Wednesday, 17 November 2010

Ku Singkap Tabir Aidiladha


Ewah! Puitis gitu tajuknya. Saper nak buat tajuk novel? Sila bayo doposen okeh.


Raya haji tahun ni sepatutnya giliran balik eto5. Tapi, cuti cuma 1 hari. Padahal kalau ambik cuti khamis jumaat, boleh drag sampai isnin sebab hari isnin ialah cuti besdei sultan johor yang baru, ku yem. Dulu bulan april. Bulan april lepas, aku dah siap plan dengan cuti tersebut, sekali 'postponed' pulak hehe. Tahun depan ada cuti hol yang baru pulak. Sultan mangkat tu ari bulan januari. Tah, tapi katanya ikut tarikh hijrah. Kita tengok je lah kalender tahun depan cemana.

Walau bagaimana pun, minggu lepas aku dah balik kampung dah. Ermmm ada peristiwa berlaku semasa di kampung. Sampai sekarang aku belum decide samada nak cerita atau pun tidak. Nak cerita kat fb, takut akan mendapat komen2 sadis. Nak tulis kat sini, macam tak bersedia pulak. Haha macam cerita apa je. What say you?

Jadi, aku berhari raya haji di PR saja. First time beraya berdua, aku dah plan nak masak macam hari raya. Kalau tidak, kang sedih pulak. Jadi, hari isnin lagi aku dah memasak kerisik. Petang semalam, balik keje je, terus aku pulun memasak. Mula2, rebus nasi himpit dulu. Kendian masak ayam dan rendang serentak. Siap kedua2nya baru masak sambal kacang dan kuah sayur lodeh. Siap semua jam 12 malam. Errr tak, start masaknya kul 8 malam. Pelik la pula masak dari balik keje tapi siap kul 12 kan. Ko sembelih ayam lembu sendiri ke? Tengok belakang rumah, ada 1 rumah je yang bercahaya. Ermmm semorang balik kampung.

Bangun pagi2, terus panaskan lauk pauk dan potong nasi himpit. Kendian siap2 nak ke masjid. Best2. Ni lah antara reason aku tak balik kampung. Kalau kat kampung, pompuan pegi sembahyang raya adalah 'rare'. Kat sini, takde siapa peduli.

Kami pergi di masjid p!ntas pud!ng. Ramai juga pempuan. Foreigners pun ada 5-6 orang. Balik dari masjid, terus makan. Eh, posing2 dulu. Kendian baru makan. Jom makan bersama ku.

4 jenis lauk biasa. Mesti nak sama macam mak. (Eh, mana sama... mak salu masak kari ayam tua la)

Sayur lodeh aka lontong. Johor signature.

Ayam masak merah.

Sambal kacang.

Rendang daging.

Jemput makan...

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia!

2 komen:

Luna said...

resepi ayam masak merah..resepi sapa.. *kena tanya, sebelum memperasankan diri

AyunasiA said...

ceh! dah agak dah. jangan nak perasan. aku ikut resepi mak mertua kawan blogger la.