Sunday, 2 August 2009

Rewang

Kan aku pernah citer pasal aktiviti yasinan kat taman aku nih kan. Ni lagi satu isu nak cari gaduh. Dia kalau boleh nak suh aku pergi rewang, masak2 sumer. Pergi yasinan tu pon aku dah maleh, lagi nak suh rewang2 bagai, lagi la aku maleh kan. Katanya, mesti aku tak pernah tolong rewang masa kat kampung2 nih. Memang pon hikhik. Alasan aku, alaaa mesti derang ajak sedara mara adik beradik derang kalo nak buat kenduri. Takyah la harapkan jiran tetangga. Jangan samakan dengan zaman dulu pulak. Huhuhu mesti orang taman aku takmo datang kenduri rumah aku pasnih hehe.

Alasan kedua aku, alaaa (kenapa mesti mulakan dengan alaaa eh?) pergi rewang tu nanti, buat keje nyer tak seberapa, ngumpat2 je lebih. Pastu sorang2 citer pasal anak masing2. Anak aku pandai abc umur 2 tahun, anak aku pandai jalan umur 8 bulan, anak aku lagi best, lahir2 je terus mintak nak makan keyepsi, anak aku gini, anak aku gitu, anak engkau cemana? ada terror macam anak aku tak? Tak abis pasal anak aku anak engkau, anak yang tak wujud pun nak citer jugak. Biler, di mana, bagaimana, kenapa, apa. Segala WH dan H soalan la dia nak tau. Takut sangat kiter tak jemput dia datang kenduri akikah anak kiter.

Dengan 2 alasan ini, maka komfem lah aku anti-sosial ek?

0 komen: