, apa lagi, kami pun terus lah pergi ke koban semalam. Sekejapan je cakap ayam itik ngan polis tu, dah settle. Masa kami nak keluar, cecepat polis tu tolong jaga trafik nak kasi kami senang keluar dari situ. Terharu jek.
|
Arigatou pak cik dan abang polisi di koban kamiotai. |
Dah sudah tu, baru lah perut terasa lapar. Dari pagi tadi tak makan lagi. Lalu kami pun mencari kissaten komeda terdekat. Sambil2 tu boleh lah kiter membuat post-mortem.
Dari situ, kami terus menuju ke muzium toyota. Memang plannya hari ni nak pergi muzium toyota ngan muzium noritake. Sebab tiket muzium2 ni ada dijual sekali dengan diskaun. Harga asal satu muzium 500 yen. Tapi kalau beli tiket bersama ni cuma 800 yen jek. Yang bagusnya tiket tu laku pada bila2 masa. Kiranya tak semestinya lah kita kena pergi kedua2 muzium ni dalam satu hari. Besok lusa minggu depan bulan depan pun boleh pergi.
Time kami nak masuk ke dalam muzium tu, derang kata kite boleh gunakan servis english guide. Tak pasti sebelah pagi ada ke tak servis ni, tapi petang tu dia ada pukul 2 petang dankebetulan kami sampai tu seminit lagi nak pukul 2. Just nice la kan. Terus kami sign up untuk ikut english guide. Tetengok, laaa kami berdua je yang join.
Okeh, muzium ni sebenarnya seperti namanya, merupakan muzium peringatan kepada industr yang diasaskan oleh encik sakichi toyoda ni iaitu industri tekstil dan automobil. So, muzium ni terbahagi kepada dua bahagian lah. Bangunan muzium ni juga merupakan bangunan asal headquarters dan kilang tekstil encik sakichi.
Nak dipendekkan cerita, mula2 dulu sakiichi ni ada kilang spinning & weaving atau dengan kata lain kilang benang dan menenun kain. Pastu bila anak dia kiichiro grad dari universiti, dia pun join company ni. Pastu pada suatu hari, kiichiro ni pergi ke us dan tengok, banyak nyer kereta kat us ni??? Pastu bila selepas perang dunia pertama, banyak jalan keretapi yang rosak dan bermula lah kereta2 dari us seperti ford dan gm masuk ke jepun. Dari situ, kiichiro ni dengan semangat patriotiknya mula lah berminat untuk membuat kereta. Lalu, selepas balik dari membuat lawatan ke eropah untuk memeterai sebuah patent untuk mesin yang direka di kilang tekstilnya, dia terus membuat research terhadap sebuah kereta chevrolet. Kira reverse engineering ar.
Okeh, aku sambung cerita melalui gambar lah ek.
|
Selama ni aku selalu tertanya2, macamana segumpal kapas tu boleh menjadi benang yang panjang. Aku ingat dia hancurkan pastu adun dan dibentuk. Rupanya dia cuma pintal ke kapas tu. Yang sepraisnya, bila dipintal2, kapas tu tak putus pun. Sebab tulah boleh jadi benang yang panjang. Kiranya teknik pintalan tu dah mengukuhkan struktur kapas tu la. Dalam gambar ni aku cuba memintal kapas sambil menariknya. Tengok guide tu buat macam senang je, tapi bila buat sendiri, hehehe... Oh, lupa. Nama guide kami ialah murase-san. Macam biasa dengar je nama ni kan. |
|
Antara mesin spinning terawal. Actually ada 3 proses iaitu, spinnig, pulling and rolling. Rolling tu untuk gulung benang tu pada bekas dia. |
|
Kapas mentah. Mula2 kapas ni kena digebukan dulu. Oleh kerana kat jepun ni takde pokok kapas, maka mereka terpaksa mengimportnya. Lupa pulak dari mana, tapi belah2 eropah sana ar. So, asalnya kapas ni dah dimampatkan, sebab tu kena kasi fluffy semula. Selain tu dia nak buang bendasing pada kapas tu. |
|
Yang sebelah tu kapas yang datang. Seketul cenggitu. |
|
Panjang ar citer pasal nak buat benang ni sahaja. Macam2 mesin dia kena lalu. Tapi yang bestnya muzium ni interaktif ar jugak. Setiap mesin tu ada demo. Pakcik2 dah orang yang tukang buat demo tu. |
|
Bebenang. |
|
Ini water jet loom. Dia gunakan air yang laju untuk meneghantar benang dari kir ke kanan and vise versa. |
|
Water jet loom ni sesuai untuk kain jenis yang kalis atau tahan basah seperti nylon. |
|
Ini air jet loom. Susah nak terangkan haha. |
|
Mesin ni buat sapu tangan pelbagai warna. Yang ni dia buat demo bebetul dan hasilnya dia bagi sebagai souvenir. Kami pun dapat sorang satu kaler pepel ngan biru. Tapi ada jugak yang dijual di kedai souvenir dah siap jahit tepi. Aku jahit tepi sendiri kat rumah. |
|
Suka sebab warna warni. |
|
Ni kain kotak macam kain pelikat. |
|
Benda atas tu kira macam blueprint untuk design tertentu ar. Pun aku tak geti nak terangkan. |
|
Buat towel. |
|
Macam songket ada bunga seketul2. |
|
Yang ni dah guna komputer dah. |
|
Proses membuat sarung kusyen kereta. |
|
Bersama murase-san. |
Actually kami follow murase-san ni selama 45 minit, pastu baru patah balik ambik gambo semua. TIme dia bagi penerangan bagai tu macam tak sesuai pulak nak bergambo2. Dah, dia pun ada peruntukan masa sendiri. Selesai di galeri tekstil, dia cakap english guide untuk automobile pavillion akan bermula kul 3.15. Kira ada masa 30 minit la untuk bergambar2 tu. Dah dekat2 3.15, kami terus menunggu di luar galeri automobile. Eh, masih dengar murase-san tu jugak. Tapi kali ni ada 2 orang lagi yang akan ikut. Sorang oramputih, sorang jepun.
|
Bersama orkestra humanoid robot. |
|
Sebelum bermula, dia brief dulu. Eh2, dengar apa dia nak cakap tu... |
|
Lebih kurang sama macam mula2 tadi. Ayat dia hafal kot hihi. |
Sama macam tadi, kami follow je dia bagi penerangan. Pastu baru patah balik tengok betul2.
|
Ini lah model pertama keluaran toyota. Model A1. Katanya harga kereta ni kalau bagi purata pendapatan derang pada masa tu, kira kena kerja 7 tahun tanpa makan dan minum ar baru dapat sebijik. Sebab tu kebanyakan kereta ni cuma dijadikan teksi. |
|
Camry pertama. |
|
Toyota crown pertama. Tapi kiichiro tak sempat tengok kereta ni siap sebab dia dah meninggal dulu. |
|
Lori toyota pertama. Time dia tengah sibuk nak buat kereta pertama, kerajaan mintak buatkan lori pulak. |
|
Biografi kiichiro toyoda. |
|
Besdei dia dah dekat2 besdei aku! |
|
Katanya kilang tekstil ni kira tempat permainan ar bagi kiichiro ni time kecik2 dulu. |
|
Beberapa model kereta terawal. |
|
Teknologi airbag. |
|
Tentang ekzos. |
|
Tentang seat. |
|
Kereta hybrid. |
|
Au rasa toyota prius ni ialah kereta yang paling banyak aku lihat di nagoya. Tak tau la tempat lain. |
|
Last... |
|
Humanoid robot bermain violin. |
Demikian lah kisah lawatan sambil belajar ke muzium toyota. Lenkali nak pergi muzium automobile toyota pulak. Yang tu lagi banyak kereta dari dulu hingga kini. Yang ini sejarah awal jek. Habis lawatan ni, dah pun pukul 5. petang. Dah tutup. Besok je lah kite pergi muzium noritake.