Masih mood citer pasal keje. Jarang sebenarnya aku cerita pasal keje ni. Sebab takde mende yang luar biasa sangat. Cuma mungkin sekarang ni musim P&P secara student centered, menjadikan aku agak culture shock. Bukan tak percaya pada diri sendiri, tapi tak percaya kat bebudak nih. Boleh ke? Apa2 pun, perubahan mesti dilakukan. Ya! Malaysia boleh!
Sesungguhnya, aku memang tak berapa masuk dengan dunia m3ka ni. Ye lah, kalau aku minat, memang dah lama aku dah masuk bidang ni sejak awal lagi. Masa diploma aku ambik elektronik, masa degree pula aku ambik telecommunication. Semuanya bersebab. Aku ambik elektronik masa dip tu sebab aku aim, kalau tak sambung belajar lagi, aku nak keje kilang elektronik je. Aku ambik telecommunication masa degree sebab masa awal abad 2000 tu, zaman telefon bimbit tengah hangat. 3G sedang memasuki negara kita. So, minat aku ke arah itu lah. Best oh, belajar benda tu. I loike! Tetiba sekarang ni, kena join m3ka. Mana aku tak mengong? Tapi setakat ni aku ok. Aku boleh belajar, pelan2 kayuh la. Jika diberi peluang, insya Allah, aku boleh catch up. Errr tapi kalo dapat masuk ie, lagi ok kot huhuhu.
Ok, sejarah.
Kali terakhir aku mengajar mikroP ialah pada tahun 2004. Lamaaa gilers. Memang selayaknya dah lupa dah hahaha. Sebelum dicampak ke dungun, aku tengah ajar benda alah tu lah. Sedih sangat sebab terpaksa melepaskan sesuatu yang aku suka. Ni bukan gain one lose one. Ni kira sudah jatuh ditimpa tangga. Ah! Tak suka pengalaman dicampak itu. Sampaikan masa kat dungun, aku dengan suka rela juga menolong student yang buat projek mikroP walau pun orang lain yang ajar. Tapi, ye lah, zaman sekarang dah tak pakai dah mikroP2 ni. Orang semua dah pakai PLsi dan P1C.
Kalau nak diikutkan, masa belajar subjek tu dulu, tidak lah aku faham bebeno. Lebih kurang abis exam, terus lupa, gitu. Masa ditugaskan mengajarnya buat pertama kali dulu, menggigil aku beb. Ye lah, kena ajar benda yang kita tak faham pon masa belajar dulu. Tapi, rupa2nya aku faham sesuatu. Belajar dan mengajar tak sama. Masa belajar, kita menghadapi tekanan, kena lulus pekse. Kalau tak, kena ulang. Ulang=disaster. Bagi aku lah. Ada orang lagi suka mengulang sebab biasanya kali kedua ambik boleh dapat A+. CGPA boleh naik oh. Tapi bagi aku pulak, tak kuasa der aku nak belajar banyak kali. Pulak tu, kena menghadapi debaran kuiz, test, exam bagai. Me, don't like. Baik ler aku lulus cukup makan pun. Ok, takyah ikut prinsip ini. Adoiii apa aku mengarut ni? Kiranya, bila mengajar, otomatik kita boleh faham. Ya, otomatik. Tak caya, cuba lah jadi cikgu.
Jadi, baru2 ni, kb ie mintak tolong dari kb m3ka, mencari, kalau ada sesiapa yang boleh ajar mikroP. Aku tau, derang pakai intel8o85 sebab masa internsh!p 3 bulan dulu, aku pernah guna. Dan aku tau juga, modul tu termasuk sikit P1C. Aku memang tak geti P1C. Dah, aku tengok derang macam, 'kalau P1C boleh la, aku mana geti mikroP?', tiba2 dalam separa sedar, aku dah tercakap, "saya boleh ajar mikroP, tapi P1C bagi kat orang lain lah." Dah, terbalik kot pulak. Dan bila aku tersedar, eh, apa yang aku lakukan nih? Yang aku pikir masa tu ialah, abis lah, contact hour kitorang naik. Sebab kena tambah 12 jam lagi (dicuri dari ie), menjadikan purata jam setiap orang meningkat. Kang marah plak kengkawan. Tapi, tak taulah, derang tak perasan kot. Atau tak terpikir hahaha.
Ini lah yang akan aku ajar nanti. Senang je sebenarnya.
So, itu lah yang berlaku. Yang ajaibnya, boleh pulak aku membuat persediaan dengan bersungguh2? Teruja sekali aku bila mengulangkaji. Macam tak sabar gitu. Kalau subjek sendiri tu, macam lemah je semangat. Sekarang aku percaya, minat dan kecenderungan boleh memacu kecemerlangan. Tiba2. Oh, dan harapan aku, bukan aku je yang teruja dan minat, bakal2 student ku juga akan sama naik. Eceh. Chaiyok!
p/s bila la pengareh aku ni terbuka hati dia nak meletakkan aku pada tempat yang sepatutnya? bukan tak boleh twist pun. Ada 2 orang m3ka kat ie dan 2 orang ie kat m3ka tu. Apa yang dia fikir tah?
2 komen:
la ilahailallah, aku baca 'meka' tu umpama dato siti kita menyebut 'mereka'.. hujung2 baru catchup. mmg cpu aku ni lembab betol
lub: sila reboot selepas install ya.
Post a Comment