Dia pernah kata, aku ni takmo berkongsi. Berkongsi kasih sayang. Arituh, masa dia nak pergi kuala terengganu, macam2 alasan aku beri demi takmo pergi bersama2 ngan femli nya. Padahal, memula tu kemain excited nak ikot. Kali kedua, time nak pegi lawatan pertama budak praktikal awal bulan jun. Pon dia ajak femli, mujur tak jadi sebab lama sangat kot. Fil takleh cuti lelama. Yang terbaru, seminggu. Aku dah siap ambik cuti, baru dia call dan ajak mereka pergi bersama2. Biler dengar je, terus aku buat plan nak cancel cuti. Siap plan nak berlakon pergi keje, biler derang dah pergi baru aku balik rumah dan cuti sepuas2nya di rumah.
Hari Jumaat kelmarin, balik2 je keje, terus aku sapu rumah. Kononnya weekend ni nak berehat sepuas2nya. Tetiba b4 maghrib, sil pulak datang dengan seorang kawan. Adoiii, nak datang pon, biar la sensorang je. Dah ler bawak kawan, pempuan lak tu. Buatnya laki aku tergatal ngorat budak tuh, tak ke naya ke aku tuh?
Kengkonon malas ar nak masak sebab siangnya aku dah pulun banyak. Kursus kan keje makannn je kan. Pastu konon nak suh suami beli je la makanan. Sekali, dia gi masak nasi pulak di luar pengetahuan ku. Dah lah dia nak gi annual dinner kat kluang, dah tentu2 la aku yang kena kasik makan kat derang2 yang sampai2 je terus cakap, lapar laaa. Eee tak koser betul lah.
Nak tak nak, terpaksa lah aku masak jugak. Paling cincai, nasi goreng je. Lepas maghrib, bil pulak datang laki bini ngan sorang lagi bil. Kot yer nak together gather pon, tengok ler abang ko ada ker tidak. Maka, aku suh ler derang makan. Masaknya 2 pot, orang nya 5. Nak tak nak, aku cakap ler, aku diet, takmo makan (tapi tengah malam ratah ikan patin kihkihkih).
Sabtu pagi, suami beli sarapan. Bangun2 je, terus aku makan nasi lemak diikuti dengan ubat selesema. Apa kala ubat itu mula berfungsi, terus aku mamai dan tido semula. Mak aihhh power betul ubat tu. Takleh bukak mata aku. Bangun2 je, terus aku masak pulak. Belah malam, sambil layan mukhsin, aku gosok baju. Tengah syok2 menggosok, tetiba terlapar pulak. Ada ke terlapar ek? Makan ler sensorang sebab memang 3 malam berturut2, suami saya tidak makan di rumah. Malam ni ada kenduri.
Hari ni, celik2 mata je, terus aku masak tengahari. Nampak sangat bangunnya waktu dekat2 makan tengahari ek hihi. Siap masak, terus ler ajak derang makan. Eeeeee ak menyampah betul ngan orang yang diajak makan, tapi lempun. Satu lagi, kalau orang ajak aku makan, tapi dia sendiri tak duduk kat depan makanan tuh. Dah orang ajak tu, terus je lah duduk bersimpuh dan ambik nasik. Kalo orang ajak masak tak pe jugak. Ni ajak makan baru nak mandi la, nak kuar masuk tengok dah ramai ke tidak la. Last2 aku ambik nasi, terus makan. Tak koser aku nak tunggu2. Ko nak suh aku suap ke haper?
Selesai makan, suami ku ajak hantar derang balik asrama. Ni lagi la aku tak koser. Dah geti sendiri datang, tak geti nak balik sendiri pulak. Nehi nehi. Nak antar, antar sendiri. Nak hulur seratus dua, aku tak nampak, takpe. Kalau aku dah nampak, nanti aku kecik ati. Aku nak dapat rm50 sebulan pon kena buat surat tunjuk sebab tau. Sampai terpaksa beli kain online, transfer guna akaun dia, semata2 nak merasa duit suami. Namun nak dapat kat tapak tangan ni, entah biler zaman tah. Cuba kalau adik beradik... Huaaaaaa cemana cara terbaik nak mintak duit kat suami ek? Takkan nak tunggu time besdei jek?
p/s jadi, aku ada sebab kenapa tak suka berkongsi...
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
4 komen:
Hai, sejak terjumpa blog awak ni ari2 mesti saya baca. Diam2 saya dah terfollow blog awak pulak. Kenapa ek? Sebenarnya banyak yg awak cerita tu kebetulan tersama ngan kisah saya. Hu hu hu...sungguh sedih...tersepit ngan keadaan. Tp saya puji awak, awak ni berani berterus terang. Klu saya pendam ajelah....seb baik saya ada anak, tulah senjata saya...tu pun kekdg x jalan jugak...ibaratnya sendiri susah x pe...yg geram family sebelah dia lg suka ambik kesempatan...jenis x faham bahasa...ada jek alasan...yg paling haru siap kuar segala hadis ayat quran bagai...Bkn x ikhlas, tp klu dah lebih sgt bebaik redha jd dpt dosa plak..sorry teremo kat sini...tp mmg serupalah gelagat2 dorang ni...(saya dah baca kisah awak dr first entry lg...)
aku jarang mintak duit asben ..nak shoping seme guna duit aku sendiri..puas hati.
ada la time2 keluar shoping skalik..aku beli barang..tjuk resit..claim...aku ckap la nafkah pakaian,baju dalam heheh
tapi aku jarang lah mintak..kecian kat dia.nak beli susu pampers anak lagi..
ko punya kes..sama cam opismate aku..asben dia suka lebihkan family adin bradik dia..sangup kluar duit family dia...wife mintak tak bagi..dia dok gaduh ..smpai nk mintak cerai jugak la..kalau time2 dia geram
ct: alololo terharu la pulak. ada gak follower blog ku ini ek hihihi. tq eh.
kekadang tak berani cakap direct, tulis kat blog je. sape makan cili, dia yang rasa pedas nyer.
ana: isy, time geram memang ler otak takleh pikir. tapi biler dah cool tu, pikir balik, rumah, kereta, bil2, sumer 'keperluan' dia dah bayo, belanja 'kehendak tu bayo ler sendiri kan...
tu kalau pikir diri sendiri la. kalau masuk bab femli in law tu yang tiba2 hilang ingatan balik. jeles tak tentu pasal.
Post a Comment