Thursday, 25 November 2010

Kerja G0men. I Told You Oredi...

Masa bil dapat kerja sebagai juruteknik komputer di uni, aku terus berkata, mesti tak lama tu. Boleh tahan ker? Maksud aku, bukan lah tak tahan dengan bebanan kerja, tapi tak tahan dengan pendapatan yang sebegitu. Sebab sebelum itu dia bekerja dengan syarikat swasta dengan gaji yang 2x ganda gaji yang dioffer oleh gomen. EBIL pun ada query, dulu, dia lompat2 keje pun, bukan sebab gaji ke? Tiba2 bila dapat keje gomen, gaji ciput pun, dia ambik. Tau, rezeki, ajal semua di tangan Tuhan. Tapi, pepaham je lah. Tambahan pula, keje gomen sangat mementingkan kelayakan akademik. Bukan boleh suka2 mintak naik gaji atau naik pangkat berdasarkan pengalaman industri. Mana boleh nak samakan gomen ngan swasta. Tapi, dia tetap nak jugak terima offer tuh.

Ingat tak (lagi2 nak soh orang recall, macam orang dah takde keje lain nak ingat hal ko je) pasal kisah aku yang mogok semasa BIL nak start kerja kat uni tu awal tahun lepas? Alaaa yang aku dilema tak tau nak buat apa bila dia kata nak stay kat umah aku tu. Mesti ingat punya lah. Pe'el buruk aku memang korang ingat sokmo tsk tsk tsk.

Ok, memang dia keje kat ito masa tu dan tinggal di parit jelut0ng. Sebaik sahaja dia masuk keje, terus wifenya mengandung. Mula2 tu wifenya still kerja kat jb, tinggal di rumah sepupu. Tak lama kemudian, dapat jadi guru sandaran dan tinggal bersama. Ingat, yang aku citer pasal 2 jenis guru sandaran tu? Haaa yang tu lah. Rupa2nya, masa aku menulis entry tu, sebenarnya dia dah berenti pun. Tak tau lah samada dia berenti sebab dia mengandung, atau sebab takde cikgu yang bersalin untuk diganti. Tapi, bermula dari bulan ketiga kepregnantan, dia dah tak kerja dan duduk di parit jelut0ng itu. Setiap minggu, bil terpaksa berulang alik ke jb untuk bekerja part-time sebagai pengajar di ILS. Teringat masa baru2 kawin dulu. Encik hairul ada buat keje part-time as a guru tuisyen. Terharu betul.

Hujung tahun 2009, the wife pon bersalin. Tak lama lepas habis berpantang, dia dapat kerja kat klang valley. Sebelum tu, masa dia baru habis hari, aku ada lah berkunjung ke rumah mereka. Remember, masa tu bil is the sole breadwinner in the family. Bukan lah daif benar, tapi agak kesian lah aku tengok keadaan mereka. Akhirnya, BIL pun surrender jua. Dia pun mula mencari kerja lain. Dan, bermula bulan mei yang lalu, dia dah pon berenti keje di ito dan berpindah kerja ke klang valley. Masa tu baru lah dia cakap, F**** (nama anak dia) nak abah dia keje engineer jugak...

Point aku di sini ialah, ya, kerja gomen ni memang lah bagus, terjamin, stabil, boleh hidup, tapi, tengok lah juga apa kerjanya tu, dan macamana gaya hidupnya. Sebab itu aku menentang sekeras2nya masa dia nak keje kat ito dulu. Hehehe tapi macam menentang dari sudut takmo dia tinggal sama ngan kitorang jek? Ah, kira sama lah tu. Asalnya aku menentang dia keje, tapi bila dia dah berkeras nak keje jugak, terpaksa lah aku menentang tang tu pulak hihi.



0 komen: