Sempena nak menengok anak bulan pada esok hari, ini hari aku nak nostalgia sikit. Apa kaitan tengok anak bulan dengan nostalgia tu? Takde, takde kaitan langsung pon. Saje, tak boleh ke? Tetiba nak jadi cikgu bm plak, nak check isi karangan aku? Tetiba.
Ok, sekarang aku nak cerita tentang kedai blok. Tau apa kedai blok tu tak? Tak tau, kan? So, aku akan ceritakan sejarah nya dulu. Dalam tanah rancangan felda, rumah kami dibahagikan kepada blok2. Satu blok ada lebih kurang 23-25 buah rumah, gitu lah. Rumah kami pula terletak di blok 13. Biasanya, satu blok ni terletak dalam satu kelompok, tapi ada keadaan tertentu, rumah tu terselang atau jauh sikit. Macam blok 19, satu kelompok kat sini, satu kelompok lagi nun di sebelah gerai sana. Mungkin waktu mula2 dibuka dulu, gerai belum ada, jadi 2 kelompok tu kelihatan saling berhampiran kot. Oh, lupa. Gerai tu pulak ialah deretan kedai yerrr, lebih kurang shoplot gitu. Tapi orang kampung aku panggil gerai je. Nak pegi mana? Pegi gerai. Gitu.
Blok 13, iaitu blok aku pulak, pun sama macam blok 19 tu. Ada 2 kelompok. Satu kelompok kat sini, satu lagi nun berselang ngan satu lagi blok iaitu blok 20. Asal kejadian, blok 20 tu asalnya rumah pegawai. Tapi, selepas derang pindah ke rumah pegawai yang lain, jadi la rumah tu sebagai blok 20. Oleh kerana dasar pecah dan perintah ini, berlaku lah juga semangat keblokan di kalangan penduduk. Bukan semangat nak bergaduh ke apa. Tapi, kalo wat yasinan ke haper, biasanya panggil orang2 blok je. Kalo panggil blok sebelah pon, yang sepelaung je lah. Kata, jiran tu 3 buah rumah kiri, kanan, depan dan belakang kannn. Bermain dan berkawan pon ngan kawan2 seblok je. Biler dah sekolah, barulah kawan ngan blok2 lain.
Setiap blok ni diketuai oleh ketua blok. Oh, lupa lagi nak cerita sistem pentadbiran di tanah rancangan ni. Setiap tanah rancangan ditadbirurus oleh seorang pengurus dan dibantu oleh pegawai2. Hehe, sebenarnya aku tak tau pon pegawai2 tu ada tugas2 tertentu ke haper. Yang aku tau cuma, SDA je, ala2 PRO gitu. Selain itu, kini, terdapat satu lagi jawatan iaitu ketua kampung. Dulu takde kot. Dulu, apa2 hal rujuk pada pengurus, padahal pengurus tu ialah staf felda, bukan peneroka. Kiranya, sekarang ni ada la ketua dikalangan peneroka sendiri. Hanya mereka yang faham masalah mereka kan. Tengok je kes kat terengganu tu, pengurus tak sekepala ngan peneroka. Siap derang suh felda ganti pengurus lain lagi. Hikhikhik brutal nooo. Hello, gaji pengurus tu pon tah2 dari hasil sawit peneroka tu kot. Sesuka hati ko je eh.
Kalau dulu, tugas ketua blok ialah seperti, setiap bulan, menentukan tarikh untuk potong buah dan bagi gaji pada peneroka. Masa aku kecik2 dulu pernah la abah jadi ketua blok. Sebab tu kat rumah aku ada meja pejabat. Time tu, punya lah kerek ngan kengkawan, abah kiter ketua blok... Time gaji, sumer serbu rumah cik sepan. Tapi sekarang, gaji dah masuk akaun bank terus.
Eh, aku rasa la kan, takleh panggil gaji la. Sebab gaji tu ialah upah apabila kita membuat sesuatu kerja, kan? Tapi, dalam kes felda nih, kita mendapat hasil jualan sawit yang kiter potong tuh, sama macam pekebun kecil juga, kan? Cumanya, sawit tu dipaksa hantar ke kilang felda, jadi felda yang bayar pada peneroka ituh. Oh, sedihnya biler teringat zaman kecik2 dulu. Kehidupan sangat susah, tetapi kami tidak langsung patah semangat. Ada musim buah tak banyak, langsung tak dapat gaji. Percaya tak? Sila percaya. Sebab daripada hasil pendapatan itu, kena tolak untuk tanam semula dan bayaran semula (lebih kurang kiter beli tanah, bayar ansuran gitu). Selepas 25 tahun kot, berlaku tanam semula, dan sekarang ni dah ada pokok baru, ditolak lagi untuk tanam semula yang akan datang, 20 tahun lagi kot. Untuk bayaran semula tu pulak, dah takyah bayar lagi dah, sebab dah serah geran dah pon.
Selain tu, kami berbelanja di kedai pnf (sekarang d'mart) secara kredit. Pon, potong gaji setiap bulan. Pernah terjadi, abah dah takde duit, dia jual balik beras yang dibeli di kedai pnf tu kat jiran sebelah rumah kami. Jiran ni ada kedai kat gerai, so dia agak kayes sikit. Time tu mak dah takde dan mak baru pun lom ada. Kesian sesangat. Tapi, aku kecik2, mana la tau sangat kan. Janji makan. Ni kisah sedih aku. Kalau femli suami ku pon sama sedih jugak. Sampai kena ambik air paya sebab tak dapat bayar bil air. Katanya.
Untuk hari raya pon ada potongan simpanan setiap bulan. Bagus jugak kekdah ni. Ala2 main kutu gitu. Time raya, sumer akan dapat balik duit yang dipotong tuh. Kiranya sumer dapat merayakan hari raya la. Jadi, bila banyak potongan2 nih, kekadang time gaji tu dapat seploh hengget je. Tak dapat langsung pon ada huhuhu. Sadis.
Okeh, seperti biasa, sampai ke tahap ini, aku belum masuk pon kepada tajuk di atas hikhikhik. Silalah redha yea... Sekarang korang dah faham sistem blok tu kan? Jadi, mesti dah boleh teka, kedai blok tu apa, kan? Tak boleh jugak?
Gini. Kedai blok ialah kedai runcit yang ada di kawasan rumah yang dimiliki oleh seseorang ahli blok itu atau dikongsi bersama dengan ahli2 blok. Kalau kat gerai tadi, ada gak kedai runcit ala2 mini market kan? Biasanya kami pergi gerai kalo kedai blok takde jual benda tuh. Alaaa kedai blok ni kecil2an je. Jajan je lebey.
Sekarang kiter fokus kepada kedai blok 13 ek. Kedai blok kami ni, aku pon tak tau saper pemiliknya hihi. Terletak di simpang jalan, depan rumah cikgu jamidah (cikgu sekolah tadikaku). Selain berfungsi sebagai kedai runcit, di sini lah juga port untuk menunggu bas sekolah. Kan kami sekolah menengah kat semenchu kan. So, memang kena naik bas la. Tapi time aku sekolah menengah, kedai ni dah takde dah kot.
Penjaga tetap kedai ni ialah kak idah anak arwah cik esa. Oooooo kalau aku tak salah, kedai ni tutup sejak kak idah ni eksiden bersama femilinya yang meragut nyawa ibu bapa dan adik nya. Time eksiden tu kak idah ni je yang survive. Kak idah ni juga adalah antara anak2 dara glemer di kampung time tu hihi.
Kalau time kedai ni tutup, kiter sebagai budak2 yang nakal dan desperate ni, tak perlu la kecewa dan pulang ke rumah tanpa memakan jajan. Ini kerana, kunci kedai ini turut dipegang oleh cikgu jamidah hehehe. Jerit je kat rumah cikgu, Cik! Cik! Assalamualaikommm... Cik! Cik! Jerit je sampai cikgu jamidah atau kak atin kuar, kendian cakap je, boleh bukak kedai? Tak pernah ler setakat tu, dia tak bukak kedai kalau kiter mintak. Walo pon cuma nak membeli jajan budak hikhik. Kalau aku jadi dia agaknya, tak kosser agaknya huhuhu.
Apakah yang ada dijual di kedai blok? Biasa laaa, macam kedai2 runcit biasa di kampung2. Tapi time tu, takde de aku nak tau apa benda yang dia jual selain jajan. Begitu obses terhadap jajan nampaknya. Antara jajan yang aku ingat, seperti jajan budak, cikedis, jajan durian plastik kaler kuning, jajan jagung yang macam kiub silinder plastik kaler gold tuh, jajan pedas yang bentuk silinder panjang, super ring, mamee kecik, mamee besar dan banyak lagi. Selain itu, ada juga dijual jeruk2 seperti jeruk asam paya seposen 3, jeruk betik, jeruk kedondong dan sebagainya.
Selain itu, turut dijual dan menjadi fevret ku ialah maruku. Ada maruku bantal dan maruku batang. Maruku ni dijual timbang dan dibungkus ngan kertas surat kabo. Biskut juga banyak dijual di situ. Suka bebeno kalau dapat beli biskut wafer yang timbang kati tuh. Kalo gula2 pulak, suka betul gula2 stroberi yang kecik2 tu. Sposen 5 bijik kot. Pastu suka gak gula2 udang (mati2 ingat dibuat daripada udang, padahal sampul je gambar udang hihi). Benda lain adalah air oren yang baru aku tau rupanya namanya lemonade. Kalau air fanta, f&n, sprite, tu mahal sket, 5 posen kot sebotol. Kalo lemonade botol kecik tu 3 posen jek. Masa tu paling suka yang kaler hijau perisa pisang (musykil tu, kat mana rasa pisang nyer) dan ais krim soda. Biler kiter beli oren tu, dia bukak ceper dan tuang dalam plastik bertangkai yang macam singlet tuh. Tak kisah pon walo pon takde ais. Cuba sekarang minum air oren tak sejuk... Ceper tu pulak, kami kutip dan kumpul wat main.
Kalo main ceper ni pon, ada 3 kategori tau. Satu, ceper asli, maknanya memang dari botol tu, terus guna. Dua, ceper yang diketuk sikit. Dan tiga, ceper yang di ketuk sampai jadi rata. Yang paling biasa digunakan ialah kategori dua, sebab senang dia melekat dan elok tak bersepah bila kiter timbang. Isyyy best pulak, ek main ceper nih? Nak carik ceper la pasnih. Aritu ceper kicap jalen banyak2, dibuang2. Ni, dia dah tukar tutup jenis takde ceper, nak carik kat mana pulak?
Selain membeli jajan, satu lagi aktiviti di kedai blok kami ialah bermain dam. Kat depan kedai tu ada bangku ala2 pangkin tempat duduk2. Kat situ lah derang main dam. Aku tak main la, sebab masa tu kiter budak kecik, mana dapat main ngan budak besar.
Satu lagi tentang lori jajan. Kalau tak silap aku, setiap minggu, pada hari yang tertentu, lori jajan akan datang ke kedai blok nih. Kalau tau je lori nak datang, kami ni pon sibuk laaa 'tolong' kak idah pilih jajan apa nak diambik. Seronok giler kalo jajan yang kiter suka tu, dia ambik. Owh! So sweet lor kenangan tuh.
Itu lah sahaja memori kedai blok yang dapat aku coretkan di sini buat masa ini. Jumpa lagi pada hari dan waktu yang sama esok. Salam 1 Malaysia!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment