Wednesday, 26 January 2011

I'm Speechless!

Hujung tahun, selalunya aku diarahkan membuat pemeriksaan stok di stor. Tahun 2009, aku kena kira di stor bahan latihan. Tahun lepas pula, di store spare part. Kedua2nya jenis takde ekon (sebab kebanyakan bahan metal, takut karat). Kipas pun tarak. Maka, berpeluh2 lah kami mengira benda alah tu. Ok lah, aku kira. Sebijik2. Secara telus. Yang kurang, memang aku catat kurang. Yang lebih, takkan aku nak masuk kocek bawak balik rumah kot? Kan? Itu tidak lah aku kesalkan. Dah memang tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa. Buat saja. Menurut perintah.


Sekali tadi, derang datang mintak aku sign semula report yang aku dah buat. Katanya yang aku buat tu, sepatutnya kalau sign kat page terakhir sahaja, kena ada page numbering, supaya takde yang tertinggal. Ok, my mistake. Takde masalah. Tapi, yang buat aku terkedu ialah, semua yang aku catit betul, kurang atau lebih tu, semuanya telah dibetulkan. Kiranya takde yang lebih, takde yang kurang lah. Yang tak jumpa pun kira ada jugak. Perfecto! Gila kentang!

"Aik? Semua sama?"

"A'ah. Kalau tak, kena buat pelarasan bagai. Dah masuk meeting aritu, bos dah bising."

Boleh?

Tahun ni kalau kena kira lagi, takyah la aku susah2 kira lagi. Kan? Lalalalalala...

0 komen: