Wednesday, 12 January 2011

JJCM 2010 : Kellie's Castle




Ini mungkin entry jjcm terakhir kot. Gila apa entry banyak2, macam pusing satu dunia.

Dari ipoh, kami terus mengambil jalan persekutuan ke gopeng dan mengambil short cut (tak tau lah short ke lagi panjang) ke batu gajah. Kalau mengikut peta aku, tempat yang aku nak pegi ni terletak di jalan short cut tu lah, sebelum sampai batu gajah. Sekali sampai simpang ke batu gajah, non ado pon?


Kami pun terus ke batu gajah. Singgah di petr0nas dan bertanya. Sambil membuang. Oh, peta ni salah lah. Sepatutnya tempat ni duduknya kat jalan batu gajah - gopeng. Apa da.

Sampai di sana, beli tiket. Berapa ek? Lupa la. Empat hengget kot. Sambil tu baca keratan akhbar pasal tempat ni. pada tahun 2007, seorang pelancong telah discover sebatang pokok yang menyerupai bear. Kami pun terus ke situ.

Dah dapat nama dah pokok ni. Tak tau lah asalnya pokok apa sebab macam dah mati je pokok tu.

A'ah lah, macam bear. Tak berani aku nak dekat.

Ambik gambo pun dari jauh. Kang bear tu idup kang, tak bahaya?

Inilah istana encik kellie yang dilihat dari pokok bear itu. Apakah kaitannya? Entah.

Ini rumah asal encik kellie. Dah roboh masa jama perang dunia kedua. Dinding nya pun terpaksa ditupang dan umpang takut rebah.

Pergi ke tempat2 begini takde nya aku nak ambik gambo dia sesaje. Mesti aku nak enterframe jugak sebab, kalau takat gambo dia, takyah pegi pon kita leh cilok kat memana, kan? Gugel pon buleh. Ini, bukti aku dah sampai ke sini. Takde superimpose yea.


Koridor misteri di ground floor. Dikatakan, di sini lah roh encik kellie kelihatan berlegar2 hihihihihihihhihihihihi.

Takotnyerrr (poyo!!!).

Sila dongak ke atas, katanya. Di atas tu kelihatan batu mar2 yang diimport dari itali di dinding bilik air yang dah runtuh. Lalu aku pun dongak.

Oh, itu? Import? Ni kat rumah lama dia ya. Rumah baru aku tak jumpa pon bilik air kat mana. Musykil di situ.

Cuba tengok perbezaan kaler tiles ni. Yang nampak baru tu setelah refurbish. Yang kusam tu yang asalnya. Pon di rumah asal.

Oh, ini lantai di ruang makan.

Oven di dapo encik kellie. Masa ni lom ada rinnai rubine ek?

Eh, lupa lak. Korang kalau nak tau cerita pasal istana encik kellie ni, sila gugel senirik ek? Aku tak geti nak cerita. Lagi pun ada banyak nau versinya. Kompius aku nak percaya yang mana. Tapi secara ringkasnya yang boleh aku katakan, mereka tak sempat menyiapkan istana ini sebab encik kellie dah mati dulu. Dan rumah ini dibina atas dasar cintanya terhadap isterinya yang telah melahirkan anak lelaki. Ala2 tajmahal gitu. Tak, bukan kena bunuh seperti drama. Dia sakit pneumonia dan meninggal di luar negara.

Ok, kita ronda istana pula ya. Ekceli bukan lah istana. Rumah agam kot. Cuma penduduk kampung la, rasa rumah ni besar macam istana, so derang panggil kellie's kasel.

Perigi encik kellie. Dalam jugak. Banyak duit syiling dalam tu.

Lokasi penggambaran video klip yang fofular gak tempat ni.

Aku rasa macam bunga bangsa plak gambo ni.

Bleh?

Rekabentuk rumah ni mempunyai ciri2 islamik dan pengaruh india (kerana buruh yang membina rumah ni kebanyakannya diambil dari india. Lelain tu sila gugel ek. Ada sejarah gak encik kellie ngan orang india nih.

Kat tepi bilik anak lelaki dia ada tangga kecemasan yang menuju ke terowong rahsia katanya.

Jenang tingkap dan pintu tu diperbuat dari kayu cengal yang berusia hampir 200 tahun. Masih teguh dan tidak dimakan anai2.

Pintu dan tingkap pun ada yang dah dipasang. Kiranya tingkat satu tu dah complete banyak jugak lah. Ada yang dah plaster, siap cat.

Kalau sekarang ni, orang pakai cornice je nak bentuk2 cenggini. Kat sini, derang bentuk sendiri guna batu bata.

Ruang tamu.

Tangga menuju ke tingkat satu.

Bilik stor simpan cadar2, selimut bantal segala. Batu/konkrit tau tu.

Ni koridor tingkat satu. Kat sini pun misteri jugak. Tingkat ni adalah bilik2 encik kellie dan 2 orang anaknya.

Ni kat bilik encik kellie.

Di luar bilik encik kellie. Dari sini dia boleh meninjau jalan masuk ke rumah beliau.

Tangga menuju ke tingkat 2.

Rumah pertama berlif di malaya katanya.

Tingkat 2 ada ruang terbuka. Ada gelanggang tenis dan pelantar.


Kat pelantar ni lah kononnya encik kellie akan meninjau kawasan sekeliling (katanya bleh nampak ipoh dari sini).

Ni bukan encik kellie hihi.

Kat belakang aku tu lah gelanggang tenis. Cer tengok kat sebelah kepala aku tu. Yang putih tu. Itu lah amoi yang tengah posing2. Dari aku datang sampai balik, tak abis2 lagi dia posing kat situ dengan baju putih tu.

Rumah asal dilihat dari tingkat 2.

Ni pulak kat tingkat 4 (bumbung). Ada pelantar jugak. Katanya ni tempat encik kellie berparti atau melayan tetamu. Kat rumah ni ada 2 buah bilik tetamu.

Aku adalah gayat, so ambik gambar mesti kat tengah2 dunia.

Dari sini leh tengok perlawanan tenis hehe.

Depan rumah ni ada sungai.

Ehem. Macam nak masuk majalah urtv je.

Tangga di bilik encik kellie.

Op, Berenti! Ni rumah pengawal di jalan masuk ke rumah ini (kalau sekarang, terletak di sebelah kanan rumah ini; dilihat dari depan). Kat sebelah nya ada rumah kuda.

Kat atas tu lah bilik encik kellie.


Tengok tu, tingkat satu dah bercat lagik.





Okeh, jom balik. Penat dah posing. Menitik2 peluh petani.



Tata!

Abis dah. Dari sini kami kuar tol gopeng dan terus balik.

p/s rumah ini pernah dikunjungi oleh cicit encik kellie (cucu anak lelaki dia). Muda setahun dari aku.

4 komen:

Yayu said...

Penah pegi gak..tp just amik gambo dr luar jer. Gambo nyer pun dah xde..

Luna said...

aku yg lahir kat batu gajah pun x penah gi kellie's castle. takpe, one day musti pegi dan amik gambar segenap penjuru nak buat bukti!

AyunasiA said...

yayu: masuk pun takde mende sgt pon.

lub: encik hairul kata, "cakap kat luna tu, rumah tak siap pun orang datang, ni rumah dah siap pun tak kasi orang datang." ;P

kakLuna said...

alah..nnt la..dh keje gomen ni baru berani ajak org. hahaha.maybe masa tu dh siap psg kabinet atau loteng mcm umah engkorang tu.(mcm la boleh?) hihihi