Tuesday, 4 January 2011

Tersentuh Hatiku

Jumaat tu ari, saja jalan2 tengok wayang, kendian soping2 sket. Soping2 sket di sini bermaksud, tak tau nak soping apa, tapi nak jugak masuk k4, browse satu floor lalu keluar dengan troli suku penuh.

Memula sampai tu, terus tuju ke pawagam berhampiran. Sekarang gsc kat samit tu dah tutup. Mula dia ganti ngan sarikat tempatan, tah apa tah namanya (KPI ke haper tah). Tak lama tu aku pergi, tengok dah tutup jugak. Now, tinggal pawagam tempatan jugak kat bpmol (tak pernah try tengok kat situ sebab selalu tak tayang citer yang aku nak tengok) dan MB0 cinema. Suka lah ngan mb0 ni, sebab dia punya deko cantik. Aku dah masuk beberapa bilik dia dan setiap satu berbeza dekorasi. Mungkin lah, aku jarang masuk pawagam lain, tapi mb0 ni memang lain. Selalunya yang aku pernah pegi, dinding dia, samada papan kalis gema yang berwarna warni, atau langsir skelop yang plain. Tak pon, yang nak kasi efek wayang pacak sikit, dia taruk bulan bintang kat bumbung dan lantai. Tetapi di mb0, errr lain lah. Pegi lah try sana.

Tapi, sungguh pun mb0 tu cantik dan sound system terbaik, satu yang tak best nya ialah ianya flat rate. Pegi lah hari apa pon, menten seploh hengget. (best ke tal best eh?) Takde de burung awal ke, hari pompuan ke. Eh, kadar pelajar tak pulak aku perasan sebab dah tak jadi student lagi dah. Oh, teringat masa encik hairul sambung belajar dulu. Rasa best je, tengok wayang murah pada usia dewasa dan bekerjaya hahaha (jangan ikut ketawa eh sebab ku terasa diketawakan).

Maka aku pun membeli tiket untuk menonton citer the t0urist lakonan anjelina joli dan joni dep itu. Owh! So sweet. Aku keluar sambil tersenyum ok.

Ok, bukan nak citer pasal citer the t0urist tu. Aku tertunggu2 citer tu kuar selepas membaca metr0 bila tah, yang ada citer anjelina joli tak mandi tu. Eh, dia dah nak kawen ngan bretpit la. hindi stail katanya.

Ok, ni serius. Yang aku nak cerita pasal tersentuh hati ni sebenarnya pasal satu adegan yang berlaku semasa aku soping2 sket kat k4 tu. Masa tu aku kat area hasil tenusu. Kira tempat minuman yogat, vaitejen semua tu lah. Biasalah, hari cuti biasanya akan ada promoter yang datang dari syarikat pengeluar benda2 alah tu semua dan untuk kali itu, dari pengeluar solivait. Eh, ke nutrijen tah (kompiden je, padahal lupa dah). Pompuan tu tengah packing 2 papan minuman itu dengan sebotol lagi diberi percuma pada harga rm6.++. Aku pun nyibuk2 sama la kat situ. Biasa ar, aku memang particular bab2 harga luar biasa nih. Mesti nak kuarkan kalkulator kat situ jugak.

Tiba2 datang beberapa budak perempuan ke situ. Kalau tak salah, dalam 4 orang kot. Adik beradik. Derang gi dekat2 ngan promoter tu tadilah. Dan promoter tu pun melakukan tugasnya sebagai promoter dengan mempromote benda alah tu lah.

"Dua ni rm6.++, dik. Dapat lagi percuma 1."

Pastu salah seorang daripada mereka (yang paling kakak kot) cakap,

"Eh, jom kita bagitau ayah jom."

Aku pun pergi dari situ, tapi tak beli pun yang rm6.++ tu, sebaliknya beli sepapan je, brand lain pula.

Pung pang pung pang, aku pun pegi beratur nak bayar. Mentara beratur tu, aku melihat2 sekeliling, tengok gelagat manusia. Tiba2 aku terpandang seorang kawan setempat kerjaku sefemli. Dan baru lah aku perasan, budak pompuan 4 orang tadi pun ada bersama.

"Tengok tu bang, kawan ayang. Anak 6 orang, bini tak kerja. Tadi bla bla bla bla...

p/s sempat aku mencongak2, perbelanjaan keluarga mereka. alahai... TAPI, anak2 ada rezeki masing2 kan...


4 komen:

Sya said...

Cakap pasal bahan tenusu.. kak sya rasa skrg ni susu dan segala mala yg ada kaitan ngan tenusu naik harga belaka..

eita said...

Susu ibu je tak naik harga. Hehehe...

AyunasiA said...

kaksya: sy tak perasan sgt harga hasil tenusu ni sebab x suka minum susu kecuali susu coklat dan susu kultur.

eita: patut lah boleh beli exora hehe

Unknown said...

Susu memang naik harga. Susu ibu pun ada harga gak sebenarnya. Sebab kalau si ibu tak dapat makanan berkhasiat, masih kena makan vitamin untuk tambahkan susu dalam badan. Kalau tidak, anak tak puas menyusu. Perlu money gak tu..huhu