Friday, 21 August 2009

Bonus a.k.a. Imbuhan Tahunan


Kenapa? Pelik ker, blog ni banyak sangat citer pasal duit? Tak pelik langsung, kan? Eh, boleh ke tulis pasal tajuk nih ek? Aku ni penakut sikit cakap2 pasal gomen ni. Kang tak pepasal, daripada tak dapat bonus, dengan gaji2 sekali tak dapat. Nenonenoneno...

Kenapa? Kalau takde bonus pon, kenapa? Keje gomen kan dah ada banyak keistimewaan. Cuti banyak, stabil, keje senang, mak bapak masuk spital pon free. Aku pon kalo boleh nak join gomen. Masa depan terjamin, ada pencen, leh kuarkan kwsp sampai abis, Ewahhh... korang keje swasta dapat bonus berbulan2, memang la boleh cakap cenggitu. Lagi pon korang tak mata duitan sangat hihihi. Gaji masuk 3 bulan lepas pon buat2 tak tau je kan. Orang mata duitan ni lain kehkehkeh.

Kenapa perlunya bonus? Ko nak buat apa asia oiii??? Lagi pon, kalo dapat pon, sebulan je. Sebulan pon, kalo dicombine 2 orang, tak ke boleh beli baju raya untuk 10 tahun? Hahaha contoh tah pape. Tukar la, tak ke boleh mesin jahit sulam epal sebijik? Baru kena contoh nih. Okeh, ni bukan alasan yang sesuai untuk dibentang kepada kabinet/parlimen. Kalo kat sana kena kasik hujah ini.

Mengikut kajian saya, duit bonus biasanya akan dibelanjakan dalam masa 1-3 bulan dari tarikh diterima. Tu kalo jenis cekal, tabah dan mata tak blink2 sangat la. Kalau jenis macam orang tu, 1-3 hari pon boleh langsai. So? Saper suh ko berbelanja sakan tak hengat? Tuan yang dipertua, orang2 begini lah yang bagus diberi bonus. Mereka ini lah yang merangsang ekonomi negara kita. Cuba bayangkan, ada lebih 1 juta penjawat awam (takleh sebut 'kaki tangan' lagi dah. rais yatim kata, tu istilah omputih jaman dulu untuk differentiate / discriminate staf melayu ngan staff master omputih). Katakan, 50% adalah jenis ni. Jangan lupa, saya pon masuk dalam statistik ni eh. Isy, 50% ker? Aku rasa lebih lagi la. Tapi takpe, kiter kasi yang minimum arrr. Ok, 50% ni, minimum diberi bonus rm1k sorang. Jadi, dalam masa 1-3 hari atau bulan itu sahaja, rm0.5 billion sudah berada dipasaran. Menteri2, yb2 kan suka je sebut juta2, billion2 ni depan orang2 kampung nih. Nampak banyak sungguh la kerajaan berbelanja untuk rakyat. Tak nampak kah banyak juga rakyat berbelanja untuk pembangunan ekonomi negara? Hihi sibbaik aku tak jadi ahli parlimen korang. Kalo ya, abis la kampung korang takde air paip dan jalan tar hikhikhik.

Eh, apa cite tadi? Oh pasal billion tu ek. Itu satu sebab, kenapa kami mesti diberi bonus tahun ni. Sebab kedua ialah, perdana menteri. Ya, encik najib, kamu la. Tetiba tak tau jawatan kamu? PM kita adalah PM baru. Mengikut rekod fakta, sampai ke hari ini (minggu depan ada lagi satu), belum pernah parti itu menang prk. Alaaa prk yang dah jadi macam perhimpunan bulanan staf tuh. Tiap2 bulan ado. Walau apa pun puncanya, tak banyak sikit, beliau kena sedar itu dan memancing hati kami dengan memberi bonus. Kata orang putih, first impression gitu. Baru lah popular dan disayangi rakyat jelata. Tak ingat ker apa berlaku apabila tiada bonus pada tahun 2007? Tak hengat? Nak saya ingat kan? Haaa, tau takut...

Eh, ni dah macam surat layang kepada pejabat perd@na menteri la pulak, hek? Isy isy isy ko tak takut isa ke? Ehhhh, jangan lupa, aku pon rakyat malaysia tau. Apa slogan kiter? Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan. Pandainyerrr...


0 komen: