Monday 22 November 2021

My IVF Journey Episode 18 : Appointment Week 10 (30 Oktober 2020)


Dah lupa apa yang berlaku pada check up minggu ini. Rasanya sama je macam minggu2 yang lain. Lama pulak rasanya nak sampai ke minggu ke 13. Mati2 aku ingat kena datang sampai minggu ke-12 je. Rupa2nya 13. Setiap minggu kena cucuk kat montot ok. Sejak selepas transfer. Cucuk nak bagi kuatkan rahim ke gitu lah. Kerana ubat injection itu lah yang menyebabkan aku confident berulang alik setiap minggu. Sebab rasa macam selamat kot. Ada juga kawan yang cadangkan untuk aku kurang kan berulang alik tu sebab terhentak2 kan naik kereta kan. Tapi aku yakin takde pape. Insya Allah. Selain itu, ubat jolok still kena ambik. Crinone ni pengganti hormon progesteron yang berfungsi menebalkan dinding rahim. Kalau ikut apa yang aku baca, bila kita buat ivf ni, hormon progesteron ni tak keluar secara semula jadi. Ye lah, macam2 ubat dah masuk kan. Telur pun dah keluar beramai2 masa opu aritu. So, kena lah gantikan hormon2 tu. Semua aktiviti mencucuk dan menjolok tu sampai week 13. Ubat makan pulak kena makan sampai ke sudah. New Obimin, Maltofer, Neurogain, Proscal, Vitamin C dan Baraka (Habbatussauda). 

Minggu ni juga kami agak sibuk ke hulu hilir. Sebelum ke klinik, kami pergi ke kedai kitchen cabinet. Baru nak survey2. Nak tau lah apa trend terkini. Lepas tu pergi kedai perabot kat parit bilal. Settle dah order dining set ngan arm chair. Dari situ, kami tak terus ke klinik. Sebaliknya singgah di permas jaya untuk ambikkan kereta abang tp. Haaa pelik kan?

Actually abang tp dah plan nak pergi ambik kereta tu naik bas. Sekali pkpb la pulak (kot, tak ingat). So, kami lah yang kena ambikkan. Syok nya perasaan ambik kereta baru ni kan? Best lah.

On the way tu tengok google map kata ada jammed lepas kulai. Maka kami masuk kat exit kulai dan ikut jalan dalam. Agak lambat lah juga sampai ke situ. Janjinya pukul 5 kot, entah, tak ingat dah. Selesai tu, encik suami bawak kereta baru. Dan kami pun pergi ke hospital. Lambat jugak lah siapnya. Tapi dah biasa. Kalau cepat tu yang luar biasa hehe.

Craving satisfied katanya. Mee kari mee tarik warisan asli.



2 komen:

Suria Amanda said...

Semoga dipermudahkan segala urusan....jaga diri jangan lasak2 sanagt okey...

AyunasiA said...

tengok tarikh tak ni? ni semua cerita backdated setahun yang lalu tau.