Monday, 3 January 2011

JJCM 2010 : It's All About Foods and Eating

What a fresh start! Pagi ini aku memandu ke tempat kerja dengan hati lapang, fikiran lapang dan jalan lapang. A'ah, takde sebijik kete, waima moto pun di hadapan ku untuk ku potong, apatah lagi untuk ku seranah (kat jalan parit karjo la. jalan lain macam biasa, penuh kete). Tidak kah itu petanda yang baik untuk memulakan tahun baru? Adakah benar kata orang, 'pergilah bercuti kerana pabila kau pulang nanti, fikiranmu kan lapang...'? Aku setuju dan tak setuju. Aku setuju sebab memang hari ini fikiran ku lapang, tapi aku tak setuju sebab fikiran lapang ini bukan lah kerana 'pergi' bercuti, tetapi kerana bercuti. Pergi bercuti tetap memenatkan. Tetapi apabila diikuti pula dengan bercuti di rumah sendiri, baru lah boleh dipanggil bercuti itu melapangkan fikiran. Oh best nya bercuti di rumah. Tengok tivi sampai mata sembab.

Ok, jadi ke manakah aku pergi selama seminggu? Dari 9 hari, cuma 4 hari aku ke luar negeri. Selebihnya aku berkurung di rumah. Memang lah aku keluar tak lama, tapi, sempat lah pokok durian aku mati huhuhu. Maka lebur lah rm70. Oh, limau sambal masih hidup. Manggis, durian d13, d101 dan limau madu sudah kiok. Orang kat pantai timur sampai banjir, aku kat sini kemarau berpanjangan.

Jumaat lepas lepas, tengah malam jam 12 kami sudah bertolak. Apakala keluar je ke hiway, terus aku pengsan. Sedar2 dah sampai rnr seremban, isi minyak. Jalan lagi masuk kl (kalau jalan malam memang untung lalu kl berbanding lalu elite), keluar duta dan terus ke utara. Tau2 dan sampai rnr tapah. Pit stop. Tido.

Bangun2, mandi dan subuh. Takde tempat mandi lak rnr tapah tu. Lenjan je lah air paip jamb*an yang halus tu. Siap semua, kami pun keluar hiway dan terus mendaki puncak tanah tinggi cameron. Bukak tingkap luas2. Nyaman. Kereta pun ada seketul dua je. Rasa begitu bertuah dan bijak dengan pilihan waktu perjalanan tersebut hahaha.


Tujuan utama memilih waktu perjalanan tersebut ialah untuk menikmati panorama dan suasana dingin dan damai sambil menghirup secawan teh di rumah teh. Bukan lah teh tu yang penting (in fact, teh dia pahit semacam ler), tapi moment itu, takkan dapat di mana2 kecuali di situ.

Kami singgah di sini. Kali pertama pergi ke sini suatu ketika dahulu, aku takde kamera. So, memang kena bayangkan je lah. Rupa2nya keadaannya masih sama. Kecuali dulu (10 tahun lepas kot), kami beli air teh susu seteko (sampai nak muntah nak bagi habis), harganya rm7, tetapi sekarang, air teh o secawan je dah rm7.

Ku minum segelas teh o lime honey, sebungkus nasi lemak dan sepinggan scones. Sebenarnya tak tau scone tu haper. Dengar orang citer kemain menarik sekali, aku pun cuba lah.




Nasi lemak yang sedap. Lain.

Scones? Baunya enak. Rasa? Sekali ni je lah kot aku makan benda alah ni hihihi. Tapi krim dan jem itu, memang sedap.

Honey lime tea yang errr pahit akan manis akhirnya (kalau letak gula la. kalau tak, pahit selama2nya la kot huhuhu).

Bunga lili ke nih? Ke bunga bawang?



Pengunjung semakin ramai, masa untuk pergi. Tak beli teh pun. Aku belum pandai menghargai teh lah.

Dari sana, kami terus ke tanah rata. Ronda2 kampung sedia. Wow, edible garden! Banyak kebun stroberi. Dan kobis. Cuci2 mata je.

Berlakon je ni. Tak kosser la aku nak mengharvest.

Selalu berkebun kat farmville je.





Lepas tu kami naik ke brinchang pula. Singgah di lembah kaktus dan apa ke nama tempat tu tah.



Wowwiii! Gini rupanya sayur yang aku suka ni. Kenapa aku suka? Tak yah masak hahaha.


Hai! Saya stroberi...

Saya pulak stroberisss.




Dah penat tengok pokok, belum masa untuk check in. Pusing2 cari makan. Jumpa kedai makan biasa. Makan nasi campur, harga biasa2. Jumpa pulak kedai jual stroberi coklet. Tiga rm5.


Juga menjual aiskrim stroberi. Sangat besttt. Uhuk uhuk uhuk uhuk uhuk uhuk...

Macamana naik baik batuk kalau cenggini?

Up next, stroberi lagi.

0 komen: