Korang pernah dengar nama kumpulan Sweetheart? Penyanyi? Tak pernah? Sweetcharity ada la. Kalau bukan penyanyi? Pon tak pernah? Aku pernah! Aku pernah!
Memang lah aku pernah dengar sebab nama kumpulan tu ialah nama kumpulan aku masa sekolah rendah dulu ekekeke. Siap berkumpulan tu. Apa fungsi kumpulan tersebut? Ermmm nak kata study group bukan. Lebih kepada kumpulan berkongsi secret admirer. Opsss maksudnya berkongsi lah, ko minat saper kihkihkih. Kecik2 dah pandai.
Dalam kumpulan kami tu, ada 4 orang ahli. Aku, Ijah, Zak dan Sidah. Setiap seorang dikehendaki (dikehendaki tuuu) menyatakan siapakah budak yang diminati di dalam sekolah. Tak kira lah, pernah diejek ker, dikenenkan ker, atau sendiri yang perasan. Eee dulu aku pernah dikenenkan oleh cikgu masa darjah 5. Nyampah cikgu tu. Nama bapak budak tu Tasr!pan, so dia buat pantun,
Sorong papan tarik papan,
Sha**** anak Tasr!pan, nak ngorat anak wak A5pan.
Siot jer. Pastu semua kawan2 ejek2 sehingga lah budak tu pindah ke kelantan, barulah reda 'gosip' tersebut.
Berbalik kepada kisah sweetheart. Selepas kami mendeclarekan SA masing2, kami sesama kami pon saling usik-mengusik. Sampai lah satu ketika, semua jejaka2 malang itu telah mengetahui bahawa diri mereka di'admire'i oleh kami. Tak geti simpan rahsia langsung. Dah tak 'secret' admirer lagi dah. Tapi, masa tu takde lah geti berkapel lagi. Kira kalau jumpa tengah jalan tu, just tersipu2 malu je lah kot kahkahkah. Adoiyaiii...
Pada suatu hari, di sekolah ugama, jejaka malang itu telah berjumpa denganku. Dia mengajak aku bersembang di dalam kelas itu. Isy, nama je sekolah ugama, tapi berdating pula. Eh, ni bukan dating ok. Tengah ramai2 dalam kelas, ustazah tak masuk. Kenapa aku boleh ingat lagi peristiwa itu? Sebab sejak itulah aku terus tak admire lagi dah kat mamat tu. Apa taknya. Masa tu dia puji2, aku ni cantik la, comel la, kiut la. Errr ayat2 orang dewasa gitu. Malu lah gue. Aku pantang orang puji2 ni. Apa ke matang sangat budak nih? Jadi, aku pun terus mengisytiharkan perang ke atas jejaka malang itu. Apa orang kata... in denial?
Dan selepas terpisah selama 18 tahun, pada hari raya haji tahun lalu, aku telah bertemu semula dengan geng sweetheart ku. Kecuali sidah je yang takde. Kemain terkejut lagi si Zak bila mengetahui bahawa aku pernah betul2 kapel ngan SA ku dulu. Ya, dialah I, si gambar passport dan pemberi pen dan dakwat itu. Poyo!
p/s eh, ada aku cakap ke, siapa n0ra dalam cerita aritu?
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment