Mengikut kajian sains, apabila menginjak usia remaja, kita akan mula tertarik kepada lawan jantina dengan kita. Masa kanak2, kita suka 'main ejek2'. Keropok tora, ali nak nora. Siap kalau main apa2, pastu kalah, kena ejek, ngit2 buku benang, nora lengit cari tunang. Kecik2 lagi dah terdedah dengan konsep hidup manusia itu adalah berpasangan. Eh, kenapa asik contoh budak nora ni? Hahaha sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Semestinya aku nak cerita berkenaan nora hehehe.
Terlebih dahulu, mari kita berkenalan dengan manusia bernama nora itu. Siapa? Nora yang... dalam lautan madu terselit jua pahit hempedu. Madu manis padamu pahitnya sungguh bagi diriku. Ke nora yang... mummy daddy i pun tak pernah tampar i, aku bukan mummy daddy kau. Ke nora yan...g hai, saya nora hendun, beli lah produk ini dengan menelefon ke nombor sekian2 atau terus ke kedai smartshop berhampiran anda. Ok, dah cukup 3 contoh ni, komfem dapat markah penuh dari cikgu sejarah sekolah menengah agama. Takpe lah. Kiter cerita dulu, baru tau siapakah nora yang sebenar.
Kisah yang aku ceritakan ni berlaku pada suatu hari semasa nora berada di form 3. Kalau tak salah, bulan september, time dekat2 nak exam pmr. Kalau pmr tu 26hb september, agak2 kejadian ni berlaku dalam 1hb september lah kot.
Pada hari itu, atau minggu itu lebih tepat lagi, sekolah nora mengadakan kelas intensif pmr. Kiranya nak pulun study lah. Pelajar2 juga telah dipecah kepada beberapa kumpulan. Kelas nora dipilih untuk menempatkan pelajar2 yang agak cemerlang. Jadi, beberapa orang pelajar dari kelas lain turut dimasukkan ke dalam kelas nora. Mata pelajaran yang diintensifkan ialah matematik dan bahasa inggeris (kot, lupa lak). Dan pada hari tersebut, giliran cikgu al!man mengajar matematik di kelas itu. Oleh kerana kelas itu ialah kelas nora, maka, dia tetap duduk ditempatnya di dalam kelas, iaitu di bahagian belakang sekali.
Pada pagi itu, sebelum loceng berbunyi, nora telah menerima sebungkus hadiah dan sepucuk surat dari seseorang. Biarlah aku namakan seseorang itu sebagai I (bukan huruf sebenar) sahaja. Kira nya kalau combinekan nama, bunyinya lebih kurang 'IZRA' gitu wekekekekek. Eh, kenapa nak gelak pulak?
Oleh kerana nora ni agak teruja dengan hadiah tersebut, dia langsung membuka bungkusan itu. Di dalamnya, terdapat sepasang pen dan dakwat di dalam botol.
Tapi rupa pennya lebih kurang cenggini. Dia takde mata besi cam kat atas tu.
Botol dakwatnya pulak lebih kurang cenggini. Dakwatnya kaler biru kehijauan. (eh, cemana aku boleh tahu sedetail ini eh?)
Tak lama kemudian, cikgu al!man pun masuk dan nora pun cecepat memasukkan benda itu ke bawah meja. Masa cikgu masuk tu dia tengah baca surat (nota la lebih kurang) yang mengiringi hadiah tersebut. Pastu, dia pun buat muka selamba dan menumpukan perhatian kepada pelajaran hehehe. Ye lah tu. Padahal hati dah berada di kelas sebelah. Errr memang, I memang kurang cemerlang orangnya. Sebab tu dia tak masuk kelas yang sama. Tak thrill la kapel sama kelas kan.
Sedang kelas berjalan dan ketika cikgu al!man berjalan ke belakang kelas, tiba2 cikgu al!man berhenti betul2 di belakang nora. Dia tunduk dan bangun semula lalu bertanya kepada nora, "kamu punya ker?" Di tangannya ada sekeping gambar berukuran pasport. Nora melihat gambar itu dan menggeleng. Kepala geleng, tapi dalam hati, ya Allah! Macamana boleh ada gambar tu pulak? Frankly speaking (ni nora yang cakap tau), dia tak tau pun pasal kewujudan gambar tersebut. Ya, gambar I! Mungkin I meletakkannya sekali dengan surat dan hadiah tadi. Rasanya cikgu pun nampak kepucatan muka nora. Saje je dia buat2 tak nampak.
Kemudian, cikgu al!man bertanya kepada beberapa orang. Semua tak mengaku. Akhirnya, bila sampai ke tempat K, K menjawab, "A'ah, adik saya punya." Adoiyaiii tak agak2 punya temberang. Pertama, K tu duduk kat depan, cemana gambar tu boleh ada kat belakang nora? Kedua, kenapa pulak gambar I yang kepunyaan adik K, boleh ada pada K? Takkan dia nak pergi buatkan paspot pulak, kan? Terima kasih K, atas coverline yang terbaik itu hihi.
Tamat kelas, semasa waktu rehat, berita penemuan foto itu pun sampai ke telinga I. Alah, kelas sebelah je, sekejap je sampai berita. Masa tu cikgu al!man belum keluar dari kelas lagi. Nora pun pergi bertemu I dan memarahinya. Kenapa tak cakap ada kasik gambar? Eeeeeee!!!
Lantas, I pun terus pergi berjumpa cikgu al!man. Semasa cikgu keluar dari kelas, I pun menolong membawakan buku2 cikgu al!man ke bilik guru. Apa la yang dia nak buat agaknya. Selepas itu, barulah I menceritakan apa yang berlaku di bilik guru. Katanya, cikgu tanya, dia nak bagi gambar tu kat saper? Dia jawab, "saya nak bagi pada N0RA." A'ah. Ya. Ramai lah sangat orang nama nora dalam kelas tu kan. Huh!
Pilu.
Malu.
2 komen:
sebatang pena dan dakwatnya sekali?wah hebat..
patut lah skrg nora telah berjaya menjadi penulis blog dan simbolik dari gambar pasport penuh muka itulah nora juga pengguna mukabuku yang berwibawa
banyak la ko!
Post a Comment