Friday, 7 January 2011

Cerita Jalan Kampung

Cerita 1

Balik keje tadi, masa lalu jalan kampung, tiba2 ada sekor burung ni terbang depan aku. Dia dari bawah dan sedang baru nak terbang. Mengikut hemat aku, dengan kelajuan 50km/j, dia mungkin tak sempat melepasi cermin keretaku. Lalu aku pun menekan brek dengan mengejut sambil menutup mata.

Sambil menutup mata itulah yang nak aku highlight kan di sini. Kenapa perlu aku menutup mata eh? Seolah2 dia bakal dilanggar oleh ku. Padahal gerak hatiku yakin bahawa dia sempat terlepas. Adakah aku dilanda trauma ini dan ini? Dan betul, bila ku membuka mata, dia tiada. Selamat.

Cerita 2

Biasanya aku yang terpaksa memperlahankan kenderaan dan turun ke bahu jalan apabila bertembung dengan kereta lain. Sebab laluan berlawanan bersebelahan dengan parit. Tapi, takde lah dekat sangat. Ada bahu jalan sket. Kira kalau dia ke tepi pun boleh. Tapi, oleh kerana kebanyakan kalinya aku yang ke tepi, maka aku pasrah (wah!).

Tapi, orang kat depan tu pun, agak2 la kan. Memang lah aku boleh ke tepi, tapi tak boleh la buat ala2 drift. Aku perlu memperlahankan pemanduan sebelum mengesot ke kiri supaya kenderaan ku tidak rosak. Sebab di kebanyakan tempat, samada bahu jalan rendah (sejengkal dari jalan) atau pun berbatu2 (jalan masuk rumah orang). Tapi mereka2 yang tak mengerti ini, dengan selamba tak slow pon. Selalu lah aku terpaksa cecepat menjatuhkan diri ke bahu jalan supaya tidak bergesel dengan kereta mereka. Kalau kete kecik takpe, sebab kekadang tu leh ler jugak lepas. Ni yang pesen bagak2 nih. Tahu lah ko orang kaya kampung tu. Bertimbang rasalah sikit.

Itu satu. Bila aku dah gedebuk terpeleot kat bahu jalan tu, kenapa ko takmo jalan? Aku dah kasi ruang tu. Boleh ko tunggu, nak suh aku jalan sambil menyenget gitu? B*&%^^&#&! Common sense la tu. Sekolah memandu memang takkan ajar punya.

Itu dua. Dah nampak aku yang mengalah di situ, apalah salahnya angkat 3-4 jari yang duduk atas stereng tu. Takyah angkat tangan bukak tingkap salam sumer. Ko angkat 2 jari pun aku dah boleh nampak. Tapi jangan lah angkat jari antu plak ek? Psiko oh. Ok, kalau aku tak angkat tangan jugak takpe lagi. Ni, aku dah la memang dah set, asal bertembung je, otomatik tangan aku akan naik, tak kira sesiapa pun yang mengalah ke tepi. Ko tak rasa apa2 ke bila nampak aku angkat tangan aku? Tak? Aku malu beb. Malu sebab ko tak balas balik. Macam aku yang terhegeh2 (over la pulak hahaha).

Tapi aritu, bila encik hairul yang memandu. Dia ke tepi dan angkat tangan, tapi orang tu selamba badak buat tak tau, aku cakap.

Eee takyah lah angkat tangan. Kan kita yang ke tepi. Dia pun tak angkat tangan.

Biarlah dia buat kita.

Huh! Tak menyokong langsung. Aku baru nak tak nak angkat lagi dah kalau aku yang ke tepi. Tak jadi lah. Teruskan je lah amalan baik.

Tapi tadi, sekali lagi aku terkena. Sedih la. Kecik ati.

2 komen:

Anonymous said...

lain kali jgn angkat tangan.... kau try angkt kaki plak...

AyunasiA said...

a'ah, pastu terlajak masuk parit, terus dapat gelak.