Salah. Takkanlah tiap2 ari asik nak citer pasal nafnang je tak abis2. Walau pun aku menepek iklan nafnang di situ, aku pun tidaklah setuju sangat dengan istilah 'i serve nafnang' itu. Why serve? Tapi kalo dalam bm, dia tulis 'siarkan' pulak? Tidakkah itu mengelirukan? (aku jelah kot).
Begitulah juga dengan istilah2 yang digunakan di dalam urusniaga. Kerana satu perkataan sahaja pun (dalam kertas agreement misalnya), sesuatu urusniaga yang kita sangkakan halal dan harus hukumnya, boleh menjadi haram. Awas!
Seringkali, kita mendengar dan menyebut perkataan loan. Seawal usia remaja lagi, masuk uni je 'mereka' dah offer loan. Kiter yang memang dah sedia takde sesen pon ni pon, orang dah hulur, apa kata orang? Rezeki jangan ditolak? Ambik je lah kan. Oh, sebelum tu, aku nak nostalgia pasal ptptpu.
Ptptpu bermula pada tahun 1998 (kot la, tapi zaman aku tengah2 dip antara 97-2000). Masa tu, dia tak offer pada student dip. Tinggal impian je lah. Ingat lagi, roomate aku ada sorang kakak ambik degree library science. Masa dia apply ptptpu tu, aku pun eksaited la sama nak mintak jugak. Dia yang cakap boleh. Sekali aku tanya kat hep, derang kata tak boleh. Keciwa betul. Bila aku dah masuk degree, barulah derang mula bukak kepada dip. Hampagas! Tapi, bagus jugak lah. Kalau dip pun aku buat loan ptptpu, tak dapat lah aku berpoya2 seperti sekarang, kan? Inilah yang dikatakan, berakit2 ke hulu berenang2 ke tepian.
Dulu, ptptpu takde bagi pendahuluan 1.5k. Budak sekarang, dapat offer masuk uni, dalam tu dapat sekali waran cek 1.5k. Takyah susah2 keje kilang. Aku dulu, hujung part one baru duit masuk. Mula2 tu dia masukkan dalam bsn je. Masuk part 2, dia tukar bank. Afinbank. Ni yang nak citer ni.
Awal2 semester tu, derang panggil semua orang gi ambik buku akaun memasing kat dewan badminton kat kompleks sukan sana. Semua orang ok (yang ambik loan la). Derang bukakan akaun untuk kitorang memandai2 derang je. Cer bayangkan berapa orang? Asal kejadiannya dia ada jadual giliran la. Nama mula huruf sekian datang bila, nama mula huruf sekian datang bila, konon takmo ramai sangat la. Tapi, berapa ramai student yuitm? Bukan semua orang datang pada masa yang ditetapkan. Tambah pulak budak degree, kebanyakannya duduk luar. Henfon tak meluas lagi penggunaannya. Jadi, bila aku pergi ke situ, dah macam pasar lambak dah.
Mula2 dia suh beratur, ada pegawai yang jaga, carikan buku akaun.
'Huruf N beratur kat sini yaaa...'
Lama kelamaan, keadaan semakin tidak terkawal. Biasalah, kita kan, (tak tau lah korang, tapi aku cengginilah) kalau orang cari nama kita, mesti kita pun sama2 nak cari jugak (sebab sebagai empunya nama, biasanya kita lebih alert dengan nama kita sendiri, kan?). Pastu ngan kawan2 kita pun sibuk nak tolong carikan. Tapi, dia pulak terjumpa nama dia dulu. Pastu kawan yang belakang dia pulak, bila dah tengok member tu takyah susah2 pun boleh terjumpa nama sendiri, pon nak join sama tolong carikan nama kita (padahal dia berharap dia jumpa nama dia dulu) dan seterusnya. Sampai kesudah kita tak jumpa buku akaun kita. Kena patah balik dari mula. Tu yang jadi lambat tu. Sudahnya, derang pon give up dan terus tinggalkan buku2 itu di atas lantai dan kami terpaksa menggagau2 mencari buku akaun memasing. Pengsan!
Bila dah dapat buku, fuh, lega! Duit tak masuk lagi. Cuba bayangkan kalau duit dah masuk? Tak pengsan kali kedua nak beratur kuarkan duit dengan buku akaun?
Tak berapa lama kemudian, derang kuarkan kad atm pulak. Kali ni derang suh pegi ambik kat bank terus. Bangunan bank tu baru dibuka dekat2 bangunan mbsa. Pergi tu pulak time bulan puasa. Berasak2, menunggu2. Kenapa kah kami diseksa sebegini? Porke???
Begitulah pengalaman aku semasa nak mendapatkan pinjaman ptptpu. Tak tau apa motif aku ceritakan itu semua. Eh, kan tadi nak citer pasal loan kan? Aduiyaiii...
Baik lah.
Sekarang ni, senang je nak tau samada loan tu conventional ke islamic. Takyah tanya kaunter pertanyaan pun takpe. Tengok je dah tau dah. Tak kira lah personal loan ke, car loan ke, home loan ke, study loan ke, apa2 je lah yang sebelum2 ni kita panggil loan.
Keyword nya ialah PEMBIAYAAN.
Ya, urusniaga islamic mesti diberi nama pembiayaan. Pembiayaan peribadi, pembiayaan kenderaan, pembiayaan perumahan, pembiayaan pendidikan, pembiayaan perniagaan. Segala2nya pembiayaan lah. Dan bukan pinjaman. Pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan (biasanya dipanggil pinjaman sewa beli), pinjaman perumahan, pinjaman pendidikan, pinjaman perniagaan.
Selepas nama, kita boleh tengok juga pada agreement nya. Kalau pembiayaan biasanya kita akan jumpa, alamat hartanah. Macam kad kredit bankislam misalnya, akadnya menyatakan tentang kita membeli sebidang tanah di rawang (mula2 tu pelik jugak, bila masa pulak aku beli tanah kat rawang nih?), kendian kita cagar pada bank dan bank pun kasi kita kredit limit sekian2 sebagai harga tanah itu. Tah, ada dia terangkan masa nak sign agreement tu, tapi aku tak paham sangat. Tapi aku percaya penasihat syariah derang dah memastikan ianya sahih dan betul lah. Macam pembiayaan perumahan pula, dinyatakan bank membeli rumah kita tu dan kemudian menjualnya balik kat kita dengan harga yang lebih tinggi dan kita membayarnya secara ansuran. Macam pembiayaan peribadi pulak, dia sama macam kad kredit dia ada menyatakan tentang tanah jugak. Kalau bsn tu, tanahnya kat rembau ke pd tah. Pendek kata dia tak mention langsung tentang interest sepertimana dalam perjanjian conventional. Ada, dia sebut percent2, tapi bukan lah istilahnya faedah/bunga, tapi lebih kepada modus pengiraan sahaja. Kot gitu lah yang aku faham.
Dan sekarang ni, ptptpu pula sedang menuju ke arah pembiayaan pendidikan, ujrah namanya. Aku pun baru je apply untuk menukar perjanjian lama ke perjanjian ujrah ni. Bestnya. Mesti tinggal sikit je lagi yang perlu aku bayar sebab sekarang ni kan 3%. Ujrah ni pulak 1% je. Entah2, rupa2nya aku dah abis bayar kot? Best berganda! Tak sabar ni! Aku tengah tunggu permohonan itu diluluskan. Pasni dia akan bagi agreement baru dan kena mati setem segala bagai. Tak kisah lah tu. Seploh hengget je kot. Bila dah settle tu semua, aku nak bayar habis dalam tahun ini. Tak sabarnya nak abiskan. Aku bukan apa. Kan loan tu dulu dibuat masa study. Sampai sekarang masih diburu. Bukan satu perasaan yang indah ok. Once aku dah abis hutang, barulah aku akan memanggil dia dengan nama sebenar. Ok, ptptpu? (hahaha ni semua gara setitik nila rosak susu sebelanga. saper suh derang cari pasal ngan aku dulu).
Kesimpulannya, syukur lah, sekarang ni, kebanyakan bank sudah pun memiliki skim pembiayaan secara islam. Kalau dulu orang compare, conventional punya lebih menjimatkan. Sekarang, dah ramai yang datang bank mintak islamic punya. Bagi aku mudah. Tak payah compare2. Terus pergi kepada yang islamic. Takyah ambik tau pun berapa yang conventional offer. Mudah, kan? Lama kelamaan kita akan terbiasa dengan harga yang tinggi itu. Kerana kaf ba ro kaf alif ta nun itu akan mempermudahkan urusan kita selepas itu. Life is simple, don't make it complicated.
Oh, terlupa plak. Selain itu, biasanya, bank2 juga akan bagi nama dalam bahasa arab kepada urusniaga islamic ni. Tabarruk, al bait bithaman ajil, baiti, wahdah, qadr al hasan dll. So, dengar bahasa arab je, otomatik tau, itu urusniaga secara islam.
p/s btw, konsep ujrah ni, kalau tak salah aku lah macam ada sewa satu bangku kuliah ke haper tah. besok2 dah dapat agreement tu nanti, aku citer ok?
0 komen:
Post a Comment