Baru2 ini lagi, suami saya pergi menukar buku rekod klinik panel yang baru. Sebelum ni punya sebelum tukar nama universiti. Yang baru ni kaler merah.
Dah terlanjur tukar buku, aku suh tukar klinik sekali. Sebelum ni kami guna klinik min di taman maju bp dan klinik annur di parit raja. Saje ambik satu kat bandar, satu lagi kat pekan.
Dulu kami duduk di bukit perdana, so apa2 hal memang pegi klinik min je lah. Aku je pon yang salu sakit hihihi. Kalo tengok dalam list tu, 1 je ada nama dia. Demam la, gatal2 badan la, kencing kotor la. Banyak nau penyakit aku nih.
Klinik min ni doktornya laki bini. Derang shif setiap 4 jam kot. Ada jadual dia la. Kalo rasa nak jumpa dr pompuan, pergi la time bini dia, dan begitu la sebaliknya.
Sejak duk kat parit raja ni, kami tak pernah pergi min lagi. Klinik annur ni doktornya sorang je, lelaki. saiful bahri robani ke apa nama dia tah. Kalau datang klinik ni belah malam, elok ler kuar rumah lepas isyak je, sebab dr tu masuk lepas dia solat isyak kat masjid depan klinik dia tuh. Tapi kalau rasa nak dapat nombor satu tu, datang ler lepas maghrib. Waktu bukak dia singkat sangat. Tapi ok la bagi orang bekerja. Balik keje, rehat2, kendian malam gi klinik. Aku kekalkan klinik ni pon sebab aku rasa serasi ngan ubat dia. Ubat seram sejuk dan lesu tuh huhuhu. Makan malam ni, esok pagi dah ok.
Klinik min tu aku reject kan sebab dia nyer waktu bukak tak menentu. Ikut suka dia laki bini je nak tutup sesuka hati dia suka. Kalau cuti umum memang komfem tutup la. Kadang2 pegi ari sabtu ke, ahad, memang madanggggggg tutup. Tak reliable la kan. baik aku gi klinik kesihatan gomen je kalo weekend pon tutup. Jadi, kami bertukar ke klinik nur pulak. Nama pon dah dekat2 sama kan? Ingatkan nak ambik poliklinik setia yang asalnya 24 jam tuh. Sekali aritu tengok dah tinggal 16 jam je, serupa je ngan klinik lain.
Ada pon, ari ni aku dah melalui pengalaman pertama pergi ke klinik nur nih. Aku dah selesama sejak ari jumaat arituh lagi. Mild flu gitu. Tak kuar hingus pun. Tak mengganggu sangat pon. Ada ubat selesama lebih2 demam yang lepas, aku telan je lah.
Tetiba, sampai ke hari ni, tak ilang2 pulak. Dengar berita, dah ada 6 mangsa h1n1 tu kan. Seram la jugak. So, balik keje tadi, aku pon pegi. Dan register tuh, sambil menunggu tu, macam tak selesema pulak. Haiyaaa cemana nak tunjuk muka sakit nih? Alahhh bukan nak mintak mc pon. Kalau nak mc, aku dah pegi pagi2 tadi lagi. Tak sedap la, dah masuk gear 3 dah nih. Mood mengajar dah naik sket. Kang kensel2 kelas, terus masuk gear parking.
Klinik nur ni kira menggunakan konsep moden ar. Sumer urusan dia computerized. Dari pendaftaran, ruang menunggu, bilik rawatan, sampai la ke farmasi. Mula2 kita daftar, dia masukkan nama kiter. Kendian nama kiter akan appear kat list menunggu yang tayang kat tv. Sumer orang tau ler nama kiter hihihi. Biler giliran kiter tiba, ada suara komputer akan sebut nama kiter. Hihihi yang kelakarnya, dia guna sistem apa tah. Kira kalau nama ko macam takleh sebut tu, dia sebut huruf je. Kira kalau dengar tu memang macam bukan nama kiter la. Macam nama aku, tah, bunyik lain beno. Time Md tu dia sebut huruf m dan d. Apa ke hey laaa dia pi beli sistem cenggitu. Eh, sukati dia lah. Dia banyak duit. Tak kira la... yang penting macam merosakkan nama orang je hihihi.
Biler masuk bilik doktor, dia akan tulis kat atas touch screen butir2 penyakit bagai. Kendian dia hantar terus ke pc farmasi kot, sebab aku nampak ada kabel rj45. Dari situ, orang farmasi akan sediakan ubat la merujuk pada entry doktor tu tadi.
Satu kelemahan klinik ni yang paling ketara ialah, proses keluar dari bilik doktor ke ambik ubat adalah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Lebih 15 minit la jugak. Tak suker!!!
Kesimpulannya, pasni aku lagi rela gi klinik annur parit raja pada waktu malam, daripada menunggu di klinik nur yang canggih tuh. Biar lah klinik annur tu cikai dan buruk, tapi aman tenteram je. Errr doktor saiful takde niat nak renovate ke klinik tu? Kasik la ceria sket. Aku yang sakit ni bertambah sakit menengok nyer hehehe. Kalo tak, pon takpe, janji kalo aku mintak mc 2 ari, esok dan lusa, jangan reject eh? Aku tak kisah kalo ko ingat edtec tu ialah kilang sabun hahahahhahahh.
p/s dekorasi klinik nur tu cantik. doktor2 pempuan ler katakan...
p/s2 eh, dengar citer doktor kat poliklinik setia tuh ada yang ninggal sebab h1n1 ni, tp derang tak declare kot. haiyooo!!!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
3 komen:
Salam .. saja nak berkenalan .. saya pun dok area parit raja juga .. dulu selalu pegi klinik sejahtera.. pernh juga pegi klinik annur ptraja tu.. hehehe
Salam .. saja nak berkenalan .. saya pun dok area parit raja juga .. dulu selalu pegi klinik sejahtera.. pernh juga pegi klinik annur ptraja tu.. hehehe
Salam, comment awak sangat membantu. Saya pernah je pergi klinik min, saya tak tahulah kenapa tak tetap buka atau tutup sesuka hati, mungkin nak spend time lebih dengan anak ke apa, tapi selain tu memang bagus kerja mereka berdua. dan mereka sangat mesra dan informatif. sangat recommend untuk pergi ke sana, kalau tak tahu bila tutup atau buka, telefon pun ok.ada nombor di pintu depan2.
Post a Comment