Wednesday 24 November 2021

My IVF Journey Episode 21 : Appointment Week 13 - The Last Weekly Checkup (20 November 2020)


Yey, akhirnya!

Akhirnya aku telah sampai ke minggu terakhir pemeriksaan mingguan. Ini juga bermakna, aku dah tamat trimester pertama. Alhamdulillah.

Hampir setiap minggu beli apam balik sebelum pergi klinik. Tak cukup kat parit raja, pergi muar pun cari apam balik. Ini apam kacang merah.

Tapi sebelum pergi ke klinik, kami pegi makan di menate dulu. Dah plan awal2 dah, abis je check up mingguan nanti nak celebrate haha. Masalahnya tak boleh makan wagyu la kan. Encik suami lah untung. Aku makan pasta je. 

Carbonara kot. Tak habis makan. Tapau buat makan malam.

Arghhh lama nya kena pantang makan ni.

Tapi aku makan la juga segigit. Karang kempunan pula ibu mengandung.

Hujan lebat masa kami sampai.



Minggu lepas teringin nak makan sup ni, tapi dah tutup pulak malam.


Lepas makan, kami pergi kedai lampu kat tampoi. Sempat la beli chandelier gedabak untuk kat living area. Tengah tunggu derang pasangkan besi2 lampu tu, klinik dah call. Cepat lah pulak siang2 dah panggil.

Semasa check up kali ini, doktor beri bermacam2 pesanan. Aku pun dah lupa apa. Dengar sayup2 je dalam video yang encik suami record. Lega yang teramat bila dah tak perlu ke klinik setiap jumaat lagi. Boleh la balik pagoh ke hape. Tapi, pkpb lah pulak kan.

Ok, dah boleh jalan2 hujung minggu. Ke mana kite ni???

1 komen:

AiniHalim said...

Tu paling seronok bila kita dh hbs check for 1st trimester.. tak perlu kerap sangat pi check up.
Letih dibuatnya..hehe