Dengan ini, saya penyimpan mohor kecik puteri2 raja, dengan titah perintah duli2 yang maha mulia puteri2 raja, mengisytiharkan bahawa, petang tadi, anak bulan tak kelihatan kerana hujan lebat. Maka, esok, ari Jumaat, bersamaan 21 ogos 2009, belum lagi poser. Malah haram berpuasa okeh? Tapi, malam nyer dah boleh solat tarawikh yah. Oleh yang demikian, lusa, ari Sabtu, bersamaan 22 Ogos 2009, baru lah korang boleh berposer, sampai la saya isytiharkan lagi, nanti time hujung2 bulan poser ni, bahawa kamu sumer dah boleh berhari raya. Time tu, korang makan la lagi dan lagi dan lagi sampai pengsan.
Jadi, dikesempatan ini, saya, Nor@siah binti Md Asp@n, ingin memohon maaf zahir dan batin daripada pembaca2 sekalian alam, di atas segala salah dan silap saya sepanjang ia tidak dimaafkan. Semoga kita semua mendapat puasa yang errr ada ke puasa yang mabrur? Puasa yang diterima kot. Ingat pesan saya, jangan malas bangun sahur, jangan ngelat solat tarawikh, dan jangan lupa belanja saya kawan berbuka puasa.
Selamat Berpuasa!
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment