Monday, 10 August 2009

Kalaulah Boleh Kukatakan Tidak...

Alamak aiii. Bikin suspen betul la. Aku kena pergi buat soalan final exam pulak. Sampai ari Ahad beb. Lama tuuu. Bukan masalah lama tu yang mengganggu fikiran ku, tapi aktiviti berhimpun beramai2 tu yang aku seram.

Jumaat lepas, kawan aku beritau pasal sorang staff ilp yang sedang kritikal di icu akibat h1n1. Mangsa tersebut baru pulang dari kursus 2 minggu di sebuah hotel di shah alam, di mana seorang lagi kawan aku adalah urusetianya.

Belah petang jumaat tu, kawan aku kat sini yang kenal ngan mangsa tersebut bagitau, dah nazak pon. Pagi sabtu, kawan aku sms, beliau sudah meninggalkan dunia yang fana ini, meninggalkan 3 orang anak yang paling besar berumur 8 tawon. Menurut ceritanya, time kat kursus tuh, beliau ada mengadu haus.

Biler dah dengar berita tu, cemana la aku tak risau nak duk berkumpul di hotel? Nampak gaya macam aku kena pakai mask 24 hours kot.

2 komen:

ANAKIRANA said...

takziah...
dia tergolongan dlm golongan yg mudah terdedah tak?

ko pakai mask,ko pakai glove mcm doctor tu..hehe ..
bwk hand sanitizer

AyunasiA said...

a'ah... katanya memang ada penyakit. umur baru 37.

dah standby mask beberapa keping, tapi still rasa takut nak pegi...