Monday, 22 November 2021

My IVF Journey Episode 17 : Appointment Week 9 (23 Oktober 2020)


Check up kali ni aku boleh nampak bentuk kaki dan tangan. Terujanya! Minggu sebelum ni doktor tunjuk ni kepala, ni bontot je. Actually setiap kali scan encik suami akan record guna henfon dari tv kat luar tempat scan tu. Cuma suara doktor tak berapa dengar la. Setiap minggu juga doktor akan tanya, ada muntah2 ke tak. Dan setiap kali juga aku jawab takde. Ok lah kan. Berat pun naik sikit2.

Klinik ni tersangat lah sejuknya. Or hospital ni secara keseluruhan kot. Kat tempat menunggu luar lagi lah sejuk. Sampai setiap kali diorang buat survey aku akan cakap hospital ni terlalu sejuk. Lama2 aku rasa macam dah kurang sejuk sikit. Kot derang ambik kira kot komen aku hihi.,

Takde apa nak disampaikan di sini.

Untuk appointment hari ni, kami bergerak dari Pagoh. Sebabnya, hari ni aku pergi ambil kunci rumah baru, yey! Minggu sebelum tu, aku ada dapat email dari TNB. Dia mention pasal pendaftaran akaun baru. Tapi tak sangka lah pulak dah nak dapat kunci. Excitednya! Lepas ambil kunci, terus pergi rumah. Tengok2 je dulu. Tak sempat nak check defect ke apa sebab nak ke hospital pulak. So, ini lah rumah baru kami! Dah berangan nanti dan berpantang kat sini.

Sempat makan baung kat bukit gambir.

Yummy!

Sedap sangat nih.



Sign2 dulu dokumen serah kunci.

Yey! Dah dapat kunci. 

Post gambar ni kat IG. Takde siapa perasan aku cover perut hehe.


Berbeza sangat proses mendapatkan rumah ni dengan rumah parit raja.
Ruma parit raja dulu kami boleh tengok rumah dalam pembinaan tu sebab depan rumah je dengan rumah sewa landlord disaster tu dulu.

Pastu point api air kami boleh tambah sebelum pembinaan lagi. Pecah dinding pun boleh.

Tapi rumah ni, rumah contoh pun takde. Memang mentah2 la kami dapat rumah ni.

Pemandangan depan rumah.

Wednesday, 17 November 2021

My IVF Journey Episode 16 : Appointment Week 8 (16 Oktober 2020)

Berita sedih pada hari ini. Doktor cuma dapat mengesan 1 degupan jantung. 1 embrio yang minggu lepas kedengaran sayup2 telah terhenti degupannya. Saiz terakhirnya pada usia 7 minggu 5 hari. Aku suspek dia pergi pada suatu malam yang aku rasa macam nak demam. Tetiba malam tu aku rasa dedor semacam. Cecepat aku minum air banyak2. Bangun pagi tu tak jadi nak demam. Manakala 1 lagi embrio yang dari mula asik menyorok je tu, tidak membesar seperti sepatutnya dan tiada degupan jantung. Tapi dedua tu takkan gugur ke apa. Dia akan mengecut sendiri. Mungkin akan keluar sekali masa bersalin kot. Maka, tinggal lah seorang yang membesar bagai johan. Alhamdulillah.

Yang seketul tu cantik je progressnya. Jantung kuat, saiz pun ok. Bila dah tinggal satu ni, lagi lah risau nak jaga. Otomatik aku takut nak jalan laju2 lagi dah. 2 minggu lepas aku dah bergerak macam biasa dah. Ni macam kena control balik lah. 

So, itu je cerita minggu ini. Doktor nak menyedapkan hati aku agaknya, dia cakap, bila sorang ni lagi senang jaga masa pregnant ni. Kos pun dapat dikurangkan, berbanding triplet atau twin. Ye lah tu.


Saturday, 13 November 2021

My IVF Journey Episode 15 : Appointment Week 7 (9 Oktober 2020)

Kali ni doktor dapat kesan 2 degupan jantung. 1 lagi kantung macam menyorok, susah nak tengok dan tak dapat capture degupan jantungnya. Tu pun dari 2 tu, 1 je yang betul2 kuat bunyinya. Yang 1 lagi tu ala2 sayup2 ada takde je. Tapi kantung dia lah yang paling besar. Sampai doktor ingat ada 2 ketul yolk sac dalam tu. Ramai nya cikgu, dia kata. Rupanya takde. So, kesimpulan hari ini, 2 positive heart beat, 1 negative heart beat. Simple je check up kali ni.

Tempat menunggu.


Pintu masuk klinik dari sudut tempat menunggu.

Balik tu singgah makan mee rebus zz.

Aku makan mee rebus biasa.

Encik suami makan nasi dengam sup tulang.




Sunday, 3 October 2021

My IVF Journey Episode 14 : Appointment Week 6 (2 November 2020)







2 Oktober 2020, Saturday

Temujanji kali ni paling mengujakan. Sebab apa? Sebab nampak 3 kantung! Ya Allah! Tak sangkanya! Doktor pun cakap, ini pertama kali dia tengok kami senyum camni. Tapi sebenarnya kami senyum sebab memikirkan kami selalu sebut nanti nak panggil anak Tan Tin Tun, maksudnya memang 3 orang lah. Siap dah fikir nama anak yang ada suku kata tan tin tun tu lagi! Contohnya Intan, Fatin, Jannatun dll. 

Habis check up kami gi makan. Kat mana tah. Rasanya area masai kot. Aku makan kueytiow sup, tu pun tak habis. Pastu kami terus balik semencu. 

Sabtu pagi pulak, balik eto5 jap. Sampai2, takde orang kat rumah. Telefon mak, tengah kat rumah busu temah. Tengah tunggu adik jemput balik. Adik pergi camping kat sedili katanya. Lebih kurang setengah jam menunggu, mak pun sampai. Sementara menunggu tu kami lepak kat belakang. Syahdunya rasa suasana time tu. Rindu sebenarnya nak balik rumah ni. Tapi, hmmm...

Tengahari tu sempat lah makan kat rumah. Mak masak sambal ikan kerisi. Sedapnya! 





Sebelum balik mak pesan macam2. Pesanan yang sama aku pernah dengar masa along mengandung haha. Antaranya, jangan tido pagi sampai tengahari. Nak kalu, pukul 3pm gitu boleh la. Sebelum asar balik semencu semula. Petang lepas asar baru balik ke parit raja. Penatnya hoi! Rasanya takleh dah balik camni sampai week 12. Capek loh!



Wednesday, 8 September 2021

My IVF Journey Episode 13 : Appointment Week 5 (25 September 2020)

26 September 2020, Saturday

Bermula sekarang, kami punya appointment adalah setiap hari Jumaat. Oleh kerana Jumaat is surgery day, maka berkemungkinan Jumaat boleh bertukar kepada Sabtu pada bila2 masa. Tapi bila memikirkan kalau Sabtu, kalau habis lambat, mudarat nya lebih teruk berbanding Jumaat, maka kami stick to hari Jumaat je. Kalau pun sampai tengah malam, besok tu masih boleh rehat lagi.

Untuk appointment hari ini, kami gerak dari rumah dalam pukul 3.45 petang. Sampai situ dah pukul 5. Lepas register terus solat. Alhamdulillah, kali ni doktor tengah ada. Tinggal tunggu giliran je lah. Tak berapa ramai pun. Sebelum pukul 7 dah selesai. 

Kali ni juga, check up paling sempoi. Maybe sebab baru je appointment hari Isnin lepas, takdelah banyak perubahan. Ni kira adjustment appointment la. Nak tukar dari Isnin ke Jumaat, tapi biar awal, takleh lewat. Kalau Jumaat depan dah lewat sangat kata doktor. Ye lah, injection setiap minggu tu kena ada dalam badan selama seminggu kot.

Tapi, scan TVS tetap scan. Dan setakat hari ni, doktor kata 1 kantung confirm nampak. Feh! Lega... seketul je. Bukan lah aku tak suka kalau twin ke triplet ke. Cuma kalau 1 tu kan macam normal kan. Boleh lah aku merasa pregnant macam orang lain. Tapi aku je lah yang lega. Encik suami agak keciwa sebab beliau excited nak ramai2. Bukan dia yang mengandung, memang lah!

Balik tu singgah solat kat petronas tol skudai dan makan kat mana tah tak ingat dah.


Thursday, 26 August 2021

My IVF Journey Episode 12 : Puaskan Hatimu

25 September 2020, Friday

Bila masuk je kerja, aku terus beli beberapa jenis UPT. Almaklumlah kan, tak pernah. Bila sampai je, terus aku test, 1 kali setiap hari.  

Mula2 hari rabu aku buat yang paling murah. Titik je terus terang benderang double line.
Besoknya hari khamis (cuti hol) buat yang cross ni. 

Jumaat baru lah buat yang paling mahal digital ni. Harap je mahal, lepas 24 jam dah padam.


Alang2 hari jumaat tu aku habiskan lah upt jepun yang dah expired nih. Ada 2 stick dalam 1 pack tu. Elok tak padam pulak.


Dan ini lah hasil kesemua sekali. Yang digital tu dah padam dah. 24 jam je tahan. Harap mahal je.


Simpan sini yang pertama.

Yang dah padam.

Dan yang kedua ujian dari doktor.









 

Wednesday, 25 August 2021

My IVF Journey Episode 11 : Appointment D17 (21 September 2020)

21 September 2020, Monday

Appointment seterusnya ialah pada hari ke-17 (d17pt). Kiranya time ni baru rasa confident bahawa ujian upt yang dilakukan tu betul sebab period dah delay. Tapi sebelum sampai ke hari ke-17 tu sempat lah aku mengetest menggunakan upt expired dari jepun tu. Saja lah nak guna. Kononnya kalau negatif boleh la cakap mungkin sebab dah expired haha. Tak ingat pulak hari apa aku buat test tu. Tapi aku ambik urine sesubuh la, walau pun kat pack tu kata boleh test bila2 masa (nak menunjukkan betapa accurate nya dia lah tu). Dan memang keluar line pun. Cumanya, bila tengahari tu, line tu pun hilang. Sibbaik dah expired, boleh tuduh dia sebab tu hahaha.

Dan pada hari Isnin, 21 September, aku mohon half day. Lepas solat zohor, aku pun bergerak ke klinik. Hujan gerimis sepanjang jalan. Encik suami pun gerak sama dari pagoh. Sampai sana lebih kurang pukul 3 petang, pun masih hujan gerimis. Punya lah lama menunggu hari tu. Mula2 doktor tengah sambut baby triplet. Pastu dr masuk sekejap. Dekat2 nak maghrib, dr keluar lagi, ada satu lagi baby nak keluar. Siap ada yang give up dan balik lagi. Akhirnya, giliran kami tiba sekitar jam 9 malam. Hari tu tak banyak yang dilakukan. Cuma masa register tadi aku bagi urine sekali lagi dan dr bagi UPT stick terkini. Kali ni baru lah betul2 terang line tu. 

Baru kami gerak balik, nurse klinik call cakap yang aku terambik ubat orang lain pulak. Adoi... dah kena patah balik. Sibbaik tak jauh. Aku dah la mengantuk giler, besok nak kena gerak dari rumah lagi. Ingat dah datang pukul 3 tu sempat lah balik mersing semula. Non ado! Makanya terpaksa lah aku balik parit raja.

UPT selepas tarikh period.

 
Besok tu dr. post ni kat ig. Ini lah punca kami menunggu lama semalam. Comel!


Friday, 16 July 2021

My IVF Journey Episode 10 : D10 Post Transfer - Early UPT & BhCG Test

14 September 2020, Monday

Menu D9PT

Hari ke-10 (d10pt), 14 September, bangun subuh tu aku dah kena ambik urine. Malam tu aku tak boleh tido. Sekejap2 terjaga. Kalau ikut kan, aku dah cuba control otak aku supaya tak terlalu memikirkan tentang hari esok, tapi tak tau lah kenapa dia tetap nak pikir jugak. Sampai termimpi2. Hakikatnya aku rilek je. Tapi kepala otak ni takleh control kot. 

Hari ni juga encik suami ambik cuti. Dah, susah sangat nak ambik cuti. Tak paham aku. Sesekali cuti pun payah. Lebih kurang pukul 11 pagi, kami pun bergerak ke klinik. Sampai situ terus bagi urine dan nurse suruh pergi ambik darah. Lega sikit ambik darah ikut pelipat lengan ni sebab tak berapa sakit dan cepat je penuh tabung tu. Lagi pun urat aku sangat obvious kelihatan. Takyah tepuk2 pun dah nampak. Masa nak OPU aritu nurse tu nak cucuk branula kat tepi tangan sampai kena tepuk2. Kuat dan sakit pulak tu dia tepuk. 

Dah sudah ambik darah aku balik ke klinik. Doktor belum masuk lagi. Dia round ward. Nurse suruh datang dalam pukul 1.15 gitu. So kami pergi makan dulu. Makan kat kedai tepi hospital tu lagi, tapi kedai lain. Makan nasi campur je. Tengah makan, hujan gerimis pulak. Tunggu la sampai reda sikit. Lebih kurang pukul 1.30pm, takde tanda2 gerimis nak berenti. Redah je lah. Tak basah kot. Gerimis2 manja je. 

Sampai situ, e'eh, dah ada beberapa orang patient pulak. Tadi takde langsung. Maka kena lah tunggu sekejap. Lebih kurang pukul 2 kot, baru lah nama ku dipanggil. Perasaan? Biasa2 jer. Aku macam takde berdebar, takut atau apa2 lah pulak. Kalau ada rezeki adalah. Duduk2 je doktor terus tanya sihat ke tidak sambil2 membaca rekod2 laporan aku. Dia tanya nurse, mana report darah? Nurse cakap, ada kat situ. Bila dia jumpa kertas tu je, terus dia keluarkan dan telungkupkan kertas tu. Tak sempat aku nak baca. Tapi kami sama2 perasan, ada satu barisan perkataan dan ada tulisan merah. Dalam hati aku tertanya2, kenapa sebaris je? Sebab aku tengok kat blog2 orang lain biasanya report darah tu ada sebaris dan bawahnya ada keterangan range bacaan dan minggu kehamilan. Pastu kenapa tulisan merah? Pastu doktor tanya kenapa aritu kita takde simpan embrio? Aku cakap lah, embriologist tu cakap, kualiti embrio tak berapa baik. Masa ni aku dah pikir, mesti tak lekat ni, sebab tu doktor tanya pasal frozen embrio tu.

Pastu doktor check tvs. Ok, rahim masih tebal. Dan doktor cucuk bontot lagi. Kenapa nak cucuk kalau tak lekat? Sebelum doktor buat tvs tu pun nurse tanya, aku bawak tak beg merah (beg isi ubat)? Aku cakap bawak, tapi dalam kereta. Takpe, nanti saya bungkus siap2, nanti akak terus masukkan dalam beg. Ok. Tapi kenapa nak bagi ubat kalau dah tak lekat? Haih.. macam2 la pulak spekulasinya kan. 

Dan tiba lah moment itu. Aku perasan sorang nurse tu pegang henfon. Dia nak rakam kot. Alah, takyah lah susah2 nak rakam. Result negatif kot. Lepas aku dah duduk sebelah doktor, dr. pun ambik alat UPT tu. Dah tau dah, upt dia jenis kena slide baru nampak. Mula2 doktor tanya dulu, aku pernah buat urine test ke tak. Tak pernah. Seumur hidup? A'ah, seumur hidup tak pernah buat sebab period tak pernah lewat. Ya, betul. Memang aku tak pernah test pun. Period adalah teman paling setia seumur hidup ku. Pernah lah lewat sehari dua, tapi tak pernah sampai aku kena buat test sebab sebelum lewat tu dah cramp2 perut macam nak period. Sebelum nak panik darah dah turun. Tapi aku pernah beli clearblue! Kenapa? Saja. Kononnya macam law of attraction la gitu. Mana tau dengan membeli benda alah tu akan menarik aura2 pregnant ke kan haha. Tapi, sampai expired benda alah tu pun tak terguna2 jugak. Dah expired lama pun, 31 Mac 2019. Tah accurate lagi ke tidak tah. Aku beli kat jepun, sekitar hujung tahun 2016 atau awal tahun 2017, tak ingat dah. Tapi macam dah nak balik mesia dah time tu. Ingat lagi aku beli kat sugi farmasi kat bangunan mitsukoshi hoshigaoka. Encik suami tak tau aku beli benda tu sehingga lah baru2 ni beliau terjumpa benda alah tu kat dalam laci. Padahal sejak balik lagi aku dah letak kat dalam drawer meja mekap tu. 
 
Ok, berbalik kepada moment of truth tadi. Bila aku cakap aku tak pernah test, doktor tanya, tau tak macamana nak baca? Itu aku tau lah. Kalau positif dia akan keluar 2 line. Keluar gua sangat kalau itu pun pun tak tau kan. Naif sangat! Ok, sebelum aku slide stick tu, seperti yang biasa aku tengok kat ig dia, dia cakap, kita check ni sebelum period, jadi kalau takde double line tu mungkin bukan sebab negatif, tapi belum lagi. Nanti kita test lagi minggu depan. Ok faham. Period aku sepatutnya hari Khamis ni, hari ni baru hari Isnin. So lama lagi la kan. Lalu aku pun bukak slide tu. Tak cakap apa2. Pastu doktor tanya, nampak apa? Aku cakap, macam ada 2 line. Terus doktor cakap, YES YOU ARE PREGNANT! 

Very faint line, sebab tu aku cakap, 'macam' ada 2 line.

Selepas dari itu aku dah tak dengar apa doktor cakap. Macam di awang-awangan gitu. Aku rasa ayat2 biasa yang dia cakap dalam ig yang aku tengok. Macamana reaksi aku? Terkejut, tapi takde lah terkejut sangat. Nangis tak? Adalah rasa sebak sikit, tapi cuma bergenang air mata je. Tak tau lah kenapa. Encik suami yang emo lebih hihi. Tapi kalau tengok post2 dalam ig doktor tu aku boleh pulak menangis. Tiba tang aku, tak nak keluar pulak air mata ni. Ke sebenarnya aku dah redha takde anak selama ni. Jadi pengharapan aku tak begitu tinggi. Alhamdulillah... Allah swt dah memakbulkan doa2 kami dan doa2 kita. 

Dah lepas tu barulah doktor tunjukkan result BhCG test tu. Rupanya yang warna merah tu ialah bacaan nya. 307.55HH. Boleh dikatakan tinggi tu. Kebarangkalian tinggi ada multiple kantung. Kalau bawah dari 5 dikira negatif.

Dah sudah tu, kami pun keluar, tunggu ubat, bayar bil dan balik. Sebelum keluar tu doktor cakap, tadi tu saya saje je trick. Padahal derang semua dah tau dah result tu awal2 lagi. Isy... Tapi, betul ke aku pregnant? Sebab aku takde rasa apa2 pun? Semua simptom2 yang aku baca kat internet/blog tu semua aku takde. Kalau sampai ke beranak takde simptom ni best jugak kan?
 
Merah cenggitu tulisannya. Kita ni dah biasa kat sekolah, kalau fail je mesti cikgu tulis pakai pen merah kan haha. Rupanya BFP (big fat positive)!


Eh, tapi kami tak terus balik laaa. Encik suami nak pasang stiker pulak kat hood kereta beliau. Maka kami pergi ke mount austin. Tapi sebelum tu singgah solat dulu kat petronas. Pastu baru lah pergi ke rumah brotherjoe tu. Lama lah juga kerja memasang stiker tu. Sembang2, rupanya dia pernah belajar kat ilp kuala terengganu dan kenal la encikyusof sebagai warden dia dulu. 

Siap semua tu dah dekat pukul 5 petang. Nak makan, macam kenyang lagi. Tapi kami decided nak tapau nasi lemak wakkentut kat kulai je. Sampai sana dah dekat pukul 6 petang. Eh, kenapa macam lama sangat eh? Ke lagi awal, tapi sebab kami lalu jalan senai lama kot, tu yang jadi lama. Oleh kerana dah nak pukul 6, kami makan kat situ je lah terus. Kenapa lah makanan yang aku suka makan semuanya bersambal dan pedas2? Dapat makan sipi2 je sambal dia. First time makan kat situ sejak pkp.
Sejak mula treatment ni aku terpaksa makan ikut masa sebab kena makan ubat. So, berat naik lah sikit sekarang ni. Belum2 dah gemuk hihi.
Sambal asing ok.


Sampai rumah betul2 time maghrib. time to jolok ubat!

Friday, 9 July 2021

My IVF Journey Episode 9 : 2WW D4 - D6 Post Transfer

10 September 2020, Thursday

Hari keempat (d4pt) aku masak singgang ikan siakap. Makan dah macam orang pantang la pulak kan. Seboleh2nya aku avoid makanan yang pedas. Encik suami suruh order je foodpanda, tapi bila dah belek2 tu rasa tak tau nak makan apa la pulak. Hari kelima (d5pt) tak ingat masak apa. Tak ambik gambar. Tapi petang tu encik suami dah balik dari outstation, beliau singgah pasar malam bandar u. Sempena hari rabu, kita makan nasi kerabu lah. 

Lunch siakap singgang d4pt.

Dinner keropok lekor ngan singgang tadi.


Nasi kerabu d5pt.

Hari keenam (d6pt), 10 September, ada appointment dengan doktor. Petang dalam pukul 4 gitu encik suami balik dan kami terus bertolak ke jb. Sebelum tu dalam pukul 3 gitu nurse klinik dah call nak confirm kan sebab aku datang lambat berbanding hari isnin lepas tu kan. Sampai klinik, tak berapa ramai patient. Lepas register, kami pergi solat asar dulu. 

Sarapan d6pt


Sebelum solat, aku pergi toilet jap. Ingat nak tukar pantyliner. Sekali tengok, ada darah!!! OMG! Bukan setitis dua ok. Hampir 3/4 pantyliner dan berwarna merah cair. Setahu aku kalau darah lama dia warna gelap. Ini macam fresh. Huaaa takkan awal sangat dah gagal? Aku bukan apa, sejak aku buang fibroid aritu, pernah 2x period aku datang awal iaitu 21 hari je. Awal seminggu. Samalah macam hari ni. Tapi aku teruskan juga solat. Dalam hati masih ada sedikit positivity, bukan period kot. Tapi sejak dari rumah tadi macam ada rasa nyut2 sekali sekala kat ari2. Sedihnya. 

Dah lepas solat, kami menunggu di luar klinik sebab kat dalam penuh. Aku siap cakap kat encik suami, kalau tak jadi, kita cuba lagi tahun depan lah ya. Redha je lah. Lebih kurang pukul 6 gitu, nama ku dipanggil. Bila dr. tanya sihat ke tidak, aku jawab sihat, TAPI... ada bleeding lah doktor. Doktor kata, tak mungkin period sebab baru berapa hari dan kita dah bagi support. Ye lah, tak cukup ubat makan, dia kasi ubat jolok kut bawah dan tetiap minggu injek kat bontot lagi. Mustahil katanya. Isy kompiden betul doktor ni. Tapi aku tak cakap lah pasal cycle aku yang 21 hari tu sebab aku dah pernah cakap sebelum buat ivf ni, tapi doktor cakap tu takde kena mengena, yang penting ada period bermaksud ada ovulasi. Ok, tapi mengapakah? 

Terus doktor buat tvs. Dia kata dinding rahim tebal, maksudnya belum period la kan. Tapi bila dr. keluarkan scanner tu, ada darah melekat. Dr. kata tu darah lama. Lama mana tu aku pun tak tau lah. Langsung dia mintak nurse ambik spekulum. Huaaa nak kena masuk muncing itik tu ke??? Namun aku pasghah menyeghah je lah. Bila di belek2, rupa2nya aku ada polyp kat pintu serviks. Langsung aku teringat masa nak buat embrio transfer aritu doktor macam ada tanya kat nurse, ni apa? dan nurse tu jawab polyp. Maksudnya doktor dah tau lah ada polyp tu kat situ sejak aritu lagi. Cuma masa tu dia tak buat apa2 lah. 

Pastu doktor tanya, aku ada insurans tak? Aku cakap, aku baru je buat bulan 1 aritu. Rasanya belum boleh cover lagi. Pastu dr. tanya lagi, aku nak terus balik ke pasni? Boleh tunggu sekejap ke tak? Aku cakap, boleh je tunggu. Sebabnya dia ingat nak buang polyp tu, pastu masukkan gauze untuk berentikan darah, dan kena tunggu 2 jam, pastu baru dia keluarkan balik gauze tu. By right dah berenti lah darah time tu. Ikut kan dia tak suka buat prosedur tu kat situ jugak. Seeloknya buat kat OT. Tu yang dia tanya medical card tu. Tapi sebab aku takde medical card, kosnya dalam 3k katanya. Last2 dr. decided to buang je kat situ. Dia kata dia akan pulas je polyp tu. 

Dah sudah tu, dr. suruh pergi jalan2 dulu dan datang balik selepas 2 jam. Time tu dah nak maghrib. So, kami pergi lah makan kat kedai sebelah hospital tu. Oh, apa rasanya? Takde rasa apa2. Serius ar? Serius uolsss. Even ada gauze kat dalam tu pun aku tak rasa pape. Alhamdulillah. Pelik juga deria rasa aku ni ek? Lepas makan, kami pergi solat dan terus tunggu kat klinik. Masa tu dalam pukul 8.30 gitu. Ada 4-5 orang pasangan. Lebih kurang pukul 9+ gitu, aku pun masuk dan doktor masukkan spekulum lagi dan keluarkan gauze. Pastu dah. Dr. cakap, kalau ada darah sikit2 nanti takyah panik hehe. Tau2 je aku dah panik dah tadi. Dah sudah tu kami pun balik. Demikian lah D6PT ku yang berdrama sikit. Bila balik tu aku buat research baru aku tau yang polyp ni memang selalu aku menyebabkan pendarahan semasa pregnant. Dan dia berkemungkinan akan tumbuh balik dan berdarah lagi. Cuma pasni, takde lah aku panik lagi hehe.

Sunday, 4 July 2021

My IVF Journey Episode 8 : 2WW D1 - D3 Post Transfer

7 September 2020, Monday

Hari pertama (d1pt) hingga hari kedua (d2pt) duduk di rumah sahaja. Nak kata bed rest tu tak juga. Banyak kali juga aku bangun untuk ke toilet, solat dan menyediakan makanan di dapur. Cuma aku jalan slow2 macam baru lepas operate itu hari. Tapi agak sukar kerana kita sihat walafiat tapi kena memperlahankan pergerakan. Sesekali terjalan laju2. Solat pun kadang2 terlupa laju jek hehe. Yang masalahnya aku asik nak terkucil jek. 

Hari pertama tu hari sabtu encik suami ada di rumah. Makanya beliau lah yang pergi mencari makanan. Tengahari tu aku makan nasi ayam penyet. Adoiii... apa lah rasanya ayam penyet tanpa sambal nya kan. Tapi aku cicah2 juga sikit2 sambalnya. Tak sampai panas perut kot haha. Sebelum tu, sarapan aku minum susu dan makan telur separuh masak 2 biji. Sekarang baru tau rupanya takleh makan telur separuh masak dan makanan2 tak bermasak yang lain. Makan telur tu dah betul, tapi kalau ikut petuanya, kena makan putih telur sahaja. Yang aku, belasah putih kuning sekali. Lantak situ. Susu pun aku minum susu farmfresh perisa coklat hehe. Tak boleh telan lor susu gitu je.

Di samping itu, aktiviti menjolok progesteron (crin0ne) dan makan ubat diteruskan seperti biasa. 

Encik suami dah terer buat telur separuh masak.

Lunch d2pt

Dinner d2pt

Hari ketiga (d3pt) jatuh pada hari Isnin. Encik suami ada kursus di batu gajah. Makanya aku terpaksa pergi sendiri ke hospital. Ya, aku drive pada hari ketiga selepas ET ya minna san. Memang tak boleh dielakkan dan perlu dilalui sahaja. Bistu nak buat macamana? Kalau dekat boleh jugak panggil grab. 

So, pagi tu dalam pukul 11 pagi, aku pun pergi ke regency. Drive laju ke slow? Ermm 130kmj tu kira laju ke slow? Aku lalu hiway kok. Takkan nak bawak 80 kat hiway kan. Lagi pun absorber kereta kan ada. Takde lah terhentak dan melambung. Tekan brake pun tak terasa kat perut. Pendek kata, ok2 je.

Sampai2 je di klinik, takde patient lain. Nurse bagitau doktor ada surgery, so suruh aku gi makan ke apa yang patut. Tapi aku duduk je kat luar tu. Lebih kurang setengah jam, nurse telefon tanya aku kat mana. Dia suruh tunggu kat klinik sebab doktor dah siap.

Bila masuk jumpa doktor, dia tanya sihat ke tidak, sakit perut ke tidak. Bila aku cakap tak sakit, dia kata, takpe, tak semestinya kena sakit haha. Pastu dia buat TVS dan tengok rahim tebal. Kendian doktor cucuk kat bontot. Dah, selesai. Dan aku pun balik.

Anggerik desa.

Keluar hiway, terus singgah makan nasi ayam haji ali kat ayer hitam.

Sampai rumah rasa penatnyaaa... Terus baring sebab teringat pesanan embriologist bergema di telinga "TAK BOLEH PENAT2". Baik lah. Ayuh berehat.