Sebab tu lah aku tak suka beli benda2 murah ni. Wah! Nyampah nyer dengar ek? Bukan apa, benda2 murah ni, bukannya tahan lama pon. Ada, bukan takde yang tahan, tapi entah, bukan aku punya kot. Aku punyer, asal murah je, asal cikai je, alamat pendek la hayat nya. Murah berbanding jenama yang lain.
Tau kan, aku ada mesin jahit tepi yang diberi oleh mil? Haaa masa aku dapat tu, belum digunakan lagi. Kira baru lah. Tapi, tak boleh guna pon. Jadi, aku pon hantar kedai, kasi tengok apa yang tak kena. Maka, apek tu pon tuko la motornya. Kena rm180. Time tu, aku dah siap kira lagi, rm180 tu = lebih kurang 100 pasang baju. Lepas dicongak, dalam 5 tahun kot, balik la modal tu, kan?
Sekali, belum pon 2 tawon, dia dah buat hal. Mula2, dia tak mo jalan biler dah agak panas. Panas tak panas, tak sampai 10 minit guna je pon. Jadi, untuk menjahit tepi satu pasang baju kurung, aku kena berenti 2 kali, kasik cool, baru boleh jalan semula. Tapi semalam, dia takmo jalan juga walo pon aku baru je on kan benda tuh. Dengan kompidennya, aku pon bukak le mesin tuh. Haiyaaa belt dia tanggal lorrr. Aku try pasang semula, tapi longgar. So, still takleh jalan jugak. Dah gitu, kiter panggil pomen je lah kan. Biler dibukak motornya, ropa2nya benda alah apa ke namanya tah tu, dah haus. Ada satu kedai ni panggil pully, satu kedai ni panggil gear, tapi kalau basikal tu kira tempat kita pasang rantai tu la. Yang bergerigi tuh. Benda tu lekat kat motor arrr.
Maka, sepantas kilat, kami pon kuar ke kedai servis mesin jahit berhampiran. 2 kedai kat parit raja, totop. Pergi kat bandar u, aik? Time aku tak nak, dia ada, time nak ni pulak dia dah bungkus. Musykil nih. Aku bermimpi kah? Lalu, kecewa lah aku. Langsung merajuk takmo masuk bilik jahit huhuhu.
Sekejap tadi, aku pergi bp pulak. 3 kedai aku terjah. Satu, kedai yang aku tukar motor mula2 tuh. Takde technician yang boleh tengok. Dua, kedai deret2 kedai lampu pandan kat bukit pasir, takde yang plastik. Yang besi ada lor. Takleh tukar besi ker? Tak bleh lorrr. Tiga, kedai yang aku beli si putih gebu. Takde, nak kalo, beli motor baru lor... rm88 sahaja. Cuba kira lagi, berapa pasang lagi baru boleh balik modal? Grrrr... Dah gitu, aku beli gelendung je lah lagi 10 bijik. Susah lorrr, terpaksa tindih2 benang tu.
Apa nak buat sekarang? Untuk baju raya ni boleh la jahit kat rumah mil esok. Akan datang? Perlu ker beli motor yang baru? Kalau beli mesin baru, lagi la mahal kan. Seumur hidup belum tentu balik modal. Ermmm nak try tanya kedai lain plak. Kot dapat lagi murah kerrr. Alaaa 88 hengget pon kedekut ker. Banding dengan masa untuk pergi balik ke kedai untuk jahit tepi, lagi untung ada mesin sendiri. Pasni dah tau benda tu boleh haus, wat preventive maintenance. Setiap 1 minggu, check kedudukan belt tu. Sebab aku suspek belt tu tak berada kedudukan sebenar hingga menyebabkan belt tu memakan pully/gear tuh. Dasat tuuu getah makan plastik.
Moral of the story,
1. bersyukur lah dengan apa yang ada
2. hormati ibu bapa
3. siapkan baju raya cecepat
4. kena kumpul duit untuk beli mesin jahit sulam janome m300e berharga rm6k
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
2 komen:
baru baca...
lenkali balik umah mesti dah baca siap2 kat opis:P
Post a Comment