Tuesday, 4 January 2011

Surat Chenta Dari 1rfan Kha1r1

Asia,

Salam sejahtera dan salam tahun baru 2011. Semoga tahun 2011 ini memberikan satu harapan dan nilai yang lebih sempurna khususnya dalam kehidupan dan perniagaan.

Bercakap mengenai perniagaan, ramai usahawan yang terkandas ditengah jalan. Namun ramai juga yang usahawan yang Berjaya dalam perniagaan masing-masing. Sempena dengan tahun baru 2011 ini saya ingin berkongsikan sedikit tips yang diperolehi daripada pembacaan saya yang lepas mengenai KEJAYAAN dalam PERNIAGAAN yang sempat saya senaraikan.

Untuk berjaya dalam perniagaan, ada banyak perkara yang perlu dilakukan oleh usahawan. Paling utama, usahawan perlu menyiapkan diri dengan ilmu dan pengetahuan tertentu mengenai perniagaan yang diusahakan serta kemahiran dalam aspek pengurusan. Pada masa yang sama, usahawan bukan sahaja perlu melakukan perkara tertentu untuk berjaya, tetapi juga perlu mengelakkan diri daripada melakukan perkara tertentu bagi mengurangkan risiko kegagalan.

Asia, antara punca kegagalan UTAMA dalam perniagaan adalah konsep yang salah. Kebanyakan usahawan terlalu memandang mengenai apa yang dilakukan oleh orang lain dan cuba menjadi seperti mereka dengan mengikuti langkah mereka. Ada orang bermula dengan susah, ada yang bermula senang, ada orang bermula dengan kosong. Untuk menceburi bidang keusahawanan adalah penting membuat persediaan dan mengetahui mengenai tindakan yang perlu dielakkan dalam perniagaan supaya dapat membantu mengurangkan risiko kegagalan kepada usahawan.

PERTAMA usahawan digalakkan untuk tidak memilih bidang perniagaan tertentu hanya kerana melihat orang lain berjaya mengusahakannya, tanpa mengetahui selok-belok perniagaan tersebut. Pemilihan secara membuta tuli amat merbahaya kerana tidak dibuat berasaskan penilaian yang wajar.

KEDUA, usahawan perlu mengelakkan melakukan tindakan mencampur-aduk urusan wang syarikat dengan urusan wang sendiri. Ramai usahawan gagal mengawal disiplin diri dalam aspek ini, dimana mereka menggunakan wang perniagaan bagi tujuan sendiri. Ini menyebabkan perniagaan menghadapi masalah aliran tunai yang seterusnya menyebabkan perniagaan gagal. Usahawan perlu faham konsep 'entiti berasingan' antara dirinya dengan perniagaannya dan menghormati perniagaannya sebagai satu entiti lain.

Perkara KETIGA ialah jangan mengamalkan penipuan dalam perniagaan. Ini adalah tuntutan bukan sahaja amalamn perniagaan yang baik malahan juga diwajibkan dalam agama dimana peniaga dilarang menipu dalam timbangan, sukatan dan maklumat mengenai produk. Ada peniaga yang sanggup menipu bukan sahaja pelanggan, malah juga kerajaan dari segi pembayaran cukai dan sebagainya. Elakkan menipu dalam semua hal kerana lambat laun akan diketahui orang. Penipuan akan menghilangkan 'barakah' dalam urusan perniagaan kita.

KEEMPAT, usahawan yang ingin berjaya harus mengelakkan diri daripada bersifat tamak. Ramai usahawan menjadi tamak dan cuba membuat terlalu banyak perkara dalam masa yang sama. Ini menyebabkan mereka hilang fokus. Orang tua-tua sudah berpesan, orang tamak selalu rugi. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Ingat juga kata orang putih, "Rome was not built in a day".

Perkara KELIMA pula ialah elakkan meminjam wang jika tidak perlu. Apabila usahawan meminjam wang, tujuannya haruslah untuk membantu menyelesaikan masalah perniagaan, bukannya untuk menjadi masalah kepada dirinya. Oleh itu pinjam hanya apabila perlu dan yakin ia akan membantu perniagaan dan boleh dibayar balik. Tujuan pinjaman hendaklah dilaksanakan.

Perkara yang KEENAM ialah jangan mudah percaya kepada semua maklumat yang diterima, lebih-lebih lagi jika sumber maklumat itu kabur. Dalam perniagaan, maklumat yang betul sangat penting supaya keputusan yang tepat dapat dibuat. Oleh itu pastikan setiap maklumat disahkan secara teratur. Jika usahawan tidak mengesahkan maklumat yang diterima, dia terdedah kepada risiko membuat keputusan yang salah.

Perkara KETUJUH dan terakhir ialah jangan mempunyai perasaan dengki kepada usahawan lain. Ini satu kelemahan usahawan yang agak ketara. Sebaiknya, jadikan usahawan yang lebih berjaya sebagai penanda aras dan cabaran persaingan. Dalam perniagaan, jaringan amat penting untuk berjaya. Oleh itu kita seharusnya bekerjasama membantu satu sama lain dalam satu jaringan yang melahirkan sinergi, bukan menyimpan rasa dengki yang berhasrat memusnahkan.

Tak kisah lah, walo pon dia tak memberi kata2 puitis dan romantis, yang penting, ko ado??? Ado??????????????????? Korang je yang baca macam dia cakap pasal bisnes. Hakikatnya hanya aku dan dia saja yang faham bahasa chenta kami ni wekekekek (pengsan!)

p/s ekceli chenta ku berputik sejak zaman2 aku berniaga online dulu. kira dah lama la aku kipintac ngan dia, cuma tak bagitau orang je hahahaha... (dan sedar, pengsan balik!)


0 komen: