Semalam, aku telah berjumpa dengan kepingan terakhir jigsaw puzzle kumpulan sweetheart. Bukan lah berjumpa bertentangan mata. Jumpa kat fb je. Tapi, tetaplah aku rasa bahawa kami sudah lengkap hihihi.
Kan aritu aku cakap yang kumpulan kami terdiri daripada 4 orang, kan? Dan yang lagi sorang tu gagal dikesan kan. Errr orang kata, orang yang gagal ialah orang yang gagal mencuba. Eh, betul ke? Lantak la. Padahal, rumah kawan tu selang 4 rumah je dari rumah aku. Boleh sangat kalo nak bagi salam kat rumah dia kan. Tapi, belum ada jodoh nak bertemu. Tapi kali ni, selepas aku berjaya dikesan olehnya (dia yang request nak add aku dulu), aku perlu memastikan bahawa kami akan bertemu jua suatu hari nanti. Opsss geng yang single pun dah nak kawen hujung tahun ni. Boleh la kami bergathering secara percuma ekekekek. Boleh ek z. Ko memang nak jamu kami semua, kan?
Oleh kerana keterujaan yang melampau, pagi ini, sebaik sahaja aku online, terus kami berchatting hihihi. Sampai tak sempat kemas rumah member tu huhuhu. Yang tak boleh tahan tu ialah bila dia mengingatkan aku tentang kisah perkenalan kami dengan dua orang penpal suatu ketika dulu. Alaaa yang aku citer muka macam silamajid suaminya ustaz tu. Haaa yang tu lah.
Kisahnya, masa form 1, kawan aku ni satu sekolah ngan penpal silamajid nih kat sekolah arab kota. Jadi, bila berjumpa tu, mereka bertegur sapa lah kan. Yang lawaknya, penpal ni boleh panggil kawan aku ni dengan nama samaran yang kami gunakan untuk berkenalan itu ari? Nak tau apa namanya? Nama dia dalam kes tersebut ialah Azie. Ceh! langsung tebal muka member sebab tak pernah umur orang panggil dia dengan nama tu. Kalau boleh time tu dia nak menjerit, Nozie, tolong aku!!! Nozie tu nama samaran aku lah hahahaha... Adoiyaiii aku pun dah lupa aku ada nama samaran Nozie rupanya kuikuikui. Ekceli, dulu aku suka sangat tengok isteri endi lala. Cantik dan bundar matanya. Sebijik macam anaknya si shila tu. Namanya pulak, nozie. Tu yang ciplak nama dia tu huhuhu. Isy isy isy kalo ko tak cakap, memang aku tak ingat langsung la sidah oiii...
Tapi, ada satu kejadian kiut berlaku pagi tadi. Tengah kami bersembang tadi, anak dia tanya kat dia, tengah chatting ngan saper? Bila dia cakap cik as1ah, terus anak dia cakap, ha, betul2 nama bestfriend, as1ah - as1dah. Owh! So sweet tau adik ni. Eceh perasan adik tu. Padahal tahap makcik.
72 RANCANGAN B
2 weeks ago
0 komen:
Post a Comment