Tuesday, 4 August 2009

Faham, Doktor...

UPDATED! : Mangsa ke-8 h1n1 itu sebenarnya bukan cikgu okeh. Beliau adalah par di sekolah berkenaan. Dan sekolah itu adalah sekolah kakak kuuuuuuu!!! Berhati2!

Sebentar tadi, kami diberi taklimat serba sedikit tentang h1h1. Sebenarnya doktor dipanggil bagi menjawab persoalan, kenapa edtec tak tutup walo pon ada sorang yang positif dan sedang dikuarantin di asrama? Dan persoalan itu sudah pon terjawab. Ye lah, kiter ni kan dengar dan tengok berita kat tivi dan radio je kan. Bukan tepat sangat pon. Tengok sini tutup, sana tutup, kenapa edtec tak tutup2? At least dengan taklimat tersebut, dapat la kiter faham dan terima hakikat bahawa, edtec ini tidak akan ditutup dalam masa terdekat ini huhuhu. Toksah berangan la asia oiii.

Yang kasik saspen sikit tu biler dia tanya, ada berapa orang kat sini? 6-7 puluh. Sibbaik bukan 160 orang. Kalau tak, ikut statistik, 1 dalam 160 akan mati akibat h1n1 nih huahuahuahua takut tak? Tapi 1 dalam 160 yang positif ke, 1 dalam 160 orang eh? Ermmm...

Pastu, dalam statistik tu sebenarnya ialah sample okeh. Kalo dia test sumer, mau panik orang mesia ni kot. Contoh, dia kata kat sekolah tu positif 5 orang. Sebenarnya yang 5 tu sample yang dia wat test. Yang tak buat test mungkin sumer positif. Takut tak??? Tak takut lagi???

Banyak lagi yang doktor tu cakap yang menakutkan, tapi aku takmo takut kan korang huhuhu. Sila duduk rumah diam2 okeh? Kalau pasangan demam, sila asingkan tempat tido hihihi. Jangan tuduh nusyuz plak hehe.

Eh, sebenarnya aku bukan nak cerita pasal taklimat tu. Tetapi pasal doktor yang kasi taklimat tuh. Selesai taklimat, kami pon naik la semula ke opis. Sekali, sorang kawan ni cakap, tu kan adik ghani osman tuh. Maksud dia, doktor tu ialah adik kepada menteri besar johor.

Kendian dia cakap lagi, ingat lagi, dulu kecik2 main2 ngan dia la. Main kawen2 lagi hihihi.

Yang lain pulak, mula la tokok tambah, alaaa yang main kejar, main selak2 kain dulu hikhikhik.

Dan melarat2 la tokok tambah reka cerita derang nih...

Mintak Hujan



Menurut kata cikgu yang ajar aku pertolongan cemas itu ari, salah satu sebab penyakit h1n1 tu semakin menular ialah faktor cuaca yang panas sekarang nih. Maka virus2 benci tu akan berlegar2 di ruang angkasa raya kite ni. Kalau hujan turun, mungkin virus2 benci tu akan jatuh ke tanah dan reda lah sikit kot. Betul jugak tu, kan? Jadi, mari kita sama2 doa mintak hujan. Solat hajat ker... Elok jugak derang sembur2 air kat orang yang berhimpun tu ek. Tak dengar pulak derang2 tuh berjangkit ke hape.

Doktor, menteri, takkan tak terfikir kekdah mengurangkan penularan nih kot? Takat tutup sekolah je ke? Kalau betul hujan tu boleh kasik kurang, buat lah pembenihan awan ke haper. Heheheh sesuka hati aku jek.

p/s tak pun, sponsor konsert hujan pon boleh gak hihi... lebih tua dari ku lalala


Sorry Anon!

Naik sogan aku biler terjah blog2 orang yang membaca blog aku. Bukak yang ni hadis nabi, baca yang tu, firman Allah, yang ni tazkirah, yang itu ala novel pembangun jiwa. Haihhh agak2 derang ni nak tegur aku pon tak tergamak kot. Takpe takpe, fikir positif, derang baca blog aku untuk dijadikan sempadan kot. Nak bagitau kat anak2 derang, kamu jangan jadik macam auntie nih tau. Poyo lebih. Hahaha ada aku kisah?

Blog ini adalah coretan peribadi aku, bukan penerbitan umum macam majalah remaja. Nak komen boleh, tapi, kasik la nama. Takpon, antar email ke. Takde la sumer orang tau bahawa kamu menentang aku. Wah! Menentang tuh... Walo pon semua komen negatif akan di delete sesuka ati ku, tapi mesej tu sampai. Jangan la baling batu sembunyi tangan. Kang aku tembak ngan gas pemedih mata kang??? Nak condemn orang kalu, tulis kat blog sendiri ek? Aku memang sensitif, tak leh terima kritikan. So???

p/s dilarang counter attack!

Klinik Nur vs Klinik An Nur

Baru2 ini lagi, suami saya pergi menukar buku rekod klinik panel yang baru. Sebelum ni punya sebelum tukar nama universiti. Yang baru ni kaler merah.

Dah terlanjur tukar buku, aku suh tukar klinik sekali. Sebelum ni kami guna klinik min di taman maju bp dan klinik annur di parit raja. Saje ambik satu kat bandar, satu lagi kat pekan.

Dulu kami duduk di bukit perdana, so apa2 hal memang pegi klinik min je lah. Aku je pon yang salu sakit hihihi. Kalo tengok dalam list tu, 1 je ada nama dia. Demam la, gatal2 badan la, kencing kotor la. Banyak nau penyakit aku nih.

Klinik min ni doktornya laki bini. Derang shif setiap 4 jam kot. Ada jadual dia la. Kalo rasa nak jumpa dr pompuan, pergi la time bini dia, dan begitu la sebaliknya.

Sejak duk kat parit raja ni, kami tak pernah pergi min lagi. Klinik annur ni doktornya sorang je, lelaki. saiful bahri robani ke apa nama dia tah. Kalau datang klinik ni belah malam, elok ler kuar rumah lepas isyak je, sebab dr tu masuk lepas dia solat isyak kat masjid depan klinik dia tuh. Tapi kalau rasa nak dapat nombor satu tu, datang ler lepas maghrib. Waktu bukak dia singkat sangat. Tapi ok la bagi orang bekerja. Balik keje, rehat2, kendian malam gi klinik. Aku kekalkan klinik ni pon sebab aku rasa serasi ngan ubat dia. Ubat seram sejuk dan lesu tuh huhuhu. Makan malam ni, esok pagi dah ok.

Klinik min tu aku reject kan sebab dia nyer waktu bukak tak menentu. Ikut suka dia laki bini je nak tutup sesuka hati dia suka. Kalau cuti umum memang komfem tutup la. Kadang2 pegi ari sabtu ke, ahad, memang madanggggggg tutup. Tak reliable la kan. baik aku gi klinik kesihatan gomen je kalo weekend pon tutup. Jadi, kami bertukar ke klinik nur pulak. Nama pon dah dekat2 sama kan? Ingatkan nak ambik poliklinik setia yang asalnya 24 jam tuh. Sekali aritu tengok dah tinggal 16 jam je, serupa je ngan klinik lain.

Ada pon, ari ni aku dah melalui pengalaman pertama pergi ke klinik nur nih. Aku dah selesama sejak ari jumaat arituh lagi. Mild flu gitu. Tak kuar hingus pun. Tak mengganggu sangat pon. Ada ubat selesama lebih2 demam yang lepas, aku telan je lah.

Tetiba, sampai ke hari ni, tak ilang2 pulak. Dengar berita, dah ada 6 mangsa h1n1 tu kan. Seram la jugak. So, balik keje tadi, aku pon pegi. Dan register tuh, sambil menunggu tu, macam tak selesema pulak. Haiyaaa cemana nak tunjuk muka sakit nih? Alahhh bukan nak mintak mc pon. Kalau nak mc, aku dah pegi pagi2 tadi lagi. Tak sedap la, dah masuk gear 3 dah nih. Mood mengajar dah naik sket. Kang kensel2 kelas, terus masuk gear parking.

Klinik nur ni kira menggunakan konsep moden ar. Sumer urusan dia computerized. Dari pendaftaran, ruang menunggu, bilik rawatan, sampai la ke farmasi. Mula2 kita daftar, dia masukkan nama kiter. Kendian nama kiter akan appear kat list menunggu yang tayang kat tv. Sumer orang tau ler nama kiter hihihi. Biler giliran kiter tiba, ada suara komputer akan sebut nama kiter. Hihihi yang kelakarnya, dia guna sistem apa tah. Kira kalau nama ko macam takleh sebut tu, dia sebut huruf je. Kira kalau dengar tu memang macam bukan nama kiter la. Macam nama aku, tah, bunyik lain beno. Time Md tu dia sebut huruf m dan d. Apa ke hey laaa dia pi beli sistem cenggitu. Eh, sukati dia lah. Dia banyak duit. Tak kira la... yang penting macam merosakkan nama orang je hihihi.

Biler masuk bilik doktor, dia akan tulis kat atas touch screen butir2 penyakit bagai. Kendian dia hantar terus ke pc farmasi kot, sebab aku nampak ada kabel rj45. Dari situ, orang farmasi akan sediakan ubat la merujuk pada entry doktor tu tadi.

Satu kelemahan klinik ni yang paling ketara ialah, proses keluar dari bilik doktor ke ambik ubat adalah lamaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Lebih 15 minit la jugak. Tak suker!!!

Kesimpulannya, pasni aku lagi rela gi klinik annur parit raja pada waktu malam, daripada menunggu di klinik nur yang canggih tuh. Biar lah klinik annur tu cikai dan buruk, tapi aman tenteram je. Errr doktor saiful takde niat nak renovate ke klinik tu? Kasik la ceria sket. Aku yang sakit ni bertambah sakit menengok nyer hehehe. Kalo tak, pon takpe, janji kalo aku mintak mc 2 ari, esok dan lusa, jangan reject eh? Aku tak kisah kalo ko ingat edtec tu ialah kilang sabun hahahahhahahh.

p/s dekorasi klinik nur tu cantik. doktor2 pempuan ler katakan...

p/s2 eh, dengar citer doktor kat poliklinik setia tuh ada yang ninggal sebab h1n1 ni, tp derang tak declare kot. haiyooo!!!

Monday, 3 August 2009

Gold Card dan Wasiat Terakhir

Baru2 ni, bank islam offer untuk upgrade kepada gold card. Walo pon aku rasa macam tak layak je, tapi, dah orang ajak tu, mesti bukan ajak2 ayam kan? Bukan susah pon, isi borang, tanda setuju dan hantar beserta salinan slip gaji terbaru.

Selepas sebulan menunggu, pada suatu hari, orang bank islam dari kl call, bagitau, kad baru sudah di pos. Dan kad lama sudah diterminate. Kad belum dapat, dia dah terminate siap2. Apa ke hey? Adusss, terpaksa la isi minyak cash.

Biler dia kata dah pos tu, aku bayang kan macam time aku pos surat2 cinta la. Arini pos, lusa dah sampai. Rupanya, selepas 2-3 minggu, tak muncul2 jugak. Bajet sudah lari lorrr. Tetiba, pada suatu hari, orang bank islam bp lak call, bagitau, kad dah sampai, boleh ambik. Tapi jangan datang minggu nih, sebab minggu ni ramai student. Masa tu musim budak masuk u. Segala urusan bank atau klinik, terutamanya xray, adalah tidak digalakkan.

Selepas seminggu yang dia tak kasi datang tu berlalu, surat kepada aku tak sampai2 lagi. Malas ar nak pegi terus ke bank. Karang dia mintak surat bukti ke hape, menyusahkan plak. Dah lah nak kuar ke bank tu satu pekerjaan yang melecehkan. Kalau tak salah, sebulan selepas dia pos tu, baru lah surat kepada aku sampai. Baru lah aku boleh ke bank dengan aman.

Sampai2 je ke bank, terus dia gi ambik kad aku. Ada la up sikit credit limit tu. Sikit jek. Rupanya kena sign akad yang baru untuk kad baru. Kali ni dia wat proper sikit la banding yang dulu. Kali ni dia tunjuk sijil tanah ke haper tah, aku pun tak paham sangat pasal akad dia tuh. Anggap je lah peguam syari'e derang dah buat kerja yang betul. Berdosa, ko tanggung la sendiri okeh?

Sebelum aku balik, dia hulurkan satu dokumen beserta satu keratan akhbar. Katanya, semua pemegang kad bank islam ditawarkan untuk membuat wasiat terakhir oleh amanah raya dengan charge rm200 sahaja. Kalau biasa rm350 ke gitu la lebih kurang. Actually sebelum aku tu ada sorang lagi mamat yang ambik kad jugak. Dan dia terus sign je wasiat terkhir tersebut. Katanya, pasni derang akan contact balik untuk masukkan butir2 rete yang nak diwasiatkan itu. Yang dia sign cecepat tanpa berfikir panjang tu untuk dapatkan offer rm200 je.

Oleh kerana itu, aku dah bersedia la bila dia hulur wasiat tuh. Dia pon terang kan la lebih kurang pung pang pung pang beserta testimoni pelanggan bagai. Eh, lupa, dia cakap rm200 tu akan dikreditkan ke akaun bank kad kita dalam masa 2-3 bulan nih. Masa dia tengok credit limit aku, terus dia cakap, alaaa 200 ni berapa la sangat. Ewah... sesuka ati ko je ek.

Ok ok, aku tau wasiat tu penting. Tapi sempat gak la aku berfikir sejenak, apa rete yang aku ada? Kete? Rumah? Saham? KWSP? Tak leh la tiba2 je sign. Kena la fikir2 dulu, bincang2 dulu. Tak pe lah, lain kali kot. Lagi pon belum banyak rete. Nanti aku dah faham sumer, baru aku register, kot. Ok ker?

Firasat Kasihku - Projek (apa ke pelik nama band nih?)

Yahoo!!! Yiha andre andre!

Boleh tak aku nak lompat? Tak kira, nak lompat jugak. Sebabnya, aku dah jumpa lagu yang aku suka giler hahaha. Patut la selama ni tak jumpa, salah tajuk ropanya. Firasat Kasihku tajuk sebenarnya. Kalau tak ingat ceritanya, sila klik di sini dan klik play diplaylist sebelah juga. best best.


Sunday, 2 August 2009

Rewang

Kan aku pernah citer pasal aktiviti yasinan kat taman aku nih kan. Ni lagi satu isu nak cari gaduh. Dia kalau boleh nak suh aku pergi rewang, masak2 sumer. Pergi yasinan tu pon aku dah maleh, lagi nak suh rewang2 bagai, lagi la aku maleh kan. Katanya, mesti aku tak pernah tolong rewang masa kat kampung2 nih. Memang pon hikhik. Alasan aku, alaaa mesti derang ajak sedara mara adik beradik derang kalo nak buat kenduri. Takyah la harapkan jiran tetangga. Jangan samakan dengan zaman dulu pulak. Huhuhu mesti orang taman aku takmo datang kenduri rumah aku pasnih hehe.

Alasan kedua aku, alaaa (kenapa mesti mulakan dengan alaaa eh?) pergi rewang tu nanti, buat keje nyer tak seberapa, ngumpat2 je lebih. Pastu sorang2 citer pasal anak masing2. Anak aku pandai abc umur 2 tahun, anak aku pandai jalan umur 8 bulan, anak aku lagi best, lahir2 je terus mintak nak makan keyepsi, anak aku gini, anak aku gitu, anak engkau cemana? ada terror macam anak aku tak? Tak abis pasal anak aku anak engkau, anak yang tak wujud pun nak citer jugak. Biler, di mana, bagaimana, kenapa, apa. Segala WH dan H soalan la dia nak tau. Takut sangat kiter tak jemput dia datang kenduri akikah anak kiter.

Dengan 2 alasan ini, maka komfem lah aku anti-sosial ek?

Sharing is Caring

Dia pernah kata, aku ni takmo berkongsi. Berkongsi kasih sayang. Arituh, masa dia nak pergi kuala terengganu, macam2 alasan aku beri demi takmo pergi bersama2 ngan femli nya. Padahal, memula tu kemain excited nak ikot. Kali kedua, time nak pegi lawatan pertama budak praktikal awal bulan jun. Pon dia ajak femli, mujur tak jadi sebab lama sangat kot. Fil takleh cuti lelama. Yang terbaru, seminggu. Aku dah siap ambik cuti, baru dia call dan ajak mereka pergi bersama2. Biler dengar je, terus aku buat plan nak cancel cuti. Siap plan nak berlakon pergi keje, biler derang dah pergi baru aku balik rumah dan cuti sepuas2nya di rumah.

Hari Jumaat kelmarin, balik2 je keje, terus aku sapu rumah. Kononnya weekend ni nak berehat sepuas2nya. Tetiba b4 maghrib, sil pulak datang dengan seorang kawan. Adoiii, nak datang pon, biar la sensorang je. Dah ler bawak kawan, pempuan lak tu. Buatnya laki aku tergatal ngorat budak tuh, tak ke naya ke aku tuh?

Kengkonon malas ar nak masak sebab siangnya aku dah pulun banyak. Kursus kan keje makannn je kan. Pastu konon nak suh suami beli je la makanan. Sekali, dia gi masak nasi pulak di luar pengetahuan ku. Dah lah dia nak gi annual dinner kat kluang, dah tentu2 la aku yang kena kasik makan kat derang2 yang sampai2 je terus cakap, lapar laaa. Eee tak koser betul lah.

Nak tak nak, terpaksa lah aku masak jugak. Paling cincai, nasi goreng je. Lepas maghrib, bil pulak datang laki bini ngan sorang lagi bil. Kot yer nak together gather pon, tengok ler abang ko ada ker tidak. Maka, aku suh ler derang makan. Masaknya 2 pot, orang nya 5. Nak tak nak, aku cakap ler, aku diet, takmo makan (tapi tengah malam ratah ikan patin kihkihkih).

Sabtu pagi, suami beli sarapan. Bangun2 je, terus aku makan nasi lemak diikuti dengan ubat selesema. Apa kala ubat itu mula berfungsi, terus aku mamai dan tido semula. Mak aihhh power betul ubat tu. Takleh bukak mata aku. Bangun2 je, terus aku masak pulak. Belah malam, sambil layan mukhsin, aku gosok baju. Tengah syok2 menggosok, tetiba terlapar pulak. Ada ke terlapar ek? Makan ler sensorang sebab memang 3 malam berturut2, suami saya tidak makan di rumah. Malam ni ada kenduri.

Hari ni, celik2 mata je, terus aku masak tengahari. Nampak sangat bangunnya waktu dekat2 makan tengahari ek hihi. Siap masak, terus ler ajak derang makan. Eeeeee ak menyampah betul ngan orang yang diajak makan, tapi lempun. Satu lagi, kalau orang ajak aku makan, tapi dia sendiri tak duduk kat depan makanan tuh. Dah orang ajak tu, terus je lah duduk bersimpuh dan ambik nasik. Kalo orang ajak masak tak pe jugak. Ni ajak makan baru nak mandi la, nak kuar masuk tengok dah ramai ke tidak la. Last2 aku ambik nasi, terus makan. Tak koser aku nak tunggu2. Ko nak suh aku suap ke haper?

Selesai makan, suami ku ajak hantar derang balik asrama. Ni lagi la aku tak koser. Dah geti sendiri datang, tak geti nak balik sendiri pulak. Nehi nehi. Nak antar, antar sendiri. Nak hulur seratus dua, aku tak nampak, takpe. Kalau aku dah nampak, nanti aku kecik ati. Aku nak dapat rm50 sebulan pon kena buat surat tunjuk sebab tau. Sampai terpaksa beli kain online, transfer guna akaun dia, semata2 nak merasa duit suami. Namun nak dapat kat tapak tangan ni, entah biler zaman tah. Cuba kalau adik beradik... Huaaaaaa cemana cara terbaik nak mintak duit kat suami ek? Takkan nak tunggu time besdei jek?

p/s jadi, aku ada sebab kenapa tak suka berkongsi...

Saturday, 1 August 2009

Arak Lagi

Eh, baru perasan, arak ada 2 maksud; air arak dan perarakan.

Itu ari, derang berarak ke istana, mintak ppsmi dimansuhkan. Hasilnya, positif. Ini ari, derang berarak ke dataran (tak sampai ke istana, jalan dah tutup e'ewal), mintak i8a dimansuhkan. Hasilnya, belum tau. Masa perarakan ppsmi tuh, sumer orang marah sebab jalan jammed. Pulis lupa nak tutup jalan istana kot. Yang tak terperangkap dalam jammed pon marah depan tivi. Kalau tak berhimpun, apa cara yang mereka boleh dengar suara kiter? Kat sekolah pon ada perhimpunan apa...? Aku rasa, kalau derang halalkan perarakan tuh, bisnes kat jalan2 tu lagi masyuk kot. Silap aribulan sebulan takyah bukak kedai pon leh cover kihkihkih. Macam perarakan hari kebangsaan arrr, jual apa pon orang beli. Biler ada pulis, otomatik manusia akan takut. Biler dah takut, dapat pulak orang yang jenis berani, dia akan bertindak lebih dari biasa. Cuba bayangkan, polis itu adalah -1, orang yang berarak secara aman itu pula +1, apa hasilnya? Zero! Takde de orang nak bakar kedai ke haper. Tapi, bila ia dilabel sebagai 'haram', polis -1, orang pulak +2 (semangat lebey), hasilnya +1. Dan +1 terhasil daripada perasaan berkobar2 itu. Hah! Apa yang aku fikir nih hah???

Aku tak pernah menyertai 'acara' yang dipanggil demonstrasi atau perhimpunan sedemikian. Dan aku tak akan kot. Takut kena sembur seperti nyamuk hihihi. Takut kena tangkap pon iyer jugak. Tengok, betapa takutnya aku pada i8a tu.

Anniversary Lagi. Apa Pulak Kali Nih Ek?


Aku memang sensitif bab ulangtahun2 nih. Setakat setahun dua ni, memang ler aku takkan lupa. Hari ni pulak merupakan ulang tahun pertama aku berpindah ke tempat kerja sekarang.

Ingat lagi, hari ini pada tahun lepas, merupakan hari jumaat. Aku dapat surat transfer tuh hari khamis, tapi dah tau keputusannya pada hari rabu. Esok nak pindah, arini baru dapat surat? Kalau orang lain, komfem mintak tangguh punya, kan? Tapi aku? Takde de aku nak tangguh2. Khamis pagi tu aku dah angkut baju bagai, petang tu dari opis, terus je chow cin chow balik bp. Tak kuasa aku nak tunggu farewell party ke haper. Anggap je lah aku tak pernah keje kat situ, aku tak kecik ati pon huhuhu.

1hb Ogos 2008, Jumaat, pepagi lagi aku dah masuk bilik boss. Aik? Tak sampai sebulan dah datang balik? Surat dari kementerian pasal kedatangan aku pon tak sampai lagik. Mana nak sampai, aku pon yang duk kat sana baru dapat semalam. Huhahuha tak tau lagi nak letak aku kat bahagian mana. Pastu dia terus suh pergi opis lama, katanya,

" Pergi lah jumpa kawan2 dulu."

Aku pon terus la berdesup wat seprais kat atas nih. Seronok sangat! Sumer orang, eh, eh, ada lagi? Datang balik? Laaa, betul la tadi, macam nampak kete ko. Dll.

Cukup seminggu aku pindah, dapat kunci rumah pulak. Syok wooo! Sedang elok je timing nyer.

p/s cerita tahun lepas di sini.