Hari Isnin aritu (esoknya lepas ajl), baru lah aku meng download lagu tu. Biasa lah, lagu yang tak berapa nak popular, bila menang tetiba, baru lah nak terhegeh2 mendownload. Aku rasa bukan aku sorang je kot. Kan? Kengkorang pon sama kan kan kan? Sebab tu aku donlod seharian baru siap. Errr ke lagu tu popular? Sebab aku jarang dengar era/hotfm, tak tau apa lagu muzik rentak terkini yang popular.
*Eh, dalam banyak2 website pendonlod lagu, korang paling suka website apa? Aku paling suka 4shared. Sebab apa eh? Entah, setakat ni dia je yang paling senang dan senang.
Malam tadi (11hb jan) aku tertengok rancangan ala2 imbasan ajl25. Awal ashari hos nya. Memula sekali dia interviu anarafali. Memang, puas dah aku ulang2 lagu tu, tapi tak paham sepatah pun maksud lirik lagu dia. Siap ada buku 555 la, papan markah la. Metafora eh? Maka, ketika itu, ana ni pun jelaskan lah, apa yang nak disampaikan melalui lagu itu. Dan juga maksud yang ingin disampaikan dalam persembahan bersangkar tuh. Dan selepas mengkhatamkan blog dia, aku pun cubalah menghuraikannya mengikut interpritasi aku.
Kisahnya, scene bagi lagu tersebut ialah di dalam kereta (kalau ikut video klipnya, lelaki tu sensorang je, sementara pempuan ni menyanyi lagu ini). Dan ada 2 orang pasangan kekasih yang baru lepas/sedang gaduh. So, bila dah gaduh tu, mestilah kita takmo bercakap ngan partner kan. Senyap je. Sunyi jek. Lalu, dia pun menyanyi...
Tol0ng Ingatk@n Aku
Jangan disusun kata-kata penamat (please, aku belum nak kita berpisah ok)
jangan disebut baris ayat keramat ( jangan diucap selamat tinggal)
biar lenyap diserap sunyi (takpe, ko nak diam je pun takpe. ambik masa tuk cool down. biar ayat2 dan kata2 tu diserap sunyi)
biar senyap yang tak menyepi (walau pun ko diam, ni sementara je. kan? sat gi ko bising2 balik la kan?)
tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa (dia kata, penyeluk saku biasa curik duit dalam saku. kalau penyeluk masa? dia curik masa la kan? maknanya, dalam relationship, apa yang penting adalah masa. masa bersama. kiranya pempuan ni merajuk sebab lelaki tu jarang meluangkan masa untuk dia lah. so, dia suh lelaki tu ingatkan dia kalo2 lelaki tu dah tersedar kesilapannya itu.)
Mari patahkan papan markah lama (kira 0-0 la ek, maaf zahir batin. kita mulakan hidup baru.)
mari padamkan buku tiga lima (mintak halal la yea segala perbuatan, makan minum, kata2)
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari (ok, yang ni terang jelas kan.)
tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak (nak berkepit je nih. not good.)
setiap nota jiwaku berlagu-lagu (bila si dia di sisi, hati pun berbunga2. dalam kes ni, hati berlagu2 gitu. awww!)
bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa (biasa ar... bila tengah marah tu, kechiwa, hopeless rasa *rasa macam nak nyanyikan lagu insya Allah kat dia pulak hihi)
aku lupa
tolong ingatkan aku (so, ingatkanlah dia)
kisah ku tersedar (agar dia tersedar)
dengan kasih memeluk rasa (ok part ni semua dah tak metafora dah. mudah faham)
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu
tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
tolong ingatkan aku
kisah kita
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
2 komen:
aritu baca dlm blog kakpnut lagu ni ttg banduan yg penah masuk penjara pudu (sempena penjara pudu nak diruntuhkan aritu)?
itu intepritasi org tu sendiri. kalo bc blog ana tu sendiri, dia dah jelaskan; lebih kurang jugak ngan yang aku tulis ni. suratan atau kebetulan, dia update entry tu pada 17hb januari jugak. tapi aku tak baca dia punya sebelum tulis ni ok.
Post a Comment