Wednesday, 16 December 2009

Bilik Bacaan Rumah No. 6

Hari sabtu ialah hari makan nasi minyak. Lepas siap pasang karpet, kami terus bersiap2 untuk pergi ke kenduri kawen. Memula gi umah huda kat parit lapis erkkk apa ek? Semarang kot? Huda is kawan sekerja encik hairul, merangkap classmate masa master dulu. Selain itu, beliau juga ialah kawan seinterview ngan aku masa kat kutkm dan ito. Juga junior kat uitm. Sementara suami huda ni pula ialah classmate aku semasa di semejay dulu. Alaaa kawan kepohchi2 dulu. Jadi, aku kenal la kedua2 mempelai ini.

Sambil makan, pengantin pon sampai. Takde kompang2 bagai. Mungkin menghormati kembalinya ke Rahmatullah, ayah kepada huda, beberapa hari sebelum masjlis ini. Derang dah nikah minggu sebelum ayah beliau meninggal. Selesai makan, kami terus ke bp pulak. Sempat la nasi minyak tu turun. Hujan.

Tempat kedua ialah majlis perkawinan adik kepada kawan sekerja encik hairul. Kat kampung bintang peserai. Sampai pon dah agak lewat. Rombongan pengantin pon dah nak balik. Kat sini, makan nasi beriani. Kambing. Yang best nyer, siap ada gear box lagi huahuahua. Dengan selamba, aku pon ketuk2 tulang itu untuk mengeluarkan sum2 nya ngehngehngeh. Lantak ler. Malu=lapar. Fuh! Kenyang sungguh. Ni baru 2 rumah. Kalo sekali 8 rumah, tak tau lah nak bawak perut guna kren ke apa. Saper suh makan banyak, kan?

Kedua2 majlis ini menggunakan khidmat katering.

Balik dari peserai, kami terus kan misi ke k4. Kena kasi bakar itu minyak. Dah puas berkongsi rezeki ngan k4 dan mr nagoyamatsumoto, pergi pasar malam sat. Kendian terus balik.

Belah malam, teruskan operasi mengangkat kabinet buku. Cuba bayangkan, tangga tu lebarnya lebih kurang 2 kaki setengah. Kat selekoh nya ada lantai loteng, tinggi <6 kaki. Tinggi kabinet = 6 kaki. Cemana nak kasi angkat itu kabinet atas? Untuk kabinet pertama, terpaksa 3 kali turun naik kat selekoh tuh. Memula terlampau berat. Tanggalkan pintu kaca. Kedua, sangkut kat tengah. Ketiga, terbalik kan, baru boleh naik. Tu pon seluruh tenaga dan usaha kami ar baru sampai ke atas. Huh! Abis semua tenaga dari kambing2. Untuk kabinet kedua, dah dapat skill. So, sekejap je dah naik. Tapi, tetappp berat okeh. Sampai ari ni tak hilang lagi sakit tangan kaki aku ni hah. Sambil menunggu encik hairul pasang pintu kaca semula, aku pasang langsir. Alaaa langsir lama ni je. Saje buat penyeri kat atas nih.

Gitu lah keadaan kabinet itu semasa diangkat.

Tengok memang la nampak ringan dan mudah. Cuba, buat? Ok, orang laki tak aci lah. Aku maksudkan pempuan. Tu tak kira kena marah sebab tak kuat angkat huhuhu. Takpe, aktiviti cenggini lah masa untuk mengenal hati budi pasangan anda hahaha.


Ok, sekarang, sehsuai tak lampu tu dok kat sini?

Ahad pagi baru siap susun2 buku nih. Ada keajaiban dunia no 8 berlaku pada hari ahad itu. Aku adalah terus bangun lepas subuh. Ajaib tak? Wowwiii!





Lantak la aku letak gambar berulang2. Malas nak edit2 dah.

Selepas ini, border.

Tuesday, 15 December 2009

Situasi Biasa Hujung Semester

Hujung2 semester jek, mesti aku bebel pasang student ek? Apa tidaknya. Time hujung2 gini lah baru nampak pe'el masing2. Yang missing in action sepanjang sem pon, time ni lah dia buat comeback hehehe. Masa ni lah juga, bilik pengajar yang aman damai ni jadi macam bursa saham.

Ada satu soalan. Apakah sebab mereka tak lulus? Pertama, kurang pandai dan kurang study. Kedua, tak buat assignment, tak datang kelas dan tak masuk exam.

Untuk sebab pertama, memang dah komfem arrr. Aku pernah jawab soalan derang,

Si A : Puan, kenapa markah carry mark kami sikit sangat puan?

Me : Dah, itu je yang kamu buat, itu lah yang saya bagi.

Si A : Payung ar sikit puan. Macamana nak lulus kalo cenggitu.

Me : Kira ok lah tu. Daripada 50, kamu dapat 30. Kalo boleh dapat 40 ke atas, takde lah kamu kat @dtec nih.

Si A : Ye ker puan?

Si B : Isy ko ni. Tu pon tak paham. Puan cakap, kalo ko punyer markah tinggi2, takde lah ko masuk @dtec. Tentu ko dah masuk tu, yang kat jalan ayer hitam tu, belah kiri tu. Tempat suami puan tu.

Hihihi kan dah termalu ngan aku.

Jadi, aku memahami biler mereka adalah slow dan lambat pick up. Jadi, sebagai student, harapannya, biarlah mereka ni berusaha untuk berjaya. Jangan hanya mengharapkan payung jer.

Tapi, kalo sebab kedua, tak yah payung2, aku kasik kanopi siap ekon sekali pon, kalo ko malas, memang tak layak untuk lulus.


Imbas Kembali

Sebelum pergi ke Langkawi, kena lah aku buat revision sikit. Pernah pergi 3 tahun dulu, tentu dah banyak perubahan, kan? Bila baca balik entry pasal trip yang lepas, adoiyaiii lawak pon iyer. Macam2 peristiwa berlaku di luar jangkaan. Ada orang cakap, benda kalau dirancang, selalu tak jadi. Tapi bila tak dirancang, macam2 boleh jadi. Memang la tak elok buat sesuatu tanpa perancangan. Tapi dalam kes cuti2 ni, cakap je nak pergi, jom! Boleh terus pergi. Apa2 kejadian luar kawalan tu, kat mana2 pon boleh berlaku.

Meh, ikut aku wat revision.

Langkawi I

Langkawi II
Langkawi III
Langkawi IV

Pemasangan Karpet

Jumaat lepas, balik keje, tengok encik hairul tengah memasang karpet kat tangga. O alah. Ingatkan cukup, rupanya tangga bawah tak cukup lak.

Masa buat arituh, kami suh wakjoe pasang skirting kat keliling loteng nih. Alaaa macam biasa kita tengok kat lantai jubin tuh, tapi ni pakai kayu. Tapi, dia bukan pasang skirt, sebaliknya apa ke benda nama kayu kecik nipis yang salu orang letak kat penyambungan siling kayu tuh. Dah la gitu, paku plak kat lantai, bukan kat dinding. So, dah lari spec la kan. Maka, untuk memasang karpet ni, terpaksa lah kami bukak balik kayu tuh. Akibatnya, encik hairul sudah terketuk tangan sendiri huhuhu.

Oh, kami tak main2 membuat loteng. Bukan berfungsi sebagai stor, sumbat apa sahaja yang tak berkenan di mata supaya tetamu datang tak nampak. Sebaliknya kami jadikan ia bilik bacaan. Ecehhh nak baca apa tah kan? Tak kisah la. Yang penting kat atas ni akan tinggalnya kabinet buku dan meja komputer. Guna tak guna, baca tak baca, tu belakang citer.

Downlight masih lom 'masuk karen' lagi. So, terpaksa pinjam lampu english ku. Tengok2, oh, memang masuk arrr.

Tengok cenggini, sanggup ke ko nak jadikan dia stor?


Sampai selekoh tu je karpet tu cukup. Kena beli lagi sikit arrr. Selepas dikarpet nih, aku dah berani sikit nak naik turun. Kalo tak tu, takut tersagat kaki kat kayu.

Sabtu pagi baru kami gam kan karpet nih. Meleleh air mata tokei karpet kalo tengok hasil keje kami nih huahuahua.


Monday, 14 December 2009

Fasa Mengecat Loteng

Tadaaa! Presenting bilik jahit dan loteng ku yang sudah di cat! Biler ek? Sebelum raya haji lagi bilik ni dah dicat. Saje takmo tayang sebelum siap keseluruhan. Dekat sebulan gak ambik masa nak complete ber border. Biasa arrr. Aku kan cerewet ya amat kan. Cerewet kemain lagik, tapi kesudahannya biasa2 jek hahaha. Apa punya taste daaa. Alaaa cerewet tapi sederhana la lebih kurang.

Aku yang membuat pemilihan warna nih. Ok tak? Tak penting pon samada orang kata cantik atau tidak. Yang penting aku puas hati. Sambil menjahit, sambil tengok dinding dan senyum sorang2 hehe. Bukan korang yang nak ngadap dinding tu kan? Oh, aku ada nak citer pasal senyum, tapi lenkali lah. Berapa banyak dah entry pending ek?

Berikutan perkembangan ini, aku dah pon masuk gear 1 untuk mula menjahit kembali. Dah 2 bulan kot aku tak menjahit. Abis, mesinnya dok terperosok kat bilik belakang tu. Tak kosser arrr aku nak menyelit2 kat situ. Now dah kembali ke tempat asalnya, boleh la aku beroperasi semula. Eh, apa maksud gear 1 tu? Maksudnya aku dah potong kain ar. Jumaat malam lepas aku potong sepasang. Kain dah lama. Beli masa bulan puasa arituh. Tak sempat nak jahit untuk raya. Kalo dibuat raya tahun depan, dah musim corak lain pulak kan. Baik buat siap2, wat baju keje ke, pegi kenduri kawen ke. Eh, dah melalut nih.

Untuk bilik jahit (tingkat bawah), aku buat ada border, sampai la ke tangga. Oh, aku benci tengok warna tangga ni kat gambar nih.

Untuk bilik study (loteng) aku wat feature wall.

Masa beli dulu kami dah siap2 tambah point lampu dan soket kat atas nih.

Carpet lom pasang. Konon nak biar lantai kayu bogel gitu jek. Nak feeling rumah dolu2 ar kunun. Tapi macam huduh la pulak. Kang selumbar la pulak. Bahaya.

Border naik sampai ke atas nih.


Tutup mata ar kalo lalu tangga nih ek? Jangan tegur...

Kipas lom siap pasang.

Kebetulan pulak warna ni sehsuai ngan terendak lampu nih.




Tak tau lah apa motif ambik gambar mesin jahit ni banyak2. Lu piker la sendiri!

Up next, carpet. Murah jek.

24 Season 7 Best!

Yeay! Aku dah abis tengok 24 dengan jayanya. Dah siap ulang separuh lagik. Bukan apa, tengok first time tu macam ala2 blur. Second time baru lah ooo patut lah..., ooo rupanya..., gitu lah. Huwargh!!! Ngantuknya bijik mata ku. Yang mula2 tengok tu, 4 malam berturut2 aku ngadap citer tuh. Sibbaik encik hairul takde hikhik.

Secara keseluruhan, aku sangat puas hati dengan jalan cerita nyer untuk musim ke-7 nih. Menonton 24 ni memang banyak turun naik tunggang terbalik. Memang dari season 1 lagi cenggitu. Cuma yang paling jelas, setiap season, jack sentiasa menjadi mangsa keadaan. Sian dia tau. Asik kena tangggggggggkap jek keje nya. Tapi yang kali ni punyer takde babak2 sedey part ending nyer. Kalo season 3 tu memang touching oh.

Pernah tak aku beritau bahawa 24 bermula di malaysia? Lebih spesifik lagi, kuala lumpur? Ya, memang betul. First scene untuk season 1 bermula dengan gambar klcc dan kuala lumpur. Tapi orang tu cakap slang indon la. Maknanya orang jahat yang kat kl tu ialah pendatang dari indon kot huh. Unbelievable? Believe it heheh.

Thursday, 10 December 2009

Pengalaman Belajar Memandu Part 2

Kengkonon semalam nak buat intro yang ala2 dokumentari arr. Sekali, nah kau! Menyimpang tah ke mana2 tah. Kalo nak diikutkan, takde kena mengena langsung hiway plus ngan pengalaman aku belajar memandu hikhikhik. Sekarang dah masal nak intro2 dah. Terus je terjah ke dalam jalan cerita.

Aku ambik lesen kete kat tangkak. Apa ke nama sekolah memandu tu tah. Dulu kedainya dok kat sebelah kedai kasut dekat simpang bust stand tangkak. Masa tu kira murah ar belajar kat situ. Ambik L kena bayar berapa tah, dekat 200 kot. Eh, mahal nyer? Ermmm tah la. Dah lupa. Kendian untuk belajar rm350. Untuk test pulak kena bayar rm20 kot, gitu lah. Kalo belajar kat kota, lebih kurang rm800 sepakej.

Waktu register tu aku tengah cuti sem part 1 degree. Sebelum tu, lebih kurang dah dekat2 nak final exam tu, aku baru dapat duit ptptpu. Pergh! Sorga rasanya biler tengah sengkek2 gitu boleh dapat duit loan untuk 1 sem. Padahal jumlahnya takde lah banyak mana, lebih kurang sebulan gaji je sekarang. Alaaa time study kan takde tanggungjawab, takde hutang. So, biler dapat duit ribu riban sekaligus cenggitu pon dah rasa kaya dah.

Sepanjang belajar kete tu, aku dok kat umah kakak ku di pekan rawang muo. Abis jek final exam tu, terus jek turun muo. Lepas exam L kot baru aku balik kota sekejap. Kendian terus belajar memandu. Dalam modul L tu lah aku belajar bukak tayar, kenal bahagian2 kete segala bagai. Aku pon pelik, ada orang yang ambik lesen selepas aku boleh tak tau bahagian2 kat enjin tuh. Ye lah, nak isi minyak brake pon tak tau kat mana. Eh, tapi kalo tayar aku pancit tengah jalan pon aku takleh tukar kot. Bukan sebab tak pandai. Tapi tak kuat lorrr. Ketat giler skru tayar tu.

Jadi, setiap hari, aku pergi lah ke tangkak untuk belajar memandu. Biasanya lepas zohor aku akan berjalan kaki ke simpang dan naik bas segamat. Pengajar yang ajar biasanya ada 2 orang. Baik2 je. Yang aku ingat, ada sorang uncle nih suka betul cakap, "balas balik! balas balik!" selepas aku membelok. Cemana la aku tak gelabah. Part yang paling aku suspen ialah time nak belok kiri masuk ke jalan besar kat hospital tangkak. Kat situ lah biasanya pakcik tu suh aku balas balik cecepat. Takut sangat aku masuk parit kihkihkih.

Pada masa yang sama, kakak ku juga baru beli kete kancil. Kancil yang aku pakai sekarang tu lah. Dia pon baru dapat lesen. Kelakar jek. Ada satu peristiwa berlaku pada malam pertama dapat kete tuh. Aku ingat lagi, hari selasa. Kononnya excited la kan dapat kete baru. So, malam tu kakak ku ajak pergi melaka. Wah! Kemain jauh lagi. Dia kata memang dia selalu soping2 kat melaka. Pernah la pergi melaka tu ngan kawan. So, kono boleh lah ingat jalan nak ke sana. Nak gi mahkota parade katanya. Aku pon sama excited, on je lah.

Aku cuma tau jalan nak ke melaka lalu jalan biasa tu lah, yang ikut sg rambai, kesang tu sumer. Kakak ku ni pulak nak ikut jalan jasin. Tempat belajar memandu aku tu pon kat jalan jasin. Aku pon mengikut je lah. Tak agak2 tu, pergi malam2.

Sepanjang perjalanan tu, hujan turun agak lebat juga. Dah la malam, hujan pulak tu. Memang saje cari pasal la kan. Memula sekali kami jumpa pekan chinchin (kot). Time tuh dah mula teragak2 dah nak masuk simpang mana. Satu masalah negeri melaka ialah kekurangan perabot jalan raya. Susah sangat nak jumpa signboard. Makin jauh berjalan, baru lah perasan yang kami dah sesat tah kat mana tah. Macam pusing2 kat situ jugak. Tengok batu jalan pon dah tak tunjuk melaka lagi dah. Lama lah jugak kami sesat tuh. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk balik saje. Sibbaik jumpa jalan ke tangkak. Cuma, bukan jalan yang kami pergi tadi. Tapi jalan yang arituh aku pergi selandar tuh. Jalan tu tembus kat jalan segamat, apa ke nama jalan tu tah. Lupa lak. Dekat2 ngan sagil. Maka, tak sampai lah kami ke melaka kuikuikui.

Ngantuk pulak. Bersambung lagi...




Wednesday, 9 December 2009

Pengalaman Belajar Memandu Part 1

Kebanyakan wanita kini dah memiliki lesen kete. Yang membezakan mereka ialah, samada dia bawak kete hari2, sekali sekala, atau pon simpan dalam frame gantung kat dinding rumah jek lesen dia. Ada yang berani bawak dekat2 jek. Laluan pergi balik keje jek. Yang tak payah tengok signboard bagai.

Budak zaman sekarang, abis spm jek, terus ambik lesen. Kalo yang laki, at least ambik motor je dulu. Sambil2 tu keje sikit2, ambik lesen kete terus. Kalo pempuan, biasanya ambik kete je. Biler graduate, cukup 3 bulan keje, terus sambar kete.

Cuba bayangkan, setiap tahun, ada berapa ramai graduate keluar? Ratusan ribu kot. At least 100k kot. Let say, 50% dapat keje sebaik sahaja mereka grad. Maknanya 50k la kan. Katakan, 50% terus beli kete dalam tempoh 3 bulan. So, ada 25k bijik extra kete berada di atas jalan milik graduan baru bekerja. Tak masuk orang yang beli kete tetiap tahun macam beli baju raya tuh.

Tu kalo setahun. Kalo 3 tahun? 75k la kan. Dalam tempoh 3 tahun tu, belum tentu projek pelebaran hiway leh siap. Kalo siap dalam 4 tahun? Dah jadi 100k bijik kete. Kajian untuk buat hiway tu pon dibuat 4 tahun yang lepas agaknya. By the time jalan tu siap, 8 tahun kemudian, 200k bijik kete dah bertambah. Tu baru kete graduan baru bekerja. Tak masuk orang yang beli kete tetiap tahun macam beli baju raya tuh.

Katakan pelebaran hiway dibuat dari 4 lane kepada 6 lane. Tambahan 2 lane pergi dan balik. Katakan dia buat sepanjang 30km. Satu kete, panjangnya lebih kurang ermmm 3 meter. Eh, panjang nya. Alaaa termasuk jarak antara kereta la. So, untuk 30km x 2 lane, boleh memuatkan 20k bijik kereta dalam satu2 masa.

Katakan, daripada 200k bijik kete tadi, 25% duduk kat klang valley dan akan menghala ke utara dan, 25% lagi ke selatan. 50% lagi, duk kat negeri2 lain seperti di parit raja batu pahat hehe. Maka, 50k bijik kereta graduan baru bekerja akan berada di atas hiway menjelang hari perayaan. Tak masuk orang yang beli kete tetiap tahun macam beli baju raya tuh. Ok, kita kurang kan sikit. 50k tu cam banyak sangat. Katakan 50% dari mereka menyambut hari raya di perantauan (umah mertua kerrr). Jadi, tinggal 25k je.

Katakan 50% dari mereka membuat perjalanan pada waktu yang sama. 12.5k bijik kete baru milik graduan baru bekerja akan berada di atas jalan. Tak masuk orang yang beli kete tetiap tahun macam beli baju raya tuh.

Semua orang sibuk nak broadband broadband broadband. Yang derang faham, broadband tu ialah benda alah yang dicucuk kat usb port tu. Ada aku dengar orang sembang2, apa bezanya broadband ngan wireless? Hohoho aku senyum je lah. Kang menyampuk, dikata macam pandai jek. Hello gua major in comm ok. Ko cakap pasal mekatronik, pasal robotik memang la aku sepatah haram tak tau. Eh, berlagak nyer.

Kaitannya dengan kereta? Yang aku tau, tempat yang biasa jammed waktu cuti perayaan ialah exit seremban. Selama ni aku pikir, kenapa boleh jammed kat situ? Ramai sangat ker orang seremban nih? Sebenarnya bukan ramai pon yang kuar kat situ. Tapi, oleh kerana plaza tol tu duduk nyer tak sampai 100 meter dari hiway, tu yang baru sepuluh kete nak kuar pon dah menyebabkan orang kat hiway sangkut.

Kalau nak dibuat analogi, hiway seremban tu boleh lah disamakan dengan broadband. Dah cukup lebar dah. Takkan plus asik nak lebarkan jalan jek. Kena pikir jugak, waktu tengah malam bukannya banyak kete. Derang kira purata siang dan malam. Kalo dalam sehari cuma ada siang ajer, memang la derang dah buat hiway tu 88 lane kot hahaha.

Plaza tol seremban tu pulak, boleh lah diumpamakan seperti ram laptop korang. Broadband dah elok 'broad' nyer, tapi ram laptop korang baru 256M (zaman biler punya laptop nih? hihi), mana nak laju? Aku tengok plaza tol seremban tu ada 4-5 booth jek termasuk touch n go dan smarttag. Sama macam tol yong peng jek? Jadi, tak mustahil la kalo jammed kat situ. Haihhhhhh saper la empunya tanah kat sebelah plaza tol tu ek? Sila la jalankan tanggungjawab sosial anda dengan menjual tanah tu kepada plus untuk pelebaran plaza tol tersebut.

Erkkk sori. Aku dah terkeluar tajuk. Padahal boleh ajer tukar balik tajuk tu. Sajer. Kang kiter sambung pasal belajar memandu pulak ek. Next please.

WTF

Apa yang korang fikir bila tengok 3 huruf nih? What the F**k? Tak kisah la. Yang penting nak disampaikan di sini ialah, plat no kl sekarang dah sampai ke huruf nih. Tak tau lah dah lama ke baru. Tapi, kat bp ni jer, aku dah jumpa 2 bijik kete. Satu, jumpa kat senggarang. Terus terfikir, agaknya dia nyesal tak beli kete tu pada wrong time? Seperti aku yang menyesal sikit sebab plat no AH seperti pemandunya ialah seorang ahli jawatankuasa kampung huhuhu. Alah, baru2 je rasa cenggitu. Lama2, plat no sendiri pon ingat2 lupa. Sama jugak cam no henfon. Masa nak beli je kemain sanggup beli mahal2 sebab nak nombor cantik. Padahal, biler dah kasik kat orang, orang tu nampak nama jek dalam phonebook. Tak ambik tau pon pasal no phone tuh. Eh, ni dah melilau dah nih.

Kete kedua, viva yang bawak slow giler. Kat senggarang. Tak garang langsung! Maybe kete baru, masih dalam pantang, takleh laju. Tapi, 40km/j? Memang la wtf!

Takde moral pon entry nih.

Patah Balik Cerita

Jalan Tebrau

Now, aku nak cerita pasal weekend lepas. Weekend aku biasanya bermula pada hari jumaat hehe. Jumaat tu, waktu rehat tengahari, aku keluar ke bp. Hujan sekejap renyai sekejap lebat. Misinya, nak mencari border. Laaa tak abis lagi rupanya. Ate... selagi lemari buku aku tu tak naik loteng, maknanya belum siap la loteng aku. Ada faham?

Cemana nak naik loteng kalo lampu kipas pon lom pasang? Lampu kipas takpe lagi. Lebih kritikal, karpet pon lom pasang. Bukan takat pasang, beli pon beli huahuahua. Aritu ada tanya2 karpet kat kluang. Tapi, tak berbaloi ar nak gi sana semata2 nak beli karpet 10 kaki kan. So, aku ingat try tengok kat bajrai. Tapi kedai tutup plak. Ari jumaat. Orang beli karpet ari sabtu-khamis je kot.

Memula aku pegi kedai langsir yang dekat2 sikret resepi. Dia kata, tahun ni punya border sudah habis. Kendian aku gi yang sebelah hoe heng pulak. Dia kata, sekarang, border kurang permintaan, kiter tak simpan stok. Nak kalo, kena order, 10 hari baru dapat. Ok lah tu. Bukan nak cepat sangat pon. Aku pon tengok ler katalog dia. Alerrr takde pon kaler tu. Time nih dah start hujan rintik2 dah.

Kendian aku gi plak kedai depan store bus stand. Ada, tapi tak banyak pilihan. Takde bunga english pon :(. Dah terlanjur sampai store, aku jenguk la sekejap. Tengok shokubusuk masih rege arituh. Tapi memikirkan bebelan suami ku, baik rentikan jer niat nak membelinya.

Dari situ, aku terus ker bukit pasir. Hujan dah mula lebat. Berlari2 anak la aku kuar masuk kedai kete kedai kete. Sampai di satu kedai, aku park kat depan kedai tu. Depan AH ada satu drum kabel yang kecil. Lepas kuar kedai, aku pon berlari2 masuk kete. Bila aku jalan jek, prak! Aiyok! Bunyik apa tu? Aku pon kuar, tengok. Alerrr aku terlanggar drum kabel tu la. Siot. Terperosok drum tu kat celah tayar kiri depan. Aku pon undur balik, dan terus blah. Malu ar jugak, ramai orang tengok hihi.

Aku pon terus ke ledai elyza. Dia kata, border dah tak jual. Haihhh. Sebelum pergi, aku tengok ler apa jadi ngan tempat yang aku langgar tuh. Alamak, bumper tu terkepak la huhuhu. Ah, sikit jer nih. Harta dunia semua nih kwangkwangkwang. Kendian aku pon balik.

Petang, encik hairul datang ambik kete. Dia nak tukar tayar. Yeay! Jalan2 dengan tayar baru. Sebelum tu, dia bagitau, kena pergi jb, ada bengkel. Aku on jek. Tak mengambil iktibar langsung. Alerrr jb jek. Takkan nak ajak mak pulak ek? hehehe.

Lepas maghrib, kami pon bertolak. Feh! Laju giler. Mentang2 la tayar baru hehehe. Takde kena mengena ek? Sebenarnya kena laju sebab program start lepas isyak. Sampai sana pon dah 9 lebih.

Selesai tu, kami kuar makan. Memang sajer spare perut nak makan mee rebus. Huuuuuuuuuuuu nak nangis boleh? Mana pergi kedai mee rebus stulang laut tu pergi eh? Open u dah sapu abis building tuh. Tulun!!! Telan liur je lah. Kami pon makann dekat2 situ jugak. Kedai makan kat celah2 umah flat tuh. Sibbaik sedap la jugak.

Esok pagi, kunun dah plan, nak kuar carik border, kendian nak gi stadium tengok semi badminton super series. Dekat je ngan hotel. Tapi, kalo dah bangun pon ala2 tak pagi sangat, border ke mana, badminton ke mana? Lepas zuhur baru aku kuar. Hujan. Memula gi johor jaya area the store tuh. Pergi satu kedai nih, jauh sikit dari store, kat simpang. Time aku nak masuk tu, ada sekor hanjing bulu lebat tengah baring depan pintu dia. Aku pon tekan loceng. Pergh! 5 ekor lagi hanjing kuar menyambut kedatangan aku. Mak! Nak lari. Lalu sorang pompuan nih, cakap, ini jenis tak kejar orang lorrr. Hehehe. Tak kejar pon, hanjing tetap hanjing kan. Najis. Erm, haram ke pegang hanjing? Setahu aku, dia cuma najis jek. Kalo tersentuh, kena bersuci. Yang haram tu, makan hanjing, kan? Ada isu pasal halal haram dan najis nih. Kang aku citer lenkali ek.

Kendian tokei kedai tu panggil la hanjing2 nyer, everybody lai lai lai. Sumer berlari masuk bilik. Hihihi baru lah aku boleh masuk. Tengok2 border, jumpa yang cantikkkkkkkkk tapi background kaler coklat. Cam pelik la kalo tetiba kaler coklat, walopon bunganya kaler cat. Ermmm takper, tengok2 dulu eh. Aku pon terus carik kedai dekat2 the store pulak. Ada satu kedai, tapi seco'et je border dia. Dan tak cantik. Ermmm mana lagi nak pergi? Try gi terry best lak. Tadi dah lalu, tapi tak jumpa jalan masuk. Rupanya kena pusing jauh jalan masuk dia. Sampai situ, tokei dia suh gi kilang dia kat seroja. Apa tuh? Orang johor jaya tau la kot. Taman derang ni banyak nama jalannya berbunga2. So, satu2 area tu dipanggil ngan nama jalan tu lah kot. Dia pon kasik alamat dan direction. Aku pon terus pergi. Tengok border, takde yang menarik. Rupanya kat situ gudang karpet derang. Aku pon tengok2 karpet. Dan terbeli. Nak tunggu pergi ke bajrai tu, tah biler nak siap loteng aku?

Selesai di situ, aku gi ssf. Sajer, cuci mata. Kendian aku terus patah balik ke kedai ada hanjing tadik. Pon sama cara sambutannya. Pilih punya pilih, akhirnya aku pilih yang bukan coklat. Kang dah siap aku tepek gambonya kat sini ek. Tapi tahun depan la kot huhuhu.

Balik dari situ, aku terus balik. Jammed pulak dari bulatan (ke haper tah bentuk jalan tuh) pandan sampai la ke kampung ubi. Ada lori apa tah termuntahkan isi kandungannya, mengakibatkan satu kete terberenti kat tengah jalan. Sampai hotel, ambik abang, terus gi holiday plaza. Siap beli makanan sekali.

Balik bilik, kawan abang call, nak kasik kupon dinner. Rezeki jangan ditolak. Walo pon dah beli makanan tadi. Malam aku lepak layan anugerah skrin jek. Sambil makan. Gemuk ar cenggini.

Ahad, abang abis keje kul 12. Dapat kupon lunch pulak. Layannn. Selesai makan, terus check out. Nak tengok badminton tak? Chong wei masuk final nih? Yang pasti, dia lawan mesti dah dekat2 kul 6 pm. Kul baper nak sampai rumah? Persoalannya, biler nak iron baju?

Ni lah masalah aku. Pergi mana2 pon, mesti ingat baju keje tak iron lagi. Padahal dah iron dah, cukup untuk 3 minggu. Tapi tetappp nak semua beriron, baru tenteram nak ke mana2. Ada orang, pagi ni nak gi keje, pagi ni baru iron baju. Tak kisah pon. Aku kisahhh. Kalau aku boleh kuar rumah sampai malam ahad tu maknanya ku dah siap iron baju lah tu.

So, tak tengok badminton kat stadium. Tapi tengok kat tv. Terlompat2 aku sensorang kat rumah tengok chong wei lawan hihi. Tapi memang puas ati!