Thursday, 20 January 2011

Tiada Pertemuan

Orang kata, faceb00k = reunion. Kalau ada reunion, mesti boleh agak, tu mesti jumpa kat faceb00k la tuh. Faceb00k juga sering dikaitkan dengan pasangan kembali terjalin dengan kekasih lama. The ex. Sekali aku pikir2 kan, ada satu perbezaan di antara faceb00k dengan chatr00m zaman dulu iaitu, dalam chatr00m biasanya kita terjumpa dengan kawan baru dan bila bertemu, dikatakan sebagai blind date. Sementara di faceb00k pula, biasanya kita terjumpa dengan kawan lama dan bila bertemu, dikatakan sebagai reunion. Jelas, objektifnya berbeza, kan?

Namun demikian, bukanlah kedua2nya berbeza langsung. Faceb00k juga mempunyai aplikasi chat yang mengizinkan kita bersembang, sama seperti chatr00m. Dan kita juga boleh terjumpa dengan kawan baru melalui kawan lama. Cuma ianya kurang digembar gemburkan, terutamanya di kalangan orang dewasa. Budak2 mungkin banyak lah kot, ek?

Jadi hari ini aku nak bercakap tentang reunion.

Aku mula berfaceb00k pada tahun 2009. Dah hujung2. Sebelum tu layan frenster. Tetiba, pada suatu hari, shu cakap nak tutup akaun frenster dia, sebab nak join faceb00k. Dia tanya aku, ada akaun faceb00k ke tak. Entah, aku pun tak pasti. Rasanya, semua social netw0rk yang kawan invite, aku akan register. Tak perasan pulak dengan faceb00k. Aku pun cuba2 login. Sekali ter'masuk' lah pulak. Aku pun godeh2 dan mendapati ia agak bagus. Apa yang bagus? Hehehe nak cakap ke tak? Cakap je lah. Yang bagusnya (pada masa tu lah) ialah, ada banyak aplikasi games, yeay! Dan bila jumpa kawan2 lama, dari sekolah tadika, bertambah2 lah teruja.

Status terkini, aku dah tak main game2 itu. Ia bermula apabila line internet di opis dan di rumah tidak berapa stabil. Time nak menghidang dan menuai tu lah dia sangkut2. Jalan mudah, aku tinggalkan je kebun dan kafe ku itu. Sesekali time boring tu, ada lah juga aku beroperasi, tapi dah takde perasaan. Nak basi ke, nak layu ke, lantak ko lah.

Berkenaan reunion pula, ia bermula dengan kawan sekolah menengah masa form 1&2. Pung pang pung pang, tak jadi. Kurang mendapat sambutan. Kedua pula, kawan sekolah rendah. Pung pang pung pang, mastermind ada hal pada hari kejadian, tak jadi juga. Ekceli reunion yang ini memang aku tak boleh nak pergi. Sengaja takmo pergi sebab bimbangkan kebarangkalian terpaksa crosspath dengan seseorang. Ku rela mengalah. Tak sportingnya aku, kan?

Sejak daripada itu, aku mula memperlahankan diri di faceb00k. Keterujaan yang mula2 dulu semakin pudar. Takpe lah, kita jumpa di alam maya je lah. Takyah ber reunion2 bagai.

Hujung tahun lepas, kawan ku si dr z itu melangsungkan perkahwinan. Ku pikir, cuti sekolah, cikgu cikgi bercuti, anak2 tak sekolah, senang lah sikit mereka nak commit. Kali ni aku memilih kawan sekolah from 2&3 pula. Aku fikir, kebanyakan dari kami telah berpisah sejak form 4 lagi, jadi, mungkin lah masing2 teringin nak berjumpa. Tambahan pula mendapat sokongan padu dari classmate ku yang seorang itu. Pung pang pung pang, nampaknya selama2nya lah aku ber reunion dengan classmate ku yang seorang itu sahaja. Tak sportingnya derang ni kan? Yang aku kesal kan, daripada 7 orang yang dijangka hadir, cuma seorang je yang memberikan respond serta merta. Yang lain, samada terlupa, atau, entah, tak ambil peduli kot. Jadi, aku dah berpatah arang ngan derang. Lantak korang lah.

Selain itu, dalam bulan doblas juga, ada rancangan reunion dengan kawan uni. Best best best! Tapi, cuma aku sorang je pompuan, so, aku tarik diri. Derang jadi juga berjumpa di putrajaya.

Masa ke kuantan aritu pulak, aku dah berjanji nak berjumpa seorang kawan yang kerja di sana, pun tak jadi. Eh, jadi. Jumpa, tapi sekejap sangat, tak sempat bertanya kabar pon. Sibuk sangat orang keje gomen ni kan? Tak seperti yang aku jangka.

Kesimpulannya, pada tahun 2010, tiada reunion dalam diari hidup ku. Ada juga dengar2, reunion besar2an (tanpa mengira batch) di sekolah menengah rendah. Tapi macam tak jadi jugak. Pastu dengar2 reunion besar2an sekolah rendah time krismas, pun tak tau cerita.

Tahun 2011, ada ura2 dari kawan2 from 4&5, tapi masih di peringkat awal. Tapi, bila memikirkan beberapa kes di atas, aku mula terfikir, kot2 aku bukan kawan derang tak?


0 komen: