Thursday, 19 May 2022

Hari Raya Aidilfitri 2022/1443H Pasca Pandemik

Tiba-tiba rasa macam best pulak kalau blog pasal hari raya tahun ni. Sebab dah sekian lama takde cerita pasal raya kan. Dua tahun tk raya lagipun kan. Tahun ni dah raya macam sebelum pandemik, tu yang rasa macam perlu didokumenkan.

Cuti raya macam orang lain jugak, seminggu. Mula2 dah apply cuti 2 hari (isnin dan khamis). Sekali Joho bagi cuti peristiwa hari isnin, tinggal lah satu hari. Jimat sungguh cuti.

So, hari Khamis tu aku balik parit raja. Actually dah 2 minggu balik parit raja sebab aku ada kelas hari Ahad. Alang2 terus je lah sampai raya. Rumah Pagoh ditinggalkan begitu sahaja. Tak kemas tak apa. Takde persediaan nak raya pun. Eh, rumah parit raja pun aku tak sedia apa2. Tak macam dulu2, sebelum balik kampung beraya mesti aku dah sediakan bekas kuih, lap sofa, vakum mop seluruh rumah, basuh atau ganti langsir, segalanya lah! Kini (sejak balik jepun dan aku kerja mersing) rumah tu sebagai persinggahan je. Kalau ada apa2 baru aku kemas beriya. Kalau tak, balik hari Khamis macam tu, pergi semula hari Ahad macam tu lah. Tapi minggu sebelum tu sempat la aku mop rumah bila tengok seluar sicomel tu hitam lepas dia merangkak satu rumah. Ok, ini sudah parah.

Hari Jumaat nya, kami pergi shopping baju raya di JB. Ya, memang purposely pergi JB nak shopping baju raya. Minggu lepas dah shopping kat BP. Tak banyak pilihan sangat pun. So, pagi tak pagi sangat lah, kami gerak ke JB. Tak terus ke JB. Singgah Kulai dulu sebab nak pergi JPO. Sebelum shopping, solat Jumaat dulu kat bandar putra. Sementara encik suami solat, aku bagi sicomel makan. Lepas solat terus pergi JPO. Mula2 aku ingat ada tinybutton kat JPO. Rupanya tersalah tempat. Yang ada tinybutton tu kat outlet kat Melaka tu. Confuse I. Sambil2 shopping tu, teringat suasana shopping di Nagashima. 

Settle di JPO, kami terus ke Sogo/Midvalley Southkey. Sempat masuk mothercare dan sogo je. Tak pusing semua pun. Lama juga kat situ sampai dekat2 nak berbuka. Pukul 6pm baru teirngat nak cari tempat berbuka. Memang takde dah la. So, kami decided to makan malam je. Time buka nanti makan kurma je dulu. Lepas orang habis berbuka baru kita cari makan. Pastu kami ke Toppen. Sampai2 je Toppen, betul2 time berbuka. Kat situ memang tak banyak tempat makan pun. Last2 kami pergi ke foodcourt dia. Elok pun tak ramai orang. Ada je kedai yang jual makanan siap. Tapi kami order hotplate, so lambat la sikit. Tapi, still selesa dan tak rushing. Lepas berbuka, shopping kat babyshop (tujuan pergi toppen ni pun sebab nak pergi babyshop ni je sebenarnya) dan poney. Dah sudah tu, rasa macam sempat lagi kalau masuk aeon. Kat sebelah je. So, kami pergi aeon pula. Masa keluar dari Toppen tu, berdedai2 orang baru masuk ikea. Oh ye lah. Nak raya kan, harus la nak deko2 rumah.

Tunggu mommy daddy berbuka

Masham nya muka tu..

Dah bosan.

Kat aeon pun ramai orang baru nak masuk. Punya lah panjang queue kereta kat luar nak masuk parking. Mula2 encik suami nak masuk belah tepi lotus's tu. Tapi macam takde harapan je. Last2 kami uturn dan masuk ikut pintu belakang. Ada satu parking entrance kat situ. Tak ramai panjang sangat queue nya. 

Masuk aeon, rasanya tak sempat nak pusing semua. Kita masuk aeon je lah. Pung pang pung pang, sampai nak tutup baru kami balik. Penat gilos! Sampai rumah dekat pukul 1 pagi rasanya. Kesian sicomel tak sempat makan malam.

Hari Sabtu pagi, baru nak kemas beg balik kampung. Pagi tu sempat lah basuh dan keringkan baju raya sicomel. Tapi iron tak sempat. Lagipun steam iron ada kat Pagoh. Memang jarang la aku balik raya tak gosok baju lagi. Biasanya aku gosok siap2 supaya orang tak nampak baju raya aku haha. Tak seprais la nanti. Tapi kali ni terpaksa lah. Gitu gini gitu gini, lebih kurang lepas asar kot, kami pun bergerak balik kampung. Macam biasa lah, lalu kluang. Macam dah lama tak balik lalu kulai. Dulu selalu jugak. Tapi ikut kluang ni jimat, takde tol. Jalan pun ada yang dah diturap baru. Tak banyak, tapi ada. Tak sebanyak jalan Kluang-Mersing la tapi.

Sampai Semenchu, betul2 time azan Maghrib. Kami bawak balik lemang dengan rendang sikit je. Beli kat lemang kubur depan shell ayer hitam tu. Ingat dia ada jual nasi lemak jugak. Rupanya lemang je.

Esoknya, hari Ahad, Ila (SiL) hantar Nana (SiL) balik Parit Raja. Mulanya mak nak ikut. Sibbaik tak jadi. Bayangkan kalau jadi (baca terus untuk tahu kenapa). Encik suami ngan abah pulak pergi kota, pergi beli lampu. Abah berkenan pulak tengok rumah kitorang ngan BiL yang baru pasang lampu cantik. Dia pun nak jugak hihi. Sambil tu beli lampu downlight sekali sebab banyak yang dah berkelip. Kelap kelip kelap kelip hari raya sudah tiba.  Tau lah kelap kelip hari raya. Tapi takyah lah lampu biasa pun nak berkelip, kan.

Jadi, kat rumah tinggal aku ngan MiL. Tengahari tu dah takde nak buat apa, MiL terlelap, aku pun mengambil kesempatan itu untuk menggosok baju. Haaa sibbaik takde orang nampak baju raya aku hehe. 

Balik dari kota, encik suami beli sate. Petang sikit abah keluar lagi, bawak balik ayam golek eto5. Dah takyah masak buka lah nampaknya. Dan hari ni, betul2 maghrib, BiL pulak baru sampai dari Kuantan. Meriah la sikit buka hari ni. Kalau tidak, kami berdua dengan mak abah je lah. Plus sicomel.

Tengah2 diorang solat Maghrib, sorang lagi BiL call mak, tapi tak sempat angkat. Rupanya dia nak bagitau besok raya! Tak teringat nak tengok pengumuman raya. Apa lagi, melompat la semua orang, tak tau nak buat apa dulu. Ketupat belum anyam. Sibbaik daun dah ada. Lauk pauk  raya langsung belum buat. Ayam, daging belum keluar peti. Santan, kelapa belum kopek. Sibbaik FiL ada beli santan kotak petang tadi. Tak pernah2 dia beli sebenarnya.

Isunya sekarang, siapa yang nak masak apa? Yang pasti aku, MiL dan biras je lah yang boleh masak. SiL (yang biasa sama2 masak) yang hantar SiL ke Parit Raja tadi pun belum sampai lagi. Buka pun kat tengah jalan. Mak kata, takpe lah, takyah balik... dah malam. What??? Maksudnya kita lah yang kena masak ni? So, dia tido rumah kitorang. Dah terbalik kot pulak. Cuba bayangkan kalau MiL ikut diorang tadi... Memang la MiL tak masak, tapi sebagai tuan rumah, dia tau barang2 duduk kat mana. Tidak lah kami menantu2 ni menggagau cari periuk, cari kuali.

So, pembahagian tugas dilakukan. Orang lelaki dan anak2 sedara (1 lelaki 2 perempuan, dah besar) anyam dan masak ketupat. Sambil2 tu encik suami pergi kait kelapa kat belakang rumah (ya, dalam gelap itu ya, berlampukan lampu henfon), kopek dan parut sekali. Bab ni aku paling tak puas hati sebab setiap tahun macam ni. Kalau pun kat semenchu ni susah nak cari santan atau kelapa parut, kan kat parit raja ni ada kedai santan? Bawak je lah balik dari sini. Yang susah2 nak kait, kopek dan parut tu dah kenapa? Pastu kadang2 aku yang kena perah. Perah tu kena blend dulu ya. Tapi malam tu, MiL yang perah. Eh tak. Besok pagi tu baru perah. Malam tu guna untuk buat kerisik je. Rendang aku pakai santan kotak je. Tak kuasa aku nak tunggu santan diperah. Dah dekat pukul 1 pagi kot. Pastu kat wellward tu banyak je jual kelapa parut. Takat masak rendang tu, 3 bungkus pun dah cukup. Haihhh bila lah nak berubah.

Sementara itu, biras pula sediakan sayur2 untuk masak lodeh besok pagi, blend bebawang dan goreng ayam. MiL buat kerisik dan sediakan rempah untuk rendang. Dan aku potong daging dan masak rendang serta ayam masak kicap. Masalah lagi. Aku ni masak guna sifir. Sifir biji bawang. Kalau daging berapa kilo, bawang merah berapa biji, bawang putih berapa biji, gitu. Tapi bila bawang dah siap blend, camne aku nak bajet? Pulak tu daging tu aku tak tau berapa kilo. Adoi lantak situ. Aku masak je sembarang. Akhirnya siap lah 2 juadah tu sekitar jam 3.30 pagi. Pastu aku mandi, kul 4 bum terus tido. Sicomel pun tido lambat, sibuk kacau orang anyam ketupat. Bangun pagi, mendapat lah, muka tangan bintat2 kena gigit nyamuk. Huaaa tak comel la sayaaa...

Pagi raya, yang lelaki pergi solat raya naik 1 kereta kancil je. Sikit sangat.

Tema kita tahun ini, light purple.

Malam tadi aku teka baju penyimpan mohor besar tu warna purple biji kundang, sempena baju raya kami warna purple ni lah. Sekali betul!

Selfie pagi raya.

Lawa mekap? Mekap filter! Entah kat mana aku campak beg mekap aku tah. Tak boleh nak mekap2. Tinggal bedak je sekeping. Sibbaik ada filter ni.

Hari raya kedua saya, tapi baru pertama kali nak berhari raya. Tahun lepas pagi raya saya kat hospital lagi.

Amboi rambut tu, tersisir rapi.



Daddy saya dah balik dari masjid.

Tantek tak baju raya saya, matchy2 ngan mommy.







Taruk je lah gambo blur pun.

Masa untuk family photo. Tapi saya dah mengantuk lah.

Tak larat nak senyum dah.

Saya mengantuk sangat ni.






Sorry, mata saya dah tak boleh bukak dah. Zzzz..


Memang tak nak tunjuk muka ke apa ni? Senang takyah letak emoticon.

Semua yang hadir.

Anak2.


Cucu2


Kak Zela


Ngah

Ila, SiL, pengasuh sicomel

Tha last year being single

Dah 2 tahun takde acara ni kan.


Lepas sesi bersalaman ni, kami pun balik eto5. Sempat juga menziarahi ke rumah wak ru dan mak aji.

Kat rumah wakru. Tiba2 kami jadi ramai. Yayu memang raya kat sungai mas. Abang epet dan ita datang dari mersing.


Raya kedua, konon nak beraya ke eto1 dan pasak. Tapi MiL tak larat pulak. Aku dah siap berbaju raya lagik. Maka, raya kedua kita melepak je kat rumah.. ganti tido semalam.




Monday, 16 May 2022

My IVF Journey Episode Finale : Detik Kelahiran

Tiba-tiba cerita kelahiran ya. Tak geti nak sambung pasal pregnant lagi dah.

Since aku bersalin pada hari pertama PKP 3.0, dan berpantang dalam tempoh PKP yang amat panjang itu, makanya aku takde peluang nak bercerita tentang pengalaman bersalin aku kat sesiapa. Takde orang tanya pun ya. Dia macam seorang introvert yang tiba2 memberikan hujahnya. Semua orang akan terdiam krikkrikkrik. Cenggitu lah macam berita aku bersalin ni. Sekian lama mengenali aku takde anak, tiba2 dengar aku beranak, eh, betul ke? Langsung krikkrikkrik. Eh sama ke analogi nih? Ah lantak lah. Yang penting aku rasa sama.

So, hari ni baru lah aku ada masa nak menulis pengalaman tersebut. Tu pun kalau ingat lah. Mujur encik suami ada mencatit kronologinya dari awal. Boleh la aku sync kan dengan apa yang aku ingat.

Ok, let's start!

Due date sebenar ialah 25 Mei 2021. Ini kira 40 minggu lah. Tapi awal2 lagi doktor dah cakap, 38 minggu (11 Mei 2021) dah boleh beranak. Memang biasa aku tengok orang beranak time 38 minggu, terutama yang ada GDM tu. Memang kena beranak awal, takyah tunggu lagi. Makanya, aku pun merangka strategi untuk mendapatkan tarikh yang agak cantik. 

Kalau tengok pada EDD sebenar tu, macam cantik 21/5/21, kan? Tapi takut pulak kalau terberanak awal, tak nyempat pulak nak sampai tarikh tu. Pastu tengok pada tarikh 38 minggu tu, dekat dengan 12/5/21. Cantik juga tu. So, masa dah  minggu 32 iaitu selepas minum air gula kali ke-2, doktor cakap, aku boleh bersalin naturally. Maksudnya boleh normal dan bila2 masa sebab takde GDM ke apa. Dan kepala baby pun dah kat bawah. Tinggal lagi doktor kata, ikut aku lah. Nak beraya bawak perut ke, bawak baby? Gitu pulak.

So, aku pun propose la, kalau nak bersalin 12hb boleh tak? Kenapa? Sebab nanti nombor ic cantik la sikit, 210512-01-xxxx hehehe. Dan doktor pun setuju. Walau pun besok tu dah nak raya dah. Dia takde cuti pun. Staf dia je dia kasi cuti sampai 17hb. Tapi time bersalin dah tak melibatkan staf klinik dia sangat pun. Lebih kepada staf labour room kan. Tu dah under hospital territory.

Doktor juga pesan, kalau ada 3 tanda ni, terus pergi emergency. Tanda2 tu ialah, pecah ketuban atau keluar darah, baby not moving seperti biasa atau contraction setiap 10 minit. Alhamdulillah, everything berjalan lancar. Langsung takde tanda2 tu semua.

So, check up terakhir pada bulan puasa pada week 36, 37 dan beberapa hari sebelum admit. Setiap kali check up kena gi labour room untuk buat CTG. Macam rehearsal gitu. Nak membiasakan diri dengan suasana labour room gitu. Ada sekali tu, dia buat CTG time berbuka. Adoiii lah... 

Cuti?

Oh lupa nak cite pasal cuti. Aku mula bercuti pada hari Selasa, 11hb Mei 2021. Kira aku ambik cuti yang 2 minggu sebelum EDD tu lah. Oleh kerana minggu tu dah nak raya, maka aku ambik la cuti rehat hari Ahad dan Isnin tu. 

Nak dijadikan cerita, aku juga bercadang untuk ambik cuti menjaga anak selama 3 bulan. So, aku tak boleh duduk kuarters semasa cuti jaga anak tu. Boleh, tapi kena bayar la RM400 sebulan. Ehhh dah la cuti tanpa gaji kan. Takkan aku nak bayar pulak. Maka, aku kena keluar kuarters. Dan aku yang skema ni pun keluar kuarters betul2. As in, takde tinggalkan barang kat rumah tu. Kecuali peti ais yang dah rosak je. Nanti masuk balik beli peti ais baru je lah. Makanya, masa cuti awal Ramadhan tu, encik suami datang dan angkut sebahagian barang2 aku. Tinggal baju ngan sedikit pinggan je kot. Dapo pun dah angkut. So sepanjang bulan puasa tu aku beli je semua. Tapi ada lah periuk nasi dan travel cooker buat panas2 kan lauk. Kadang2 ada jiran2 kasi makanan untuk berbuka. Kesian kat ibu mengandung ni agaknya. Ada sekali tu, ada jiran ni belikan murtabak. Dia letak kat tombol pintu. Masa dia bagitau tu aku tengah nak mandi. Sekali aku nak gi ambik lepas mandi tu, zas zas zas ternampak kelibat cik mon berlari. Rupamya dia dah gigit murtabak tu. Sedih giler gue huuuuu. 

Tu tak cerita lagi aku gi TNB ngan SAJ nak potong api dan air. Gini.

Masa aku nak pergi TNB tu, member geng surau ajak pergi bank rakyat sebab nak tukar nama. Punya lah lama, dah 2 tahun kot encik usop tu pencen, baru ni nak tukar nama akaun. So aku pergi lah bank tu. Dah settle semua, dalam kul 3 gitu, baru aku gi tnb. Sup sap sup sap, settle tu baru aku gi SAJ. Sekali sampai, dah tutup lah pulak. Bulan puasa dia tutup kul 3.30. Aku sampai tu betul2 kul 3.30. Langsung takde belas. So, esok tu aku kena lah pergi lagi sekali. Dah la panas, lapo puasanya lagi. Penyudahnya, TNB pulak yang tak potong api sepanjang 6 bulan aku cuti tu. Balik2 tengok dapat 6 keping bil. Ko dah kenapa???

Ok, abis bab tu.

Pastu, sejak bulan puasa juga, aku dilanda batuk. Minggu pertama gi klinik nur, doktor kasi ubat batuk je. Minggu kedua, dia kasi antibiotik. Pastu jumpa dr.thokha, aku tanya lah, boleh ke makan antibiotik? Dia kata, boleh je. Mesti doktor yang kasi tu dah ambil kira kondisi kita. Tapi memang setiap kali datang doktor klinik nur tu tanya dah berapa bulan. Tapi masalahnya, tak baik2 pun batuk aku??? Adoiii risaunya kalau batuk lepas bersalin nanti. Aku bukan apa, takut koyak jahitan ke apa je. Boleh ke ek? 

Pastu hari terakhir kerja tu, aku pun mengangkut la saki baki barang kat rumah. Penuh la juga belakang estima tu. Kebetulan hujan pulak. Memang struggle la aku rasa. Balik tu ingat nak singgah klinik nur lagi. Sekali dia tutup pulak. Bukak balik hari Sabtu. Terpaksa cari klinik lain. Last2 encik suami suruh gi Klinik dr hanani kat taman u. Pergi sana, boleh tahan ramai orang. Lepas settle, terus beli makanan buka kat bazaar depan klinik tu. Time aku nak masuk kereta, batuk menyerang dengan dahsyatnya. Sampai termuntah! Merah padam muka aku. Mesti ada orang ingat aku pesakit kobid huhu. Tapi sebelum balik tu, member2 cakap, ni batuk pembawakan budak je. Ye lah tu. Sekali betul! Lepas bersalin je, terus batuk tu hilang. Wow! Tak sangka betul.

And then, hari Jumaat nya, ada check up terakhir. Ikut kan aku nak balik rumah semula. Sekali encik suami ajak balik kampung terus. Kiranya ni balik kampung sampai bersalin la ni. Baju2 semua kami dah pack awal2 dah. Tapi aku takde lah pack baju banyak sangat. Sebab plannya, lepas bersalin terus balik dan berpantang kat parit raja.

So, Jumaat tu, lepas solat Jumaat, kami pun pergi ke hospital/klinik. Pastu terus balik semencu. Mujur ada lesen besar rentas daerah dengan buku check up klinik. Kalau tak silap, masa hari Jumaat tu, ada beberapa daerah je yang tak boleh rentas. Mersing, Kluang, Batu Pahat boleh rasanya. JB Kota tak boleh. Mula2 10hb takleh rentas negeri dan daerah. Sekali 12hb tu terus 1 malaysia pkp semula.

Kemudian, hari sabtu tu ingat nak buat rtk, tapi takde klinik yang buat. Sebab hari sabtu kot. So kami pergi hari Ahad di klinik APM kota. 

Sampai kat klinik, takde lah ramai sangat orang, tapi kena tunggu lama menunggu doktor kot. Test nya lebih kurang yang kita buat sekarang ni lah. Bezanya dibuat oleh doktor dan dia jolok dalam sikit. Kalau buat sendiri tu kan kita jolok parat2 yang kita tahan je lah kan. Tapi kekdahnya sama je. Cumanya buat klinik ni dia akan hantar ke makmal dan akan dapat sijil dari KKM. Oh sebelum tu. Masa kami balik hari Jumaat tu, tiba2 ekon kereta rosak! So lepas gi klinik tu, kami terus ke bengkel kereta. Mula2 ingat sekejap je, isi gas ke apa kan. Sekali tah ada benda seketul nak kena tukar. Makanya seharian lah kami duduk kat bengkel tu. Sibbaik bengkel melayu, boleh tumpang solat kat surau dia. Tapi still, i'm mak buyung yang dah nak beranak dan sedang berpuasa. Penat nya!

Sampai bengkel tutup, kereta tak siap lagi. Makanya SiL kena datang ambik kitorang. Hadoi la. Dah la banyak barang baby dalam kereta tu. Takkan nak tinggal pulak kan. SiL pulak datang naik kenari. Ekceli bukan lah dia datang semata2 nak ambik kitorang. Dia memang pergi kota tu nak soping2. Hari tu last bazaar raya boleh beroperasi. Maka berhimpit lah kitorang 4 orang plus segala mak neka benda dari estima tu masuk dalam kenari. Bayangkan je lah.

Esok tu encik suami pergi ambik kereta. Sepatutnya lepas ambik kereta kena pergi klinik semalam untuk ambik report rasmi. Sekali dia boleh terlupa pulak. Menonong je balik. Sibbaik SiL yang hantar ke bengkel tadi belum balik lagi. Boleh lah tolong ambikkan the report. Haih.

Hari Isnin juga, diorang dah masak lauk2 raya. FIL dari hari jumaat lagi dah anyam ketupat. Aku pun pelik, kenapa awal sangat anyam ketupat? Raya kan hari Khamis. Rupanya theyols nak masakkan untuk iols gaisss. Owh terharu sis. Pastu tengahari tu kak long datang tolong masak rendang segala bagai. Owhhh how sweet of them. So, buka hari tu macam last day of puasa lah kiranya. Puas hati dapat makan macam hari raya sebelum bersalin.

Hari selasa is check in day. Aku dah kena serah diri ke hospital. Doktor suruh datang dalam pukul 10 gitu. Tapi kami pukul 10 baru keluar rumah. Sebelum tu sempat singgah jumpa mak sekejap. 


Sampai di hospital, kena gi ambik darah dan cucuk IV la macam biasa. Lebih kurang pukul 11.30, aku dah masuk labour room. Kena bayar deposit RM4k. Sibbaik dah biasa buat CTG kat situ. Takde lah nervous sangat. In fact, aku tak rasa takut ke haper. Rilek je. Masuk2 je, nurse cakap dah lepas waktu makan tengahari. So, dia suruh beli kat luar. Oh, i thought masih boleh puasa. Pastu terus kena induce. 

Timbang buat kali terakhir.

Lebih kurang pukul 3 gitu, dr.thokha datang check. Bukaan baru 2.5cm. Dr pesan siap2, kalau nak ambik epidural, decide sebelum pukul 5 sebab dr bius only available during office hour. Why??? Tapi, sekarang baru pukul 3. Dan takde rasa apa2 pun lagi. Takkan awal2 dah ambik epidural kan? Paling awal pun mesti lah bila dah mula sakit ke apa kan. 


Sebenarnya aku tak decide pun lagi nak ambik epidural ke apa. Tapi aku dah la buat research pasal epidural. Bukan epidural je, pasal induce pun aku kaji ok. Pastu kakak2 ku pulak menakut2kan aku, takyah ambik epidural, nanti sakit belakang la apa la. Dr pulak cakap, dia ada 2 orang anak perempuan, dan dia make sure kedua2 anak dia ambik epidural time nak bersalin. Camne? Kita tengok lah dulu. Lagipun kena tunggu pukul 8 besok. Kalau dah nak terberanak tengah malam ni, tak guna dah decision making tersebut.

Makan malam pukul 6pm.

Encik suami berbuka nasi ayam penyet dari kluang rail cafe.



And, malam tu, takde apa2 sangat. Pukul 11.30, nurse check bukaan, baru 3cm. Still long way to go. 

Masuk 12hb, aku dah lega. At least tak terberanak 11hb. Dalam pukul 1 pagi, nurse datang check bukaan lagi. Tapi kali ni aku rasa lain macam je dia jolok. Kenapa ganas nau? Aku ingat kenapa lah. Tak jumpa ke apa? Rupanya dia pecahkan ketuban sekali. Kalau dia tak bagitau, aku pun tak tau. Dah sudah tu, aku sambung la tido lagi.

Dalam pukul 3 pagi, aku dah mula rasa sakit belakang. Kat area pinggang gitu. Ok, ini contraction la agaknya kot. Nurse tanya nak cucuk ubat tahan sakit tak? Aku suruh cucuk. Tah, itu kot yang nama pethidine tu. Aku dah study dah semua tu, cuma time tu dah tak ingat dah. 

Pastu, dah kurang la sikit sakitnya. Pastu dalam pukul 5.45, nurse check lagi. Dah 5cm katanya. Tapi dah sakit ya amat. Masa ni aku dah suruh enck suami tanya kat nurse, boleh buat apa2 tak? hahaha. Apa boleh buat pun? Kena tunggu office hour la kalau nak epidural pun. 

Tak lama tu, dalam pukul 6 ke 6.30 gitu, aku dengar nurse cakap orang bilik sebelah dah fully dilated, tengah tunggu dr. thokha datang. Tak lama lepas doktor sampai, terus dengar baby menangis. Ya Allah... lepas dah dia (orang sebelah). Yang aku ni, baru 5cm dan sakit macam nak gila haha (encik suami yang tulis camni). Masa tu baru lah aku faham, patut lah besi pemegang tepi katil ni longgar je. Rupanya sebab dah ramai yang pegang dia kuat2 sampai loose. Tapi memang benda alah tu je yang boleh dijadikan tempat berpaut menahan sakit.

Selepas selesai urusan bersalin orang sebelah, dr.thokha terus masuk bilik aku. Dia check, baru 6cm. Kalau ikut yang aku baca, orang mula sakit giler bila dah 8cm. Maksudnya sakit aku ni belum level giler lagi ya. Tapi doktor tengok aku pun dah macam orang giler kot, so dia suruh nurse call dr. bius, suh datang awal sikit hihihi. Masa tu baru pukul 7 pagi. Kalau ikut kan, lagi sejam baru dr. bius masuk kerja.

Akhirnya, pukul 7.30, doktor bius pun sampai. Lelaki cina. Setengah jam yang paling lama rasanya. Dia datang pakai tshirt je uols. Memang kena kejut aku rasa. Maka, bermula lah acara mencucuk belakang. Bab ni pun aku dah study dah. Orang kata sakit masa kena cucuk pertama tu. Tapi aku rasa tak lah sakit mana. Sebab dia dah sapu bius dulu kan. Ke sebab sakit contraction tu lagi sakit, tu yang sakit kena cucuk ni aku rasa takde pape?

Selesai prosedur itu, dr. tu cakap, dalam 15 minit baru rasa efek nya. Perlahan2, hilang lah sakit contraction itu. feh... 

Dalam pukul 9.30 pagi, aku sarapan roti je. Ini lah tenaga aku nak beranak nanti karang. Pukul 10 pagi, nurse check bukaan dah 8cm. Lambatnya la hai. Pastu aku sambung tido lagi.

Lebih kurang pukul 12.30 tengahari, derang kejut sebab dr.thokha dah datang. Dalam mamai2 tu dr. check bukaan masih 8cm. Dan dr. decide untuk aku bersalin sekarang juga. Takpe ke belum 10cm? Takpe, baby aku kecik je katanya. Lagi pun dia akan bantu dengan vacuum. Ok... Mari lah kita beranak.

Maka nurse pun siapkan lah segala perkakasan. Termasuk lah henfon doktor. Pun kena siapkan untuk dia rakam video. Almaklum lah, kes aku kira rekod paling lama kawin yang dia jumpa, 16 tahun. Tapi time tu lahhh bateri dia nak kong. Dia pulak pakai ipong. Charger pulak takde. Dah menjajau nurse tu mencari charger pulak. Dia memang rakam guna henfon dia sahaja, takleh pakai henfon orang lain. Takut disalah guna. Tapi aku berharap dia tak upload kat ig dia lah. Segan. Sambil tu dia suruh encik suami rakam guna henfon sendiri. 

Sakit ke tak? Sakit contraction tu ada la sayup2 gitu. So, aku tau lah bila nak teran. Dan, tepat jam 12.50 tengahari, 30 Ramadhan 1443H bersamaan 12/5/21, lahir lah sicomel cinonet itu. Tak ingat berapa kali aku teran baru keluar baby tu. Tapi memang tenang je lah suasananya. Macam yang kita tengok kat ig dia. Keluar je baby tu, dr. terus azan kan. Tak lama tu, azan zohor pula berkumandang. Pastu dia pun jahit. Tah tak tau lah banyak mana dia jahit. Tapi dia kata sikit je. Yang pasti, takde rasa pape. Sampai ke sudah tak rasa pape. Syukur alhamdulillah...

Lepas bersalin, terus sampai makan tengahari.