Sorry eh. Kul 12 aku update.
Sorry sekali lagi kerana terpaksa menunggu lama. Doktor ada patient tadi hihihi. Berangan jadi doktor pon best gak ek? Aku bukan la pakar, nak kasi tips kat depan tivi. Tapi, oleh kerana aku dah dapat sedikit ilmu tu kan, tak salah rasanya kalo dikongsi sama. Semalam aku ingat, kalo aku citer sumer, kang nanti orang takut nak kuar rumah plak. Tapi biler fikir balik, aku tak la takut sangat, kenapa orang nak takut plak, kan? Lain la kalo aku menakut2kan hehehe. Objektif pembelajaran kita yang paling utama di sini ialah :
Pembaca-pembaca blog ini mesti boleh,
1. Jelaskan definisi H1N1
2. Sebutkan langkah-langkah mengelak jangkitan H1N1
3. Bersin dan batuk secara beretika
4. Terangkan langkah-langkah yang perlu dibuat sekiranya mendapat simptom jangkitan
5. Basuh tangan dengan betul
Hehe, saje nak menunjuk2 kekdah aku menulis WIM. So, sekarang orang dah nampak gambaran sikit, apa ke benda wim yang salu aku war2 kan tuh. Sikit2 eh.
Dah dah takyah berbunga2 bagai. Aku bukan nak terangkan 5 perkara di atas tu. Just sedikit tips yang mungkin boleh dipraktikkan.
Mungkin ada yang pelik, cemana budak yang umur 3 tahun, duduk kat rumah je, boleh kena seterusnya meninggal dunia? Kata kalo kiter terdedah kepada orang yang selesema demam batuk jek?
Untuk mudah faham, virus benci ni berpindah melalui cecair pernafasan kiter atau doktor sebut droplet. Cakap sampai tersembur2, bersin dan batuk ialah contoh untuk direct transfer la. Jadi, tips pertama, kalau bercakap dengan orang yang tidak sihat ni, kasik jauh2 sket. Kalau takut dia kecik ati, biarkan, lantak ler. Takut tak? Kalu takut, sila patuh hahaha. Cakap je terus terang, maaf encik, saya rasa encik tak sihat, jadi saya terpaksa duduk jauh2 sket dari encik.
Kalau tak silap aku, virus ni tak terbang macam nyamuk atau pon burung. So, biler kiter terkeluarkan droplet tu dari mulut atau hidung kiter, dia akan jatuh ke bawah sebab dalam bentuk cecair kan... so berat, kena tarikan graviti, dia jatuh la. Aku sebut 'ke bawah' sebab tak semestinya dia jatuh ke tanah. Kalau ke tanah, senang cerita, cukup jam dia leh mati. Ni tidak. Biler dia jatuh ke bawah tu, apa ada kat bawah? Tudung, baju, meja, name tag, kad pekerja (hihi aku tengok apa yang ada kat bawah aku je hehe). Tu yang jatuh. Yang tak sempat jatuh macam kat depan mata, macam stereng, dashboard (aku kasi contoh ni sebab aku bersin time driving tadik hihi), pintu, laptop (yang depan mata korang sekarang nih la. hahaha gi samak laptop korang sekarang), mouse dll. Tu kalo barang. Nak kasik lagi worst case scenario plak, kalo tangan pulak. Mengikut kajian di jepun (ni doktor tu cakap eh), orang dewasa akan menyentuh muka, purata 18 kali sehari. Jadi, kalo droplet tu kena pada tangan, bayangkan bagaimana mudahnya dia kena ke mulut dan hidung kiter. Pasni, sebelum angkat tangan ke muka, fikir sekejap, dan basuh tangan dulu. Kalau baby lagi la kerap dia menyentuh muka. Tah, aku pon lupa berapa doktor tu sebut semalam sebab aku takde baby, jadi dengar tak dengar je la hehe.
Tu antara tangan ke muka. Kalau tangan ke peralatan pulak? Memang ko tak bersin kat door knob, mouse atau pinggan. Tapi, cemana ngan orang lain? Tah dia baru lepas bersin, nak cuci tangan kat toilet, pegang knob belah luar tu, kendian keluar dah pegang knob belah dalam plak. Korang plak masuk toilet macam dia, tak ke melekat kat tangan korang? Pulak tu korang betul2kan tudung, picit jerawat, sapu bedak ke, hah! Semudah itu. Jadi, tips kedua, cuci tangan dengan sekerap mungkin. Naik kecut jari aku asik cuci tangan je. Biar kecut jari, jangan terus kecut huahuahua. Adakah aku menakutkan kalian? Wah! Lagi mau tanya. Aku bukan apa, kiter anggap benda ni macam biasa je. Alahhh pegang2 muka je, takde mendenyer... cuba ar kalo berani.
Berbalik kepada budak 3 tahun tadi tu, walau pun dia duk rumah je, aku yakin orang sekeliling dia ada keluar ke mana2. Mama and papa (kenapa guna ganti nama nih?) dia mesti gi keje kan. So, balik rumah tu, jangan ler ambik anak dulu. Tips ketiga, mandi ke salin baju ke haper, baru pegang baby. Memang la kiter rasa sihat, tapi virus tu 'menetas' selepas 1-3 hari. Mungkin hari ni kiter demam, semalam dia dah ada dalam badan kiter. Doktor yang cakap, aku nyampai kan aje. Jangan kata nanti, saya tak tau pon? Pang! nak?
Oh, lupa nak cerita akibat jangkitan. Secara umumnya dia hanya mengakibatkan pneumonia. Jangkitan pada sistem pernafasan. Ada panggil radang paru2 kot. Dan sakit ni tak membawa ke mana pon. Cuma membawa maut je. huahuhuahuahauah. Eh, aku serius ok.
Bersambung lagi sekejap lagi eh. Kasik masa korang renung2 kan 3 tips tah berguna ke tidak tah ni dulu. Selamat membasuh tangan!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
2 komen:
wehhh menci aku..masuk2 tgk tak dak
cubit kang :P
aku ni dah gelabah dah ni...
selepas baca news budak 3 thn kat melaka tu
misi berjaya! ok ok nak update la nih...
Post a Comment