Tarik nafas, lepas, tarik, lepas. Ok, sekarang aku ada sikit masa. Macamana nak mula nih? Cite by week je lah. Kita kira pakej la ek.
28 Mei 2007 - 1 Jun 2007
Seminggu ni aku berulang dari Kayu Ara. Satu hari tol RM10.80. Tak kisah lah. Makan free. Kira cover makan la tu. Setiap hari mendengar taklimat tentang JPK. Semua ketua unit la yang bagi taklimat tu. Ada ketua unit kepakaran tu, adik Dr. Shahrizam Mohd Shah Baki. Nama dia Norizan. Hari Sabtu, kami balik Semenchu. Mak buat kenduri sikit. Makan soto. Sedap gak guna perencah soto Adami. Hari Ahad, tengahari gi kenduri kawin kawan abang kat Papan Timur. Pastu terus gi kenduri kawin Fadlee. Dia kawin ngan budak AT4. Aku tak kenal pun. Fadlee is kawan sekelas sekolah rendah aku. Selalu jadik ketua darjah. Masa diploma dia buat kat UTM. Masa degree dia masuk UiTM saing abang. Panas terik masa kat rumah dia. Masa nak balik nampak Pak Ali. Masih bawak teksi lagi. Ari tu kata patah kaki, jatuh dari bumbung? Dah ok kot. Pastu kami terus balik BP. Sampai BP dah kul 6pm. Siap2 semua, kul 7pm aku terus gerak ke KL.
Singgah kat R&R Ayer Keroh, makan nasi minyak. Lepas je R&R tu, bermula lah episod jammed. Ramai tul orang balik kampung cuti sekolah kali ni. Jammed pun bukan sebab lain, excident banyak snagat. Memula ada lori rosak, pastu kete Perdana terbakar, pastu kete berlanggar. Last sekali lori tergolek kat divider menghala ke selatan. Masa tu aku dah menangis tak hengat dah. Kaki dah sakit, badan pun penat. Tak pernah aku nangis sebab jammed. Pertama kali tu. Lepas je Nilai, baru lah clear. Singgah isi minyak kat Dengkil. Time tu dah kul 1am dah. Pas isi minyak, aku terus pecut ke Rawang. Dalam otak cuma ingat nak sampai cepat dan nak tido. Sampai umah Ita dah dekat kul 2am.
4-8 Jun 2007
Minggu ni aku dan abang sama2 meninggalkan rumah. Abang gi BTN kat Sebana Hill Ulu Tiram, manakala aku ke Selesa Hill Home Bukit Tinggi. Pagi2 lagi, kul 5.45am aku dah bangun. Kul 6.30am dah bertolak ke Putrajaya. Abang Z yang anto. Dia lalu Guthrie. Sampai Putrajaya baru kul 7.30am. Bas pun tak sampai lagi. Tunggu punya tunggu, 8.30am bas pun sampai. Sepanjang perjalanan aku tido. Tau2 dah sampai.
Sampai tu terus masuk bilik seminar, ice breaking, bagi kumpulan. Nama syarikat konsultan tu Genius Pyramid. Very recommended la. Sepanjang seminggu tu enjoy je. Takde stress langsung. Hari pertama takde aktiviti berat sangat. Petang ada telematch. Kumpulan aku asyik kalah je bila kat padang. Tapi kalau kat kelas, selalu menang pulak. Nama kumpulan aku Win-Win. Tagline kami, Fuyoo! Group lain, Gangstarz ngan Semut Hebat.
Hari kedua, pagi, ada aktiviti berhalangan dan puzzle. Alhamdulillah, walaupun aku ni lembik sket, tapi semua halangan berjaya aku harungi. Yang paling teruk aku rasa, time nak menyelam melepasi jaring melawan arus sungai. Nak kata aku fobia air, tak jugak. Tapi oleh sebab aku tak geti berenang, so, kalau masuk air tu yang aku pikir, lemas je. Lagi satu time menapak atas tunggul kayu, ala2 kung fu tu. Memula trainer tu kata kawan tak leh bantu. Lepas aku lepas je, baru tau boleh tolong. Tapi kira ok lah aku bleh buat sendiri. Tapi abis tu menggigil la kaki aku. Huhuhu Syabas Asia!
Petang aktiviti jungle trekking. Aku lead sepanjang perjalanan tu. Kelebihannya, tanah/rumput masih baru, tak licin lagi. Ada yang guna tali pun aku masih boleh naik tak guna tali. Pacat memang attack je sepanjang jalan. Alhamdulillah aku tak terpilih. Ada gak dia masuk kasut, tapi stokin aku tebal sangat agaknya, dia takleh tembus. Trek tu dah 6 bulan tak digunakan. Jadi memang banyak lah semak dan batang kayu yang terpaksa ditebas. Masa nak mula tu, renjer tu letupkan mercun, adat derang kot. Sepanjang dalam hutan tu aku teringat2 zaman kanak2 dulu. Cuma dulu takde lah masuk hutan. Takat masuk semak kutip buah markisa tu ada lah. Masa tu lah aku sedar, selembik2 aku ni, ada lagi yang lagi lembik. Panjat pun takut2. Kira ok laa aku ni ek? Last sekali, time turun bukit tu, sorang trainer ni jatuh tergolek. Suspek patah. Malam tu dia gi hospital, tak patah pun.
Malam tu aktiviti bebas. Lepas makan aku terus tido. Pagi bangun sakit satu badan. Smapai tengahari, tetiba je lepas aku lelap 10 minit, bangun tu terus segar. Dah tak sakit dah kaki aku. Kompius aku. Orang lain sampai berhari2 sakit. Alhamdulillah. Mungkin sebab aku baru je panjat Gunung Soga aritu kot. Hehehe.
Dipendekkan cite, malam terakhir sepatutnya takde aktiviti, tapi derang mintak masuk karaoke. So, kitorang kutip duit sorang seploh hengget. Malam tu pulun aku menyanyi. Tak pepasal dapat gelaran ratu dangdut. Kuikuikui.
Esoknya ada taklimat JTM, kendian penyampaian sijil. Lepas lunch kami pun balik. Sampai Putrajaya lebihkurang kul 3pm. Ita jemput, pastu terus balik Rawang. Singgah McD. Sedap pulak makan Mc Chicken sebab dah lama tak makan. Sampai tu aku terus mendobi. Tak lah banyak sangat. Setrip je. Malam tido awal gak. Esok paginya
Tuesday, 26 June 2007
Sikit-Sikit
Friday, 22 June 2007
Masa...alah...
Rutin hidup aku dah berubah 95%. 5% tu pun cuma part tido je. Aku masih tido pada waktu biasa orang tido. Itu sekarang. Lepas ni, part tido masih lagi sama, tapi masuk versi back to the future la pulak. Aku akan join PJJ sekali lagi.
Rabu lepas (kelmarin), aku ke klinik kesihatan lantaran batuk yang tak geti2 nak berenti. Aku lum nak cite pasal tu lagi. Ni nak cite lain. Balik dari klinik tu, dalam kul 10.30am, aku terus gi keje. Tetiba kawan aku kata, aku kena jumpa pegawai HR mengenai attachment yang nak mula next week. Dan tak semena2 aku terpaksa ditempatkan di tempat lain sebab ADTEC takde buat sijil SKM tahap 1-3. Memula derang letak aku kat ILP Bukit katil Melaka. Tapi aku pikir2, leceh nak cari tempat tinggal, so aku decided to pergi Mersing. Yang nasib baik nya, bidang Telekomunikasi memang offer kat situ. So, tak melencong jauh la bidang aku nanti. Gitu lah citenya. Lebih lanjut, akan diterangkan kemudian. Bila entah...
Thursday, 14 June 2007
So Long My Friend...
I got no time! Segalanya berjalan lancar, tapi masa agak ketat di tenggorokan. Dapat baca email pon dah rasa seronok. Baca, balas pun tak sempat. So, pada kesempatan yang seciput ni ( sementara tunggu monthly assembly ), dapat lah aku update sepatah dua kata kat sini. Lepas 22hb, insya Allah, aku akan buat sinopsis cerita selama sebulan ni. Hint : Seronok gi team building, demam, kursus.
Hasil karya AyunasiA pada 8:05 am 0 komen
Label: Laporan Bulanan