Wednesday, 6 January 2016

2015 11th Anniversary Gift


Krik krik krik...

Selamat tahun baru 2016! Kalau kat jepun ni sekarang guna tahun Heisei, so tahun ni kira tahun 28 Heisei ar. Heisei ni kira nama maharaja pada era sekarang ar. Tahun heisei ni start dari tahun 1989. Sebelum tu nama tahunnya, tahun Showa sempena nama maharaja ketika itu. So kalau tahun 1979 tu tahun 54 ar ikut kalendar jepun tahun showa. Kalau isi borang pape time tulis tarikh memang kena bulatkan ar kita guna kalendar jepun era maharaja apa ke, kalendar gregorian ke. Gitu. Eh, apa aku merepek ni?

Tahun baru ni aku sambut ala Johor kekdahnya. Sebelum tu, pada anniversary day kami yang ke-11 25 Disember yang lalu, kami telah mengadakan acara tadarus mingguan di rumah kami. Last year tadarus lelaki pun buat kat rumah kami pada hari tersebut. Nak kata kebetulan pun tak, nak kata tak pun ya. Eh. Aniberseri tahun ni spesel sikit sebab kami telah menghadiahkan diri sendiri dengan sebiji...













































KERETA! Yeay!

Bukan hadiah aniberseri pun sebenarnya, tapi kebetulan ter dapat kereta tu pada sekitar hari tersebut. Hari Ahad, 27 Disember 2015. So, hari ni aku nak mengkisahkan proses membeli kereta tu lah.

Maksud beli kereta kat jepun ni kebiasaannya ialah kereta second hand yang nak dibawa balik mesia. Kenapa tak beli kereta baru? Sebab kalau baru, cukai yang dikenakan kat mesia besok teramatlah mencekik darahnya. Nak selesa membayar cukai, beli yang 5 tahun dan ke atas pada hari kepulangan. Maksudnya kalau aku nak balik tahun 2017, boleh lah beli yang 2012 punya dan ke bawah. Takde beza pun kalau beli yang lagi lama sebab nilai cukai tu nanti ala2 tersekat diskala 5 gitu. Maksudnya sama je dengan yang 5 tahun punya. Cumanya, kereta tu je lah, baru ke lama. Mesti lah beza kereta 5 tahun ngan kereta 10 tahun, walau pun cukainya sama, kan. Tapi aku tak pasti kalau buat rayuan pengurangan cukai tu dia ambil kira ke tidak tentang lama-tak-lama kereta tu.

Lagipun, mana lah kite2 ni mampu nak beli kereta baru kan. Beli cash kot! Kalau 2nd tu kira boleh diusahakan lah jugak. Ni hasil jimat2 tak bukak heater time winter, tak bukak ekon time summer lah ni dapat beli kereta ni hahaha.

Situasi membeli kereta ni sama lah macam beli kereta recon kalau kat mesia tu. Derang pun bawa masuk kereta terpakai jugak. Cuma harga kalau beli kat mesia tu dekat2 double lah jugak banding kalau beli kat sini dan bawak balik. Dah, nama pun negara pengeluar kereta, kan. Tapi agak pelik jugak lah sebab bukan kereta jepun je murah kat sini, kereta conti pun murah banyak kot! Mungkin lah tak semurah kalo beli kat german or uk, tapi still, kalau compare ngan harga pasaran kat mesia, masih murah lagi. Untung laaa jadi orang jepun. Kite yang tak jepun ni tumpang untung dia setahun je la. Tah, walau pun sekarang dah beli cash kereta tu, tapi otaknya tetap pikir, "aku tak habis bayar lagi kereta ni selagi tak bawak balik dan bayar cukai  kat mesia."

Okeh, macamana kekdahnya nak beli kereta? Ada 3 cara yang aku tahu. Pertama, pergi kedai, tengok, pilih dan beli. Kedua, melalui orang tengah, kekdah auction. Dan yang ketiga, tengok kat website, pilih, pergi kedai, tengok dan beli. Cer teka cer teka aku guna kekdah yang mana? Tet! Tak payah nak teka sangat lah hai.

Sebelum ni, member se-jtm aku yang duduk kat g1fu ada mencadangkan supaya aku beli kereta melalui orang tengah sebab dia pun beli kekdah tu. Murah dan puas hati katanya. Dia boleh lah, orang tengah tu kawan sama tempat dengan dia. So, mungkin lah orang tu boleh kawtim harga kawan2 kan. Kalau aku ni yang bukan siapa pada dirinya ni? Pastu member yang kami pergi rumah dia kat 0kayama tu pun mencadangkan yang sama sebab dia dah beli 2 bijik kereta dah, murah ar banding kalau beli sendiri. Pun, sama. Orang tengah tu pun orang 0kayama jugak, harus lah senang nak kawtim, kan. Eh, tapi siapakah orang2 tengah ini? Derang ni ialah orang2 yang ada lesen untuk bidding kat auction tu. Yang menambahkan cuak aku nak guna orang tengah ni ialah ada satu kes member satu lagi ni (tetiba ramai pulak member aku ek? hihi), beli melalui salah seorang dari 2 orang tengah ni tadi dan tak berapa berpuas hati dengan keretanya. Sebabnya dia dapat pintu yang bukan electric door. Ko bayangkan kereta alpad takde electric door, macam naik van kilang je rasanya kan huhuhu.

Justeru, atas satu contoh yag tidak begitu memberangsangkan itu lah, maka aku memilih untuk menggunakan kekdah ketiga iaitu tengok kat website. Alah, kat mesia pun salu orang buat kekdah ni, cari kete kat mudah.my. Sebenarnya sejak mula2 sampai dulu lagi aku dah cari kereta ni. Ye lah, mula2 dulu kan kengkonon nak beli kete untuk guna kat sini dulu. Tapi bila kami dapat kereta stream secara percuma dari pihak atasan (orang rumah atas hehe), maka aku abaikan je lah website tu selama setahun. Percuma tak percuma sangat lah kan. Sebenarnya encik suami ada bagi duit jugak kat owner lama, orang kata, 'duit budi bahasa' nama nya. Setahun je pun aku tak tengok kereta. Lepas dapat lesen memandu tu ari, aku dah mula tengok kereta balik hihi. Sempat lah 3 biji kereta yang aku dah berkenan, disambar orang. Dan akhirnya, pada 6 Disember 2015, kami pun digerakkan hati untuk pergi melihat2 kereta di kedai. Kira menapak selangkah lagi lah ni.

Kami pergi tengok kereta tu dengan a5ran dan r0dy pada pagi hari ahad. Memula tak call dulu. Dah nak jalan baru call. Sekali, kereta tu dah jual! Kuang kuang kuang. Sebenarnya aku ada 2 pilihan masa tu. Tapi kete yang dah dijual tu kira 1st choice la. Kuciwa... Lalu kami pun pergi ke kedai kereta pilihan kedua. Yang menyebabkan aku memilih kereta ni sebab mileage dia rendah giler. 27,000km je kot. Tapi tahun 2004. Giler usang tapi tak jalan kot. Sampai2 je kedai tu, dekat sennonji (nakagawa-ku), heh eleh, tak nampak macam 27,000km pun? Macam tak logik kete tak jalan tapi interior dah teruk. Ni lah antara sebab aku tak berani cari kereta melalui auction. Tak boleh tengok depan mata.

Kemudian, kami cuba cari kereta2 lain yang short listed tapi tak rasa macam nak pergi sebab over budget. Tengok2 je katanya kan. Mula2 kami pergi yang dekat okazaki. Tak dekat ok. Okazaki tu dah daerah lain dah kiranya, bukan nagoya dah. Sampai je kedai tu. Waaaaaa rambang mata siot. Kedai ni namanya Goodspeed International. Selalu dengar goodspeed je. Rupanya ada versi international jugak.

Dah tengok2, dia ajak masuk dalam. Hambek... panjang lah jadi ceritanya. Memula kami cakap nak pergi tengok kat tempat lain pulak, dia boleh pulak keluarkan list untuk auction pulak. Jenuh lah menepis. Akhirnya berjaya melepaskan diri dan pergi ke satu lagi kedai kat kariya.

Pada hari tengok2 kereta. Berrahsia teruk. Walau pun nama aku no-rahsia hehe.


Kedai kat kariya ni pulak lagi buat naya. Sekali dia ajak masuk, sejam lebih tak boleh balik. Penat melayan. Dari siang membawa ke malam, akhirnya berjaya jugak blah dari situ. Dah tau dah, pasni kalau derang ajak masuk, jangan ikut! Kalau tak nak beli lah kan. Kalau nak beli tapi tak ikut masuk, cemana ko nak beli, kan?

Pastu kami pun balik. Tak jadi beli? Bukan tak jadi, nak fikir dulu. Sementara itu, sepanjang minggu tu sempat lah inkan aku siap. Kendian aku pergi buat juminhyo (bukti tempat tinggal) dan register inkan. Inkan ni kira cop bagi menggantikan tandatangan dan cap jari ar. Asalnya inkan ni aku buat untuk tujuan lain. Pastu, sempat jugak mintak cop oyasan (landlord) tempat parking untuk tujuan ganti kereta di tempat parking sedia ada.

Beberapa hari kemudian, aku pun membuat keputusan untuk membeli kereta itu. Kereta mana? Kereta yang kat good speed antarabangsa tu lah. Tapi, masalahnya sekarang, nak menunggu ke hari ahad nak pergi beli tu, punya lah berdebar. Takut ada orang dah beli huhuhu. Tetiap hari tengok kat website, ada lagi ke tak. Siap call orang tu cakap nak datang hari ahad, dia cakap kalau ada orang beli, dia akan call. Tak ke mendebarkan tu?

Dan pada hari ahad 13 Disember, kami pun pergi lah ke sana sekali lagi. Sampai2, tengok kete nya dah takde kat tempat yang aritu kami tengok. Aiyok! Rupanya dia dah keluarkan dari garaj siap2 hehe. Dah nak beli ni pun ada tragedi jugak. Masa kami sampai tu dia tengah sibuk uruskan hand over kete orang. Kulu kilir. Dari kami duduk di bawah, disuruh duduk di atas, pastu kami turun bawah balik takut takut dia lupakan kami. Hamboi ko... mentang2 dia tau kami betul2 nak beli, boleh dia abaikan je kami kat situ. Berejam jugak lah. Dah datang kat kami, satu hal pulak nak deal insurans la, maintenance la, coating la. Orang kata tak nak, boleh2 dia kuarkan jugak quotation. Memang tak ar kami beli ngan dia ni lagi. Eh, masalahnya, berapa banyak lagi nak beli kete? ekekek. Last2, malas nak layan, kami ambik lah jugak maintenance setahun ngan glass coating. Tau pun senyap.

Balik tu besoknya terus pergi buat shokushome ntah apa mende tah. Ni kira kelulusan tempat letak kereta dari pihak polis. Aritu kan oyasan dah beri kebenaran tukar kereta tu kan. Ni polis pulak mengesahkan. Selain tukar kereta, oyasan juga membenarkan tukar nama tempat parking tu tanpa tukar kontrak. Errr maksudnya kereta tu atas nama aku ar. Hari khamis baru shokushome tu siap. Aku yang kena pergi balai tu ambik mende alah tu. Balik tu terus poskan kepada kedai kereta. Lepas tu baru dia boleh proses tukar nama ke hape lantak dia lah. Secara keseluruhannya 2 minggu ar proses tu semua sebab nak buat shaken bagai. Shaken ni kira buat maintenance dan pemeriksaan puspakom untuk renew roadtax 2 tahun gitu. Dia kata boleh datang ambik kete 26 atau 27hb.

Tapi, hari jumaat tu dia call kata hari sabtu tak sempat siap. So, dia suh datang hari ahad. Dan pada hari ahad, pepagi lagi aku dah mencelikkan diri. Hebat giler! Siap sempat goreng karipap lagi buat bento. Kali ni kami pergi sekali dengan owner baru stream perkasa hitam itu. Memang turun temurun ar kete stream tu. Dah 4 generasi dah. Dari uthm ke uitm, balik ke uthm, kini ke utem pulak. Tak tau lah berapa lama tahan tu. Dah cakap siap2, kalau ok kereta tu, renew je lah shaken bulan 4 karang. Kalau tak, tukar je lah dengan kereta sape2 kat sini. Rasanya ada 3 biji kereta nak di let go bulan 4 nanti. Cuma let go free ke tidak tu tak pasti lah kan.

Sampai2 je kedai, tak nampak bayang keretanya lagi. Eh, main sorok2 pulak dia. Kulu kilir lagi mamat tu. Kali ni dia pujuk suh ambik insurans optional pulak. Haih... malas dah nak layan. Orang nak kete orang la!!! Akhirnya... tada! Introducing my MP...

Senarai nama pembeli bulan 11 dan 12.

Nama ku di dinding kamar mu. Tetiba masa register inkan tu dia suh register nama dalam katakana, pastu dia eja nama abah  MADO jadi MADU plak. Lantak dia lah.

Nombor plet
Nagoya 305
Na Nana-Yon-Roku-Ichi

Selamat tinggal stream perkasa hitam. Masa balik dari tengok kete lagi dia dah mula bunyi2 cit cit cit kat tayar. Besoknya bateri kong. Sama macam masa beli avanza dulu. Petang tu bawak balik, malam tu jugak kancil takleh start. Kereta ni kan benda hidup tak bernyawa. Kesian dia.

Siap nak ambik gambar replika kunci bagai...


Balik tu terus test drive pergi aeon miyoshi hihi.


Dah, abis cerita. Eh, mana keretanya?