Friday, 21 January 2011

Kuayer (KOIR)

Tiba2 teringat.

Masa sekolah rendah, dalam darjah 2 ke 3 tah, ada sekumpulan guru praktikum dari maktab perguruan temengg0ng ibrah!m. Ada cikgu pempuan, dan ada cikgu lelaki. Derang tak bertugas sekali. Lelaki pempuan diasingkan sesi (pagi/petang). Alamakkk lupa la pulak darjah berapa. Kalau ingat boleh tau cikgu lelaki mengajar sesi pagi ke petang. Anyway, nak disenangkan cerita, cikgu lelaki mengajar pada sesi aku lah. Kalau darjah 1-3 aku sekolah petang, so, maknanya petang lah kan. Dan salah seorang yang mengajar kami ialah cikgu azman. Eh, ke norazman eh? Hihi kunun ingat, tapi tak pasti. Lantak ler. Kita anggap azman je lah.

Biasanya, cikgu praktikal ni, semua ikut skema. Time derang praktikal la sekolah kita bermural kan. Macam2 kelainan dibawa oleh mereka2 ini. Antara yang paling aku ingat ialah dua ni. Iaitu senamrobik dan koir.

Sampai sekarang, aku masih boleh humming lagu yang digunakan untuk acara senamrobik nih. Tapi, step2 nya dah lupa la. Masa tu rasa bangga sangat sebab kelas kiter ada senamrobik. Cikgu pulak, saje je pasang radio kuat2.

Dan yang paling melekat di ingatan aku ialah koir. Masa tu rasanya cikgu2 praktikal ni yang satu batch, ditempatkan di sekolah2 berhampiran. So, derang pakat2 buat pertandingan koir lawan sekolah2. Being aku yang suka menyanyi walau pun suara tak sedap, aku pun join lah kumpulan koir tuh. Mula2 kena audition dulu. Sibbaik lepas hehe. Tapi aku tak dapat la duk barisan belakang (yang hahahahuhuhu sambut2 kat belakang tu), sebab suara aku tak nyaring dan lantang. Tak kisah lah tu. Janji dapat masuk.

Pada peringkat saringan kot, kami menyanyikan lagu ini (lupa tajuk, tapi ingat lirik dan melodinya sikit2) :

Cinta ku setia hanya pada Malaysia
Tanah tumpah darah bahagia sejahtera
Kini kunikmati hmmmmm di Malaysia
Tidakkan berubah cinta pada negara

Rela berkorban
Rela pertahankan
Hmmmm...

Hehe dah lupa lah. Puas aku cuba gugel, tak jumpa pun lagu patriotik yang berlirik sedemikian. Oh, yang penting, yang aku nak highlightkan, yang juga menjadi punca aku menulis entry ini ialah sebutan Malaysia itu. Menurut pembelajaran aku melalui koir itu, cikgu azman kata, cara menyebut Malaysia ialah 'Maleisia'.

Pastu, kami berjaya masuk pusingan seterusnya (tak tau lah final ke haper), dan menyanyikan lagu ini pula.

Pahlawan ku (echo pahlawan ku)
Lalalalalalalala
Jangan undur namamu tetap dikenang
Biar mati sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur lalalalalala (hahaha lupa lah)

Haaa lagu ni selalu keluar kat radio. Tivisatu pun selalu tayang. Memang lah korang tak pernah dengar kalo hari2 bukak era, hot, fm. Tapi, unfortunately, kami terkandas di situ. Sedih la jugak. Sakit2 tekak ni hari2 prektis.

Selepas 10 tahun, sekali lagi aku menyertai kumpulan koir. Tapi kali ni sebagai aktiviti ko. Merajuk tak dapat A masa part 2, aku quit dari kesatria dan register ko koir ngan kawan ku anna. Pun, mula2 kena audition dulu. Pergh! Cikgu yang mengajar pulak, memang guru seni suara professional (tapi bukan syafinazselamat la). Encik Ridzuan ke haper tah nama dia. Aktiviti diadakan di school AD, memang tempat budak AD belajo nyanyi.

Selepas ujian suara, rupa2nya suara aku termasuk dalam kategori ALT0. Alah, ada 2 kategori je. S0PRAN0 dan ALT0. Sama macam sekolah rendah dulu, S0pran0 duk baris belakang, alto duk baris depan. Isy, elok lah juga suara aku bukan s0pran0, sebab kalau s0pran0, kena nyanyi ikut gaya ningbaizura tu. Tak kosser. Alto senang je, nyanyi macam biasa.

Oh, lupa pulak. Masa sekolah rendah juga, cikgu azman kata, nyanyi koir kena bukak mulut besar2, yang boleh masuk 3 jari (telunjuk hantu dan manis). Kat uni pulak, dia tak pulak suh ukur pakai jari. Just kena lonjong ke atas je. Alaaa macam budak2 af tu belajo la. Takleh leper.

Koir kat uni ni juga, perjumpaannya seminggu sekali. Ada masa tu, cikgu tak datang beberapa minggu. Dah lah satu minggu kitorang belajo satu rangkap je. Nak tau lagu apa? Errr kalau tak bahtera merdeka, fatwa pujangga. Aku pun dah lupa hehe. Aku rasa, sampai hujung sem tu, tak sempat habis pun lagu tu huhuhu. Final examnya pulak, kena nyanyi sensorang rasanya (lupa laaaaaaaa), dengan pekse teori, cacing2 kleftrebel minim krocet segala bagai tu. Ohhh mula2 tu dia ajar doremifasolatido la. Isy, tak perasan pulak yang aku dah masuk af awal2 sebelum af wujud lagi rupanya hihi. Dan instrument yang digunakan ialah pinano. Lagi lah aku perasan af musim ke negatif 5.

Masa tu juga aku telah berkenalan dengan anak pengetua sekolah semejay aku. Dia ambik cos hotcat rasanya. Saper ek nama dia? Anak sulong cikgu jailani r0sni.

Akhirnya, aku mengakhiri ko wajib di yitm dengan tak dapat A jugak. Nak menyesal pun tak guna. At least, aku ada cerita ini yang dapat dikongsikan di sini hari ini. Kan?

*Eh cop cop! Lupa lak. Kiterang tak kena doremifasolatido dulu. Kena hissing dulu. Cikgu tu cakap saripahaini leh hissing lebih 40 saat. Dan penentuan kategori alt0-s0pran0 tu berdasarkan ujian doremifasolatido. Sekian.


0 komen: