Apa erti kejayaan? Adakah aku sudah berjaya? Sejak sekolah rendah, mindaku disogokkan dengan cogankata sekolah, Cita, Usaha, Jaya. In fact, masa darjah 1, nama kelas aku ialah 1 Jaya. Eh, betul ke ek? Kenapa aku macam hilang ingatan nih? Jap jap. Ermmm kenapa pulak 1 jaya sedangkan darjah 2 aku 2 biru? Huwaaa camne bleh lupa ni??? Dan masa form 3 pulak, nama kelas aku ialah 3 falah. Haiya 'alal falah - marilah menuju kejayaan. See! Betapa jaya itu begitu sinonim dengan aku. Eh eh jangan lupa. Taman perumahan aku ni pun namanya w!ra jaya okeh... Dah dah... faham sudah, kan?
Anyway, nama kelas tak penting. Nama taman pun tak penting. Kita tengah bincangkan tentang kejayaan.
Aku pernah terbaca kat blog someone. (takpe, dia takkan baca blog2 jenis aku ni) Katanya, (lebih kurang), dia rasa dirinya dah berjaya kerana sudah ada kerjaya (dengan gomen, gred 41 je pon kira berjaya ke? hahaha) dan berkeluarga (suami dan anak2 yang comel). Owh! Simplenya lambang kejayaan dia, kan?
Lantaran itu, aku terus terfikir, kalau ikut benchmark dia, kiranya aku ni belum berjaya la ek? Apa erti kejayaan? Tu yang timbulnya entry ini hehehe.
Mengikut pemerhatian aku, erti kejayaan adalah berbeza bagi setiap individu. Ada orang rasa, kalau dapat kawen ngan orang kayes itu adalah satu kejayaan. Ada orang, menggenggam ijazah kelas pertama pun dah kira berjaya. Kiranya, kejayaan itu diukur apabila telah mencapai matlamat yang telah ditetapkan sebelum itu. Contohnya, matlamat nya nak grad dengan ijazah kelas pertama. Jadi, bila matlamat itu tercapai, boleh lah dipanggil berjaya. Tapi, aku tak maksudkan kejayaan yang sebegitu. Sebab kalau nak ikutkan macam tu, semua orang dah berjaya. Perompak pon dikira berjaya bila berjaya merompak tanpa ditangkap. Apa yang aku nak tegaskan di sini lebih luas lagi skopnya. Tidak terhad kepada kejayaan dalam kerjaya, pendidikan, perkahwinan sahaja. Tetapi, kejayaan secara menyeluruh. Kalau macam tu, siapa yang berjaya? Kena tunggu lah bila dah kiamat besok, baru lah tau siapa yang berjaya, siapa yang gagal. Yang masuk syurga pastinya berjaya.
Zaman sekarang, orang melihat harta dan kejayaan sebagai lambang kejayaan. Kalau ada pendapatan melalui bisnes online/insurans/mlm/dll tu dikira satu kejayaan BESSSAR giler. Saje aku tambah giler kat belakang tu sebab memang derang ni dah giler pun hahaha. Kalau bisnes2 lain, tak pulak orang nampak berjaya sangat ek?
Opsss nanti2. Jangan melenting dulu. Aku tak maksudkan bisnes tudung oning, baju muslimah, pinggan korel, henbeg gred AAA tu. Sebab itu bisnes barang pengguna. Bisnes2 jenis ni memang tak kacau buah pinggang orang. Jual, beli, pakai. Ni yang bisnes jenis, kalau nak tau lebih lanjut, sila pm email or no phone okeh... Haaa yang gitu.
Dalam kes2 berkenaan, orang tersebut pastinya melihat kejayaan sebagai banyak duit. Bulan pertama income 4 angka, bulan depan 5 angka, bulan depan 6 angka. Tu semua dipanggil berjaya. Dalam dunia materialistik ini, memang lah banyak duit itu kelihatan luar biasa. Tapi itu tidak menjamin kejayaan. Berjayakah dia kalau kerana bisnes itu, sahabat2nya menjauhkan diri? Berjayakah dia kalau kerana bisnes itu, ramai yang mencebik benci?
2 komen:
duduk kat taman wira JAYA pun dh cukup berjaya tau..
kalau ikut definisi mereka, kalau beli rumah tu bayar cash baru kira berjaya.
Post a Comment