Masa aku gi kl aritu, aku ada terbeli sepasang baju kebaya sulam belum berjahit. Kengkonon macam teringin gitu nak mengenakan baju kebaya di pagi raya haji. Oleh kerana aku memikirkan, nak menunggu aku jahit sendiri baju tu, alamat tahun depan pun belum tentu jadi, lalu aku pun mengambil keputusan untuk menghantarnya ke tailor.
Sebelum itu, di tempat kerja, kawan2 aku selalu bercerita tentang satu tailor kat paghit ghaje ni. Murah, baju apa2 pon rm25 je. Ok, elok je dia jahit. Maka, termakan dek kata2 mereka itu, aku pon tanpa berfikir lebih panjang (yang bakal mengakibatkan makin lambat lah baju tu menjadi baju), terus menerjah kedai tersebut. Member tu cakap, kat komplek paghit ghaje tu, sebelah kedai runcit je. Ada satu je kedai ciner kat situ. Oh, btw, tailor tu ciner ya.
Setibanya aku di situ pada suatu petang, aku tengok, sebelah kedai runcit, tutup. Tapi, kat signboardnya ada tulis bismillah/salam (tak ingat). Takkan ciner kan? Sebelahnya pulak, kedai frame ke haper tah, pon tutup. Sebelahnya lagi, tailor, tapi nama melayu, pon tutup. Satu2nya kedai yang buka dalam baris tu ialah satu kedai ciner, tai ch0ng. Ye lah tu kot. Aku pun masuk dan tanya, berapa eh upah jahit baju kebaya? Dia kata, rm28. Alamak ai! Tapi bila dia tengok baju aku, dah siap sulam, dia cakap rm25 je. Ye lah. Dah tentu2 dia dah save tenaga part mengelim hujung baju, hujung tangan. So, aku pon setuju je lah. Tengok, memang baaanyak sangat baju bergantungan kat kedai dia yang sempit itu. Kendian dia ukur badan. Uh! Terel habis ni. Lebih kurang je dia ukur. Dan aku pun cakap, kalau boleh nak siap b4 raya. Ok, i'll try my best, katanya. Idakler dia cakap cenggitu hihi.
Dua minggu berlalu, dan petang isnin 2 hari sebelum raya itu ari, aku pun pergi lah mencuba, kot2 baju aku dah siap. Belum! Dia kata belum pasang butang dan belum gosok. Besok eh? Ok, tak pe lah. Lagi pon baju raya batik aku dah siap. Saje je aku kasi deadline kat dia. Kang kita kata, bila2 la, raya tahun 2012 pon belum tentu siap lagi kan.
So, besok tu, terpaksa lah aku pergi lagi. Zup zap ambik bayar dan terus balik dan try. Tang bajunya tu dah elok dah. Sedap la jugak memakainya. Tapi tang kain tu pulak yang jadi masaelah. Beso bebeno. Dah macam kain baju kurang dah. Aku buat kain kipas belakang. Tapi, pangkal kipas dia terlampau tinggi. Sampai bawah montot. Leh imejin? Kendian, bahagian punggung pulak, longgar sangat. Bahagian bawah pula, tidak tirus. Macam rata je dari punggung ke bawah. Dah macam nyonya pinjam baju cik leha dah ropa aku bila memakainya. Dan yang parahnya, tiba2 aku tengok montot aku telah menonggek dengan jayanya. Terus aku macam, oh, kenapa makin tonggek pulak nih? Adakah tulang belakangku semakin bengkok? Kan ada kan satu penyakit berkaitan tulang bengkok nih. Danaku pun pernah xray dah doktor cakap tulang aku senget. Risau lak aku. Ini dah tidak seksi lagi dah. Silap aribulan badan aku makin ke belakang pulak. Orang makin bongkok ek? Isy, risau juga nih.
Itu ok lagi. Ok lah, aku pun basuh baju tu. Weekend tu ari, aku pun iron lah baju tu. Alangkah kecewanya aku apabila mendapati, rupa2nya hasil kerja (potongan dan jahitan) tailor itu tersangat lah buruknya. Baju aku tu warna maroon, tapi dia jahit pakai benang hitam. Ok, tak nampak. Kan ada sulaman kat hujung baju dan tangan kan. Senget. Tang ketiak, dia ada tetas akibat tersalah jahit kot. Tapi, tak semenggah. Basi baju pun huru hara. Tang kain, kat kipas belakang tu, ada 2 bilah je kipasnya. Itu pun satu kecik satu besar. Biasanya kain cenggitu aku akan iron dari dalam. Makin lah terserlah kepincangannya. Tak tau aku nak iron line yang mana satu. Aduh! Aduh duh duh duh duh duh duh (baca ala2 zaleha hamid eh)...
Gitu lah yang berlaku apabila tailor bertemu fashion designer hahaha. Nak kena bagitau ke? Fashion designer itu adalah aku hehehe. Selama ini, kawan aku tu hantar baju, ok je katanya. Ye lah, mungkin bagi dia, asal dari luar nampak cantik, ok dah. Peduli haper ngan finishing nyer kan. Tapi, bila dapat kat aku, semua aku belek. Bukan nak cakap apa la. Aku pun pandai jahit baju kebaya. Tapi, tidak lah expert. Belajar dari buku je pun. Tapi, aku tau lah juga sikit2 rahsia menjahit baju kebaya ni. Haihhh begini lah nasib diriku yang malang...
Tapi, mungkin lah, dia jahit banyak baju, mana nak dapat yang sempurna kan. Mungkin juga deadline aku tu turut menyumbang. Dah lah upah pun murah. Eh, tapi, mana boleh cenggitu, kan? Tak patut!!! Nak dipendekkan cerita, aku sangat terkilan. Nampak gayanya, selepas ini, aku terpaksa melupakan impian berbaju kebaya di hari raya. Kena tarik aura fashion designer dulu kot. Oh! Tolong lah asia. Rajin sikit boleh tak?
Aku ada satu baju batik tu yang bunga untuk bahagian kainnya penuh sampai ke atas. Kan biasanya baju batik, tang kain dia lukis kat bawah2 je kan. Yang tu, boleh buat baju pon bahagian kainnya. Kalau aku buat baju kurung, komfem la bunga tu akan tersorok selamanya. Kenalah buat kebaya, barulah dia nampak, kan? Eh, kenapa nak menunjuk? Eh, korang beli baju, kenapa pilih cantik2? Ermmm nampak gayanya aku terpaksa mengasah semula skill membuat baju kebaya. Kali terakhir aku jahit baju kebaya ialah sebelum kawen. Ni, baju yang aku tengah pakai sekarang la nih. Owh! Maknanya aku belum gemuk la seperti yang diwar2kan itu ek? Cer tengok.
Tak gemuk, kan?
2 komen:
ko x boleh bg gamba statik..kena bg klip 3gp....tunjuk jalan ke depan sikit..ke blkg sikit..pusing angkat ketiak..haaa...baru leh tgk kurus ke gemuk ke..maintain ke...
adoi la. malunyer nak buat video klip sendiri. jeles la tu!
Post a Comment